Saturday, April 21, 2018

Seronoknya belajar videofon bersama founder The Photolicious !

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Pada 15 April yang lepas, aku berpeluang untuk mendalami ilmu videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC Kuala Lumpur. Bengkel ni dikelolakan oleh Founder The Photolicious iaitu Kak Kay atau nama sebenarnya Kamalia Kamal. Kalau korang nak tahu, ramai artis-artis terkenal negara kita dah pun menggunakan khidmat The Photolicious dalam mengabdikan momen-momen indah mereka. Antara artis tersebut ialah Syeikh Muzaffar, Eina Azman, Black Mentor dan ramai lagi.

Antara peserta yang hadir 


Kepentingan personal branding 

Permulaan kelas Kak Kay ada terangkan berkenaan kepentingan personal branding. Branding atau dalam bahasa melayunya kita sebut sebagai penjenamaan. Personal branding pula dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah 'identiti kita di mata orang lain'.

Untuk peniaga khususnya yang berniaga secara online, personal branding di media sosial sangat-sangat penting untuk meningkatkat nilai identiti di mata pembeli. Setiap bait kata yang kita tulis di Facebook, setiap sudut gambar yang kita upload di Instagram mahupun setiap aktiviti yang kita post di twitter akan memudahkan pembeli untuk menilai diri kita.

Percaya tak biasanya pembeli akan lebih tertarik untuk membeli di Insta Shop yang punyai ramai follower berbanding Insta Shop yang sikit bilangan pengikutnya?  Tepuk dada, tanya hati. Kalau aku pun lebih berminat untuk beli dekat online shop yang begitu sebab bagi aku, yang lebih ramai follower tu lebih dipercayai dan lebih berkualiti. 

Yelah, kalau takde sesuatu yang istimewa atau lain dari yang lain, takkan lah orang nak follow kan? Sama jugak macam kedai makan. antara kedai makan yang seorang dua je pelanggan nya, dan kedai makan yang tak henti-henti pelanggan datang, mestilah kita lebih tertarik untuk ke kedai ramai pelanggan!

Jadi untuk meningkatkan personal branding/ promote diri di mata orang lain menggunakan media sosial, beberapa tips yang Kak Kay share : 

  • Gunakan teknik 5:1( 5 untuk isi yang bermanfaat : 1 hard sell
  • Konsisten dalam membuat posting berkenaan produk/kepakaran/aktiviti seharian yang anda lakukan setiap hari. ( Contoh : anda bekerja dalam sektor kewangan, setiap hari anda akan berkongsi mengenai tips-tips berkaitan kewangan)
  • Elak dari menggunakan gambar yang sama berulang-ulang.
  • Sentiasa up to date dengan peredaran semasa
  • Jadi lain dari yang lain
okey, rasanya dah jelas kan tentang personal branding, so jom kita cerita tentang videofon pulak.


Teknik Videofon yang dapat menarik minat penonton

Apa tu videofon? Ambil video guna smartphone korang tu la! Kalau ada yang kata pakai handphone tak boleh rakam video yang berkualiti dan menarik hati penonton, anda silap besar tau! Dekat kelas ni, Kak Kay ajar kami edit video menggunakan applikasi Instashot. korang boleh download dekat playstore

bersama Founder The Photolicious, Kak Kay


Tips untuk hasilkan video yang menarik di media sosial

  • Ambil 15 takes video yang berlainan
  • Pilih dan trim video-video tersebut sehingga berdurasi max15 saat sahaja (IG) dan 30-60 saat (FB)
  • Pilih background bewarna hitam atau putih
  • Pilihan warna text berdasarkan 3 warna yang ada pada video. Keutamaan pada warna hitam dan putih
  • Fit canvas bersaiz 9:16
  • Pemilihan lagu perlu bersesuaian dengan tema penceritaan video. 
  • Masukkan effect dan sticker untuk nampak lebih menarik! 

Setiap peserta bengkel dikehendaki untuk ambil video dan edit seperti tips di atas, dan 2 orang pemenang telah pun dipilih sendiri oleh Kak Kay berdasarkan kriteria yang paling menepati kehendak beliau.Tahniat buat Kak Nina Mirza dan Nizam.

Nampak macam senang sebenarnya bila tengok video-video yang kak kay dan para peserta hasilkan, tapi masing-masing ada cabaran sendiri. Ada yang tak sempat ambil 15 takes, ada yang hang phone sampai kena buat semula (aku la tu. huhu) dan ada yang bateri habis pulak. haha! Tapi terima kasih buat Kak Kay dan assistant beliau yang sabar mengajar dan berkongsi ilmu buat kami pada hari tersebut. We love you!


Nasihat yang berguna

Banyak ilmu berguna yang telah disampaikan oleh Kak Kay, dah salah satu nasihat beliau ialah "dont assume, ask!" . Maksudnya, kalau kita dengar apa-apa berita ataupun cerita yang negatif, jangan terus share dan viralkan, sebaliknya tanya dan dapatkan kesahihan cerita tersebut. Jangan menambahkan lagi titik hitam pada dosa kita yang sedia ada. Semoga tiada hati yang terluka disebabkan perkongsian yang tak betul. Dah kategori fitnah namanya tu.




Follow Kak Kay

Sebarang informasi terkini mengenai aktiviti Kak Kay dan The Photolicious, korang boleh layari link di bawah ni : 


Akhir kata.. 
Terima kasih yang terhinggan buat #KBBA9, MaTiC, penaja-penaja makanan sepanjang bengkel ini iaitu The Blue Ginger , Khaisya Delite dan Dlaila Sup Power, Tak ketinggalan banner design oleh BG Design Resources dan juga tajaan Hadiah dari Cosmoderm. Terima kasih juga buat ajk yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan program pada hari tersebut. 



Kalau ada bengkel ni lagi, memang aku akan join sebab best tau! 

23 comments:

  1. Singgah sini. Terima kasih sharing Qin

    ReplyDelete
  2. Sponsor yg sgt best...perkongsian menarik utk newbie juga

    ReplyDelete
  3. Best yer dapat peluang belajar ilmu best ni..kalau dekat KL mmg join dah hari tu...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas info yang lengkap, boleh praktikkan.

    ReplyDelete
  5. Bestnya Qin. Bilalah akak nak berpeluang turut serta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada lagi bengkel, join tau kak.

      Delete
  6. Banyak ilmu dapat ni, seronoknya..

    ReplyDelete
  7. rugi tak belajar sebab mudah dan simple guna fone sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak sal. Alhamdulillah, dpt satu lg ilmu baru

      Delete
  8. tak pernah lagi hasilkan video sendiri. Bagusnya dapat banyak ilmu dekat kelas kak kay ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kin pun sama.. buat entri bergambar je, belum pandai sgt lagi nak buat video.

      Delete
  9. bestnya dpat belajar video ni..cepat post apa yang diajar..hehe..nak tengok video asyiqin

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers