TTC JOURNEY I PART 5 : TEST RESULT CLOMID
Assalamualaikum
Untuk entri yang sebelum ini boleh baca di sini
25/10/2018
PBBR PRESINT 8
Harini appointment untuk jumpa Doktor. Dalam jam 9.00 pagi dah siap daftar semua terus naik ke klinik infertiliti di Aras 5. Masa masuk tu dah ade beberapa pasangan yang sedang tunggu. Duduk lah kami suami isteri tunggu nama dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Dalam beberapa ketika lepas tu nurse panggil untuk masuk.
Doktor yang incharge masa tu ade 2 orang. Seorang melayu dan seorang india. Yang melayu kenalkan nama sebagai Dr Mariya, yang seorang lagi aku tak berapa ingat namanya. Maaf Dr..hehe. Tapi yang bercakap dengan aku tu Dr Mariya je lah.
Dr Mariya ni soft spoken sangat. lembut giler suara dia. Melting.. hehe
KEPUTUSAN UJIAN DARAH DAN SPERM ANALYSIS
Mula-mula Dr Mariya terangkan berkaitan keputusan ujian darah dan sperm yang kami dah buat sebelum ni.
Ujian Sperm ok
Ujian Darah suami ok
Ujian Darah isteri ok
cuma...
Kadar bacaan Hormon Progesterone isteri rendah sikit
Dr inform hormon progesterone ni penting untuk bantu telur membesar bagi tujuan persenyawaan. Kalau rendah, kemungkinan teluar wanita tak kan cukup matang untuk disenyawakan. Lebih kurang begitu lah ayat dia.
Tapi, Doktor inform jangan risau sebab Doktor akan bantu bagi ubat untuk bantu besarkan telur -telur tu. Memandangkan period aku teratur setiap bulan, jadi doktor cakap senang nak monitor pengambilan ubat tu nanti.
SEMUA PROSEDUR SEPERTI DI LPPKN DULU PERLU BUAT LAGI TAK?
Oh ya untuk Hysterosalpingogram (HSG), Doktor cakap yang aku tak payah buat lagi sebab aku dah buat HSG dan Pap Smear semasa rawatan di LPPKN dulu. HSG adalah prosedur memasukkan cecair ke dalam tiub falopio wanita untuk test sama ada tiub tersumbat atau tidak. Alhamdulillah kedua-dua belah tiub aku okey. Doktor Mariya kata tiub kita ni susah nak tersumbat, so keputusan 2 tahun lepas masih boleh diterima.
NEXT STEP
Untuk step seterusnya, Doktor Mariya cadangkan untuk aku dan suami bersama secara natural untuk 2 cycle. Sekiranya tak berjaya, maka Doktor akan proceed dengan iui dan sekiranya iui tak berjaya, baru proceed dgn ivf. Tapi mengikut Doktor, kes macam aku ni ialah kes yang paling biasa untuk infertility dan selalunya akan ade rezeki , kalau bukan natural, melalui iui sahaja. Lega sikit aku dengar. Tapi walau macam manapun Dr nasihatkan agar percaya pada perancangan Allah swt. Amin..
Doktor jugak bekalkan ubat-ubatan untuk aku makan pada next period cycle. Ubat-ubatan ni perlu ambil sendiri di Farmasi yang berada tingkat 3.
- Ovamit (Clomid) 100mg (2 biji)- Ubat yang membantu membesarkan saiz telur. Makan pada hari kedua hingga hari ke enam period
- Progynova (2 biji) - Ubat yang membantu dalam menebalkan dinding rahim. Makan pada hari pertama hingga hari ke empat belas period.
Hari ke 10 perlu jumpa doktor semula untuk buat TVS (Scan melalui faraj untuk cek saiz telur)
Alhamdulillah, doktor terangkan satu persatu dengan senyuman, so aku dan suami cepat tangkap dan faham. Bila keluar dari bilik doktor pun nurse tanya lagi pada aku dan suami, nak make sure kan yang kami faham. Nurse dengan doktor dekat sini semuanya soft spoken dan baik-baik belaka. Sejuk hati selalu.
--------
So, sampai sini sahaja untuk TTC Journey Part 5 aku. aku akan sambung lagi dalam Part 6 nanti. Wassalam..
--------
So, sampai sini sahaja untuk TTC Journey Part 5 aku. aku akan sambung lagi dalam Part 6 nanti. Wassalam..
Moga dipermudahkan semuanya ya kin. InsyaAllah ada tu nanti.
ReplyDeleteInsyaAllah..amin.. doakan ye Kinah
Deletesemoga dipermudahkan urusan. yang baik2 saja insyallah menanti =)
ReplyDeleteInsyaaAllah. terima kasih atas doanya
DeleteSemoga dipemudahkan semuanya, Insha Allah satu hari nanti pada yang TTC akan berpeluang untuk menjadi ibu dan ayah...
ReplyDeleteTerima kasih. semoga urusan kita semua dipermudahkan
Deletemoga dipermudahkan, asyiqin :)
ReplyDeletesemoga dimudahkan urusan dan semua yg ttc. sye baru nk register ttc. tgh buat research lg. sye pn mcm nk g kt ptrjya sbb kje kt ptrjya. semoga ad khabar baik untuk puan sekeluarga. amiinn. *cpt2la update part6. hehe
ReplyDelete