Haritu result untuk semester akhir dah keluar. Syukur alhamdulillah. Tamat degree dengan jayanya. Bersyukur sgt dengan apa yg dapat, walaupun pointer x banyak mana, tapi sekurangnya meningkat dari sem lepas. Masih kekal 3 pointer dan ke atas. Sambung master? Masih belum terlintas di fikiran lagi. Bukan sebab tak mahu belajar, tapi biar aku merasa pengalaman bekerja dulu. Biar sama sama seimbang.
Ramlee Awang Murshid. Aku salah sorang peminat tegar karya beliau.
Pertama kali teruja baca novel Ramlee Awang Murshid ni masa aku form 5, Masa tu terbeli buku trilogi novel bagaikan puteri yang pertama. Isi kandungan sangat menarik. Lain dari yang lain. Bahasa indah tapi penuh simbolik. bestnye bestnye. Sampai adik dan abang2 aku pun terpengaruh jugak. kadang kadang diorang yang beli buku-buku tu. Boleh kate aku ade semua koleksi RAM ni. tapi ade yang pinjam tak pulang pulang. sedih betul la dengan orang-orang yang macam ni.
Ni novel terbaru RAM. Tak baca lagi buku ni. Baru beli semalam dekat Jusco masa keluar dgn ila n Rahman. tengok cover pun dah macam tertarik kan nak tau isi kandungan die.
Berbalik pada perjumpaan bertiga seronok gts, sebab dah hampir setahun tak jumpa rahman sejak kerja part time dulu. Ila hari hari pun jumpa. Terima kasih sebab belanja kami pizza petang tu (:
Hati ni kadang kadang payah nak di tafsir. Kadang-kadang rasa selesa. tapi kadang-kadang rasa janggal.. Kadang-kadang rase sangat diperlukan, tapi ada kalanye terase dipergunakan.
Sahabat.. kawan.. teman.. kekasih.. atau satu perasaan lain yang sukar diungkap. mana satu hati itu tuju? Susah nak faham, susah nak terima kenyataan bila harapan semakin tinggi. Penat !
Aku masih mampu bertahan dengan semua permainan perasaan ni. walaupun penat. tapi aku kuat.
Dua minggu lepas (17/1/2012) lepas habir paper Taxation II, insyaallah tamatlah sudah kehidupan kami sebagai seorang pelajar degree. Alhamdulillah, sekarang semuanya bergantung pada keputusan final exam nanti.
Perasaan aku? xde perasaan sangat kot. biase je. Mungkin sebab kehidupan degree ni tak memberi impak yang cukup kuat sgt bagi aku. Tapi kehidupan di Shah Alam aku cipta banyak memori. memori indah cukup indah dan tersangat indah di Shah Alam ni. Shah Alam tempat aku belajar berdikari, tempat aku belajar menguruskan hati dan tempat aku belajar mengenali kawan dan lawan.