Di dalam ini siapa yang tahu?
Asyiqin
May 31, 2012
Assalamualaikum
Biarkan sebentar kekacauan itu singgah. Bising. Riuk pikuk suara berdengung dengung di cuping telinga. Aku hanya suka memerhati. membiarkan anak mata melihat, jatuh ke hati untuk membuat tafsiran yang pelbagai. Aku tak pernah faham mengapa mereka sukakan keriuhan sebegini rupa. Mungkin itu mereka. Mereka bukan aku. aku suka senyap. aku suka tenang. aku benci ramai. Aku suka sendiri. Tak pernah rasa terasing, tak pernah rasa terpinggir. Mereka tak faham. mereka kata kalau senyap itu lemah.kalau senyap itu kalah. tapi mereka bukan aku. mereka dengan aku tidak sama.