Tuesday, March 27, 2018

Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam.
Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua.

Sebenarnya dah 2 hari aku ambil cuti rehat. Esok dah kena kerja! Tadi dekat group whatapps kerja, banyak betul task yang bos bagi. Dateline nye pun semua dekat-dekat tau. Nak buat macam mana kan, kena hadap jugak, selagi kerja tak settle selagi tu hidup aku tak kan tenteram. Nak pass task dekat org lain memang bukan perangai aku. Aku pun tak suka orang usik kerja aku melainkan atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. 

Jadi malam ni, aku nak share pada korang cara aku dalam memastikan apabila kembali bekerja selepas bercuti, aku akan tenang dan cool walaupun ada workload yang tinggi. hihi,

Image : google


Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti

1. Hantar progress kerja ke emel 

Aku ada 2 jenis emel yang berbeza ; kerja dan peribadi. Setiap hari dalam 10 minit sebelum balik kerja, aku akan catit apa-apa kerja yang masih belum diselesaikan di dalam draf emel peribadi. Semuanya termasuk la words, power point atau dalam apa-apa bentuk pun yang berkaitan dengan task tersebut. Bila draf tersebut dah lengkap, aku akan sent kan pula draf tersebut ke emel kerja. 

Dekat sini dah ade 2 kebaikan tau. Pertama, aku akan alert tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan bila aku sampai office keesokan harinya. Kedua, bila aku tak bawa pendrive atau harddisk (incase pergi outstation atau cuti kecemasan), aku tak perlu risau sebab semua kerja dan dokumen yang diperlukan tu dah ade dalam emel, so, boleh buka je emel dengan senang hati (:


2. Bila sampai je office, bersihkan meja dulu

Ni mungkin salah satu habit aku yang agak membantu. Tiap-tiap pagi memang selalunya aku akan bersihkan dulu meja sebelum on PC. Alah, dalam seminit dua je pun. Lap-lap lah meja sikit, sembur perfume sikit bagi wangi dan tadaaaa.. mood tu mesti akan berubah tau. korang kena try yang ni!, Sebab bila meja dah bersih (pada pandangan mata aku lah), dan dah wangi, aku akan rasa nak melekat je kat meja kerja dan taknak pergi mana-mana pun. haha!


3. Baca doa sebelum mulakan sesuatu kerja

Yang ni wajib buat tau. Untuk aku, aku takde doa yang khusus pun atau doa yg sama setiap hari. Aku akan doa apa-apa sahaja yang terlintas di hati aku pada masa tu. Tak kisah lah nak doa panjang ke doa pendek-pendek ke, yang penting kena sungguh-sungguh doa, macam yang kita doa selepas solat tu. InsyaAllah, lepas tu kita akan rasa ikhlas dan lebih tenang untuk buat kerja tersebut. 

...............................................

Ni tips yang ak apply kan untuk diri aku sendiri. Sekiranya korang yang baca ni rasa sesuai dan kena untuk korang pulak, boleh lah sama-sama cuba ye! Semoga kita semua menjadi pekerja yang berdedikasi hendaknya, InsyaAllah (:

14 comments:

  1. Tips yang menarik tu Iqin. Akak dulu pun time jadi tenaga pengajar sambilan di politeknik selalu draf kerja yang tak siap di email. Sangat2 membantu incase terlupa pendrive. Rindunya masa kerja. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kena buat banyak backup untuk kerja-kerja kita. in case pc terkena virus atau hdd rosak ke kita dah x payah risau :)

      Delete
  2. Bab kemas bilik tu akak suka, baru ada mood nak mulakan kerja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... bila dah teratur dan wangi jadi aura positif tu meningkat naiknya

      Delete
  3. tips yang bagus.bekerja dari rumah pun perlukan aturan yang sistematik untuk pastikan semua workload dapat di siapkan dengan jayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau bekerja dr rumah lagi lah mencabar!

      Delete
  4. bagusnya sis..baik akan cuba guna tips ni..

    ReplyDelete
  5. lira bla kemas meja tu, dgn niat mood bekerja mencurah2 kn?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul tu anies. perasaan nak buat kerja tu melonjak2 tingginya!

      Delete
  6. bagus la tips ni... boleh apply ni walaupun kerja kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis, sama je kerja kat mana-mana pun:)

      Delete
  7. Dulu saya tulis nota atas sticky note lepas tu lekat kat skrin komputer. Sampai oficce first thing nampak nota tu. Rindu pulak keje lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni pun salah satu cara yg best jugak! tapi kita punya stick notes selalu terbang dan hilang. hihi

      Delete


Post Pilihan

randomposts

Followers