Friday, August 24, 2012

Jangan berharap pada penghancur harapan

August 24, 2012
Assalamualaikum

Harapan. satu perkataan tapi besar ertinya.Jiwa jiwa terlalu rapuh macam aku ni memang simpan banyak harapan.Harapan dalam hati tak perlu diluah pade sesape. Tapi tidak adil rasanya. Rasa nak belasah diri sendiri. Tak adil. sangat tak adil. Perlu ke aku yg suka menyimpan harapan tetapi selalu menghancurkan harapan mereka mereka itu.

Harapan ini bukan mengharap dan berharap. Bukan meminta pertolongan dan kasihan pada sesiapa. Tapi harapan ini positif. Harapan ini hanya ada satu watak utama. AKU.


Sunday, July 29, 2012

Friday, July 20, 2012

Lewat malam

July 20, 2012
Assalamualaikum.
salam sejahtera.

Sudah lewat malam. sunyi sepi. suasana kampung memang macam ni. jarang yang tidur lambat. Bukan macam pusat komersial kat shah Alam tu, pagi2 pun orang still ramai lagi. Syukur sbb cuti dua bulan ni tak perlu duduk shah Alam lagi. Cuti? semester ni tiada cuti. Praktikal selama sebulan itu wajib bagi pelajar semester ni. Praktikal? Rasa macam tak bersemangat. Risau. Suram. Ramai yang berasa macam tu. Kenapa dia yg bertanggungjawab membuat kami terkapai kapai seperti ini? Tolong ubah sikap anda. Kami meluat.

Tentang jiwa juga tidak dijaga dengan sebaiknya. Sakit kerana terabai, tapi lebih baik dari dimanjakan. Tidak berharap, tak mengharap sesuatu yang belum pasti. Ini mungkin musim orang patah hati. Mungkin. Mohon hati supaya bersabar. DIA ada setia mendengar. Meminta hanya pada DIA, Berharap hanya pada DIA.




Tuesday, July 10, 2012

Segmen: Kembar Asyiqin :)

July 10, 2012
Assalamualaikum.

Dah lama lama lama sangat tak join segmen sesape. Tadi blogwalking kejap dekat page CX , beliau buat segmen. sangat tertarik nak join segmen tu sebab based on tarikh birthday korang. Means, korang akan jumpa n kenal orang orang yg lahir bulan sama atau mungkin hari yg sama . Officially boleh jadi kembar lain mak ayah nanti. hehe ^_^ 

CXopportunities



Tarikh lahir: 10 0ktober 1989 (23 tahun dahh)
Bintang: Libra

kalau dalam bulan islam pula:
 10 Raby` al-awal 1410 A.H.  

okey. sape nak join, klik header di atas. Tawaran masih dibuka smpai 15 Julai ni. ^_^



Post Pilihan

randomposts

Followers