Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, April 19, 2021

Duit boleh cari, Keluarga tiada ganti

April 19, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua 

Alhamdullilah dah masuk seminggu kita berpuasa. Kejap je rasanya dah seminggu kan? Alhamdulillah..semoga Ramadhan kali ni membawa kerberkatan kepada kita semua.


Actually aku dalam train ERL sebenarnya ni. Aku rasa aku hanya boleh menaip dan update blog dalam ERL je kot. Sebab kehidupan aku super duper sibuk sekarang ni. Sibuk dengan kerja hakiki yang kerja tak putus-putus. Tapi nak buat macam mana, dah adat bekerja so kita redah jelah. Mana yang mampu buat on time kita buat, mana yang dah melepasi due date dan tak siap2 lagi tu aku buat juga slow-slow. Kerja banyak, team aku 3 orang je. Mana sempat nk kejar semua ontime. Dengan kerja2 wahyu pun kadang lagi banyak. Haha!

Kerja penting. Keluarga sejuta kali lebih penting. Ingat tu. Kerja boleh dicari. Keluarga kalau hilang, tiada pengganti. Jangan dikejar sangat hati bos tu sedangkan keluarga sendiri makan hati. Jangan begitu. Asalkan kita buat kerja kita dengan betul, tu dah cukup dah. 

Aku orangnya family oriented tau. Aku bukan workaholic. Tahu tak apa cita-cita aku selepas habis degree? Nak cari kerja yang duduk di office dalam aircond, buat kerja berhempas pulas tapi still balik on time 8pagi - 5petang. Haha! Selain tu, aku ada satu impian, nak berhenti kerja dan buka kafe. Semoga tercapai satu hari nanti. Aminnnn

Okay lah. Train aku dah nak sampai ke destinasi. Nanti kalau ada masa, aku update blog lagi. Bye!


Sunday, January 24, 2021

Our 6th Anniversary

January 24, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




24.1.2021

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 suamiku

 

Terima kasih untuk segalanya

Terima kasih tetap masih bertahan sehingga kini

Dan semoga sampai ke akhir hayat kita.

I love you and always do 

 

You are my everything.

My favourite person since that day 

 

Semoga tahun ini dan tahun yang mendatang akan lebih bermakna dan makin indah. InsyaAllah


Thursday, November 12, 2020

Short Getaway : Melia Hotel KL

November 12, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

26-27 Julai 2020


Actually short getaway kami ni pada bulan Julai haritu lagi, cuma baru berkesempatan nak cerita. hehe. Asalnya cadang saje nak jalan-jalan makan angin dan tengok busking dekat Bukit Bintang, tapi busking takde sebab musim Pandemik kan, jadi kami pergi makan-makan je lah dan stay dekat hotel.




Hotel ni aku booking di Agoda. Harga satu malam dalam RM166, dapat diskaun So just bayar RM147 je. Agak berbaloi sebab bilik besar dan siap dengan breakfast. 


Kami book bilik Melia Guestroom. Bilik ni agak besar untuk kami berdua je. Cuma katil yang kami dapat ialah katil twin bed. 

Bilik air cantik. Nampak moden dan bersih.

Breakfast biasa-biasa je, standard hotel biasa.


Lif nak ke bilik boleh nampak luar tau. So boleh posing acah-acah tourist dekat sini. hihi

Tak banyak sangat pun aktiviti tempoh hari. Jalan pergi mall, makan dan stay dalam bilik tengok tv. Dah nama pun bercuti masa musim covid ni, kena jaga pergerakan juga. Semoga virus ni cepat berakhir dan kita semua boleh pergi travel macam selalu. InsyaAllah amin...




Wednesday, November 11, 2020

Meningkat Usia..31 tahun

November 11, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai apa khabar semua? sebulan lebih dah tak menaip dekat blog. Sebulan lebih juga entri ini tertunda. Alhamdulillah pada 10 Oktober yang lepas, genap usia aku 31 tahun. 

31 tahun?


Sekejap je rasanya dah 31 tahun. Masih terbayang-bayang lagi memori dan kenangan sewaktu kecil dulu. Allahu rindunya aku yang ketika itu. Zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman universiti dan semuanya. Kalau dapat diputarkan masa, aku nak kembali ke zaman-zaman tersebut dan hargai semuanya yang aku pernah take for granted.

Bukan aku tak gembira dengan kehidupan sekarang, malah aku bahagia. Cuma ada beberapa perkara di masa silam yang aku mahu perbetulkan, yang aku mahu perbaiki. Tapi itu tak kan terjadi lagi. Masa yang dah berlalu tak mungkin akan kembali lagi. noktah.

Tapi aku selalu bersyukur, sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik, suami yang baik, kerjaya yang baik dan semuanya baik-baik belaka. Hidup aku dah rasa sempurna sekarang. InsyaAllah leb ih sempurna lagi jika ada zuriat sebagai penyeri hidup. Doakan ye.. 



Hadiah hari jadi tahun ni dari suami. Terima kasih awak. Tak sangka dapat coco. hihi sebab mula-mula dia kata tahun ni takde hadiah, just belanja makan je. Dah siap makan, masuk dalam kereta tiba-tiba ade kotak atas seat. tengok-tengok ada hadiah. Pandai betul buat suprise :p

Alhamdulillah..semoga tahun-tahun kehadapan dapat masih dipanjangkan usia lagi untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang seterusnya.. InsyaAllah..amin..




Tuesday, June 2, 2020

Salam Aidilfitri 2020 / 1441H

June 02, 2020
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua  

Selamat Hari Raya semua!

Tahun ni kita beraya dengan norma baharu  disebabkan oleh Pandemik Covid19. Pertama kali rasanya tiada sambutan hari raya yang meriah. Raya yang tak sama macam dulu. Raya kali ini terlalu berbeza. Hanya hari pertama sahaja dibenarkan untuk menziarahi sanak saudara.Itupun dikalangan ahli keluarga dalam negeri yang sama dan tidak boleh melebihi 20 orang. Tapi kita harus akur, semua ini untuk menghapuskan rantaian Covid19 juga.

Aku dan keluarga agak beruntung sebab dapat berkumpul sama-sama di Hari Raya ini disebabkan tinggal berdekatan antara satu sama lain. Syukur Alhamdulillah dapat berkumpul untuk takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman di pagi raya. Ada juga hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni kan?

Smpat juga aku rakam video untuk kenangan di masa hadapan. Meh la tengok :p


Jumpa lagi di entri seterusnya. bye!

Friday, May 22, 2020

Tak sama macam dulu..

May 22, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat berpuasa semua! 
Lagi 2 hari sahaja lagi Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Rindu pada Ramadhan pasti mencengkam di hati, sebab belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan ia pada tahun hadapan. Entah sempat entah tidak. Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua.

Suasana Ramadhan dan Raya pada tahun ini sangat berbeza, lagi-lagi sangat terasa buat orang yang jauh terpisan dengan keluarga jauh di perantauan. Tahun ni pertama kali tiada sesi ziarah, kunjung mengunjung, solat berjemaah di surau dan masjid dan macam-macam lagi perkara yang membataskan norma seharian kita gara-gara Virus durjana.


Tapi situasi baru ini ada indahnya juga, dapat mengeratkan silaturrahim untuk orang-orang yang berada di dalam satu bumbung. Contoh macam aku dan suami, kami dapat solat berjemaah bersama dengan lebih kerap, kami dapat masak dan makan bersama, kemas rumah bersama, tengok movie dekat netflix sama-sama, sekarang ni pun banyak dah movie dengan drama kitorang tengok. aku layan korea, dia pun layan jugak.hahaha.. seronok sangat tau, perasaan berbunga macam lepas kahwin tu. cewah :p

Tapi yang tak bestnya bila virus ni membataskan pergerakan kami. Dah susah dan leceh bila nak keluar ke mall atau ke mana-mana, kena pakai mask sentiasa, sembur sanitizer, scan barcod checkin nama bila nak masuk kedai. Penat kan, tapi demi keselamatan dan kesihatan semua, wajib lah kita patuhi.Semoga virus ni cepat hilang dari radar.. tak sabar nak plan next honeymoon trip kami. hehe

Bye semua, jumpa lagi next enti. Jaga diri selalu. Wassalam..




Friday, April 3, 2020

Stay at Home

April 03, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, apa khabar?
Lama dah rasanya tak menulis santai macam ni. 


Harini 3 April 2020. sudah hari ke 17 semenjak arahan Perinta Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dan sejak dari hari pertama PKP, Baru 2 kali aku keluar rumah. Pertama keluar beli barang dapur dengan suami (Masa ni fasa Pertama PKP, boleh lagi keluar berdua) dan kali kedua sebab aku pergi Poslaju untuk pos barang. Nikmat betul rasanya dapat keluar rumah. haha.. Kalau rumah yang ade halaman, macam dekat kampung-kampung best lah kan, sekurangnya boleh bercucuk tanam, siram pokok bunga, main ting ting kat luar rumah. Kalau rumah Apartment macam aku ni, jawabnya hanya mampu pandang keluar tingkap je lah.

Aktiviti aku sepanjang PKP? Takde yang khusus sangat pun, kemas rumah, makan, mandi, tido, tengok tv dan so on.. Nak update blog pun macam lemau jugak rasanya ni. Tak sabar nak habis PKP, nak pergi ambil angin fresh dekat pantai, sungai or air terjun. Semoga Virus ni cepat berakhir dan semoga semua orang turuti arahan PKP ni untuk kebaikan bersama..

Be safe and Stay Home, everyone!




Saturday, January 25, 2020

Happy Our 5th Anniversary, Love

January 25, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Teringat detik-detik perkenalan dulu.

Perkenalan melalui kawan. Mula-mula start chatting dekat phone, Bila waktu kerja tak boleh main fon, kita chat melalui emel pulak. Bila jumpa awak buat pertama kali, rasa malu dan kaku tak boleh nak kata apa. haha!

Allah dah susun indah perjalanan kita..

Mei 2014 - Berkawan
Ogos 2014 - Betunang
Januari 2015 - Nikah

Alhamdulillah, 24.1.2020
sekarang dah 5 tahun. Syukur Alhamdulillah.


Untuk suamiku,
terima kasih untuk segalanya.
Saya sayangkan awak, selamanya.
Love you and always do.

Semoga hubungan kita utuh, hingga ke syurga (: 

Friday, January 10, 2020

Happy Birthday my love ❤

January 10, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat Hari Jadi suamiku.
semoga berada di bawah Lindungan Allah swt sentiasa, InsyaAllah (: 

Semoga panjang umur, diperluaskan rezeki yang tidak pernah putus, diberikan kesihatan yang berpanjangan, diberikan kebahagian buat kita sekeluarga.

dan..
Semoga tetap cintakan saya seorang sampai bila-bila 😘

Love you so much, and will always do.
Forever and ever 

p/s : Nasib baik dia suka hadiah yang isteri dia ni bagi. hehe 


Friday, December 6, 2019

Doa yang boleh diamalkan untuk rumahtangga bahagia

December 06, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua. sekarang tengah panas kan tentang isu seorang ustaz selebriti. Isu jadi viral sebab uztaz selebriti tersebut menceraikan isteri yang sedang sarat hamil untuk bersama dengan isteri baru, seorang janda anak 8. Netizen marah sangat, lagi-lagi bila lafaz cerai hanya dibuat melalui rakaman voice note di applikasi Whatapps.

Entahlah, aku tak mahu sangat komen apa-apa pasal ni, cukup lah ambil kisah ni untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Aku seorang isteri, pastinya takde seorang pun isteri yang mahu diduga begitu. Allahu takutnya hati bila kisah-kisah penceraian disebabkan orang ketiga semakin lama semakin banyak dibualkan. Semoga semuanya baik-baik je. InsyaAllah lepas badai yang melanda, pasti ada pelangi yang indah di hadapan. Semoga aku dan suami tidak diduga begitu. Amin..

Kadang-kadang aku tertanya sendiri, kenapa perasaan cinta antara pasangan suami isteri tu boleh pudar, padahal awal perkahwinannya sangat bahagia? Macam mana hati manusia boleh berubah sekelip mata dan perasaan cinta dan sayang tu juga boleh padam begitu sahaja? Wallahualam.. Allah juga yang membolak balikkan hati manusia, pergantungan kita hanya pada Allah SWT. Jadi apa-apa pun masalah kita, hanya Allah lah tempat yang pantas untuk kita mengadu. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Jadi harini aku nak share, doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk dapatkan keharmonian dalam rumahtangga masing-masing. InsyaAllah (:


Sekadar gambar hiasan (: 


DOA 1: MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”
(Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”

DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
(Surah At-Taubah: 129)
Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

DOA 3: MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.”
(Surah Al-Hashr: 10)
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”
(Surah Al-Furqan: 74)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”
(Surah Ibrahim: 40)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

DOA 6: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA JAHAT (‘AIN)

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة
“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”
(Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

DOA 7: DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. 
(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

DOA 8: MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”
(Surah Al-Imran: 38)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
................................................................................
Semoga doa-doa ini bermanfaat untuk semua. Semoga rumahtangga kita semua sentiasa bahagia dan di bawah lindungan Allah swt selalu. InsyaAllah, amin..
SUMBER : Siraplimau

Thursday, November 28, 2019

Dapat suprise Hello Kitty Carrier Limited Edition by Mc Donald

November 28, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam, 27 November 2019 McDonald Malaysia ada keluarkan Limited Edition Hello Kitty Carrier dekat semua outlet. Memang ramai orang yang berpusu-pusu pergi McD untuk dapatkan set HK tu. Penuh timeline Facebook, instagram dan twitter bila ramai yang update. Dalam hati aku teringin juga sebab Hello Kitty tu cute sangat. Kebetulan malam sebelum tu ada tag husband dekat post Hello Kitty Carrier tu dekat Facebook, dia baca and pergi tinjau pagi tu katanya panjang sangat barisan, so aku kata takpelah, tak payah beli. haha anggap jelah takde rezeki.

Tapi balik kerja malam tu tiba-tiba dia suruh kurung kucing peliharaan kami, kiki sebab ade bawa naik kucing lain, sebab kadang2 husband memang suka bawa kucing dekat bawah tu naik rumah kejap bagi makan minum sebelum lepaskan balik dekat bawah. kita ingat pun betul lah, so kurung kiki kejap.. 

Tapi memang betul lah dia bawa balik kucing, tapi kucing lain. haha

jeng jeng jeng..


Bukan satu, tapi dua!

Thanks so much awak. So akan letak satu dekat dalam kereta, satu lagi nak letak dalam bilik, boleh letak mekap kan? haha suka sangat sebab cute! korang ade beli juga tak? ehehe.

ok tu je nak share, jumpa lagi next entri!






Saturday, November 23, 2019

My New Reading ❤

November 23, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, selamat Hari Sabtu dan selamat Bercuti!

Dah lama rasanya aku tak membaca buku atau novel, setakat baca artikel dekat blog atau facebook je. Rindunya masa zaman rajin membaca dulu.. Dekat rumah aku ada banyak buku dan novel yang aku atau suami beli, tapi masih belum sempat buka dan baca pun. So, rasa nak mencabar diri sendiri untuk habiskan 3 buah novel ni sebelum masuk tahun 2020. Chewah.


1. Saifudin Jalis
2. Kasyaf Ain
3. Mitos


Novel pilihan semestinya dari Novelis favorite, Ramlee Awang Murshid. Dan yang paling tak sabar nak baca ialah Novel Saifudin Jalis tu. Sebabnya tu  kesinambungan dari Trilogi Bagaikan Puteri. Thanks suami sebab belanja belikan novel ni. Nanti aku dah habis baca aku buat review ye. Stay Tunned, bagi aku habiskan dulu. 

Jumpa lagi next entri, bye!

Saturday, November 16, 2019

Dugaan berumahtangga

November 16, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera (: 


Hidup berumahtangga ni memang banyak dugaan dan ujian yang datang. Dulu aku ingat bila dah berkahwin ni, semuanya akan okey je, sebab kahwin pun atas dasar duka sama suka, mana mungkin nak bergaduh atau bertikam lidah kan? Tapi lumrah lah bila ada pasang surut dalam rumahtangga. Kadang baik, kadang bergaduh, kadang-kadang merajuk and the list goes on. Aku dan suami pun macam tu, semua orang yang berkahwin akan rasa pengalaman tu. 

Jenis aku akan cepat panas kalau ada yang tak kena. Jenis suami pula suka berdiam dan tunggu keadaan reda sebelum start berkomunikasi untuk selesaikan salah faham atau masalah antara kami. Sebab tu Allah ciptakan pasangan tu saling melengkapi antara satu sama lain. Sebab memang saling memerlukan antara satu sama lain, bila salah seorang tak ada, rasa sangat-sangat lain dan berbeza dan rasa tak best. Walaupun kadang bergaduh, tapi tetap rasa rindu setiap waktu.

Surat Ar-Ruum: 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah yang menciptakan istri-istrimu untukmu dari jenismu sendiri. Sesungguhnya kamu cendrung dan merasa tentram kepadanya. Dan dijadikannya  di antara kalian rasa kasih dan sayang. Karena sesungguhnya apa yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi para kaum yang berfikir.”


Bila datangnya ujian namun bila dah ada persefahaman semula tu akan terasa manis sangat kan, rasa macam kembali masa zaman bercinta semula macam dulu - dulu pulak. Pasangan lain lagi hebat dugaannya dari kami. Siapa lah aku untuk terus mengeluh kan?

Aku bersyukur dikurniakan suami dan keluarga mertua yang sangat baik. Walaupun aku banyak kekurangan, tapi layanan mereka baik sangat pada aku sampaikan aku yang selalu segan dan malu sebab masih belum dapat bagi mama dan abah cucu baru. Tapi tak pernah sekali pun keluarga mertua perli, marah atau hina aku, tentang zuriat atau apa-apa pun. Terima kasih (:

Usia perkahwinan aku dan suami bakal menginjak ke 5 tahun pada bulan Januari 2020. Mohon doa kalian semoga ikatan ini sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Semoga kami dikurniakan zuriat pelengkap keluarga kecil kami ini. Semoga kami sama-sama kuat menempuh segala ujian dan dugaan yang datang singgah dalam rumahtangga kami. Dan semoga doa kalian akan berbalik juga pada kalian nanti. InsyaAllah.. amin..



Thursday, October 10, 2019

Alhamdulillah, genap 30 tahun ❤

October 10, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



10.10.2019

Alhamdulillah, pada tarikh ini genaplah usia aku 30 tahun. Dah 30 tahun rupanya jantung ini berdegup, dan  pada 30 tahun lalu lah ibu kesakitan bila melahirkan aku ke dunia yang penuh pancaroba ni. Terima kasih buat ibu dan ayah, tanpa mereka tiadalah aku di sini, tiadalah aku menjadi seorang manusia pada hari ini. Semoga Allah panjangkan umur ibu dan ayahku, banyak lagi jasa mereka yang belum sempat aku balas, walaupun aku tahu tak kan mungkin aku dapat balas. Kakak rindu ibu dan ayah..hurm.

Dalam kehidupan aku ni, banyak sangat perkara manis dan pahit yang aku lalui. Yang manis aku simpan dalam lipatan memori menjadi cerita untuk generasi akan datang. Yang pahit tetap aku akan simpan supaya menjadi peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri di kemudian hari. Dugaan dan ujian tuhan silih berganti datang dan pergi. Ada ujian yang tak pernah aku duga akan terjadi dalam hidup aku, tapi terpaksa aku redha dan terima. Mungkin ini yang buatkan aku jadi lebih kuat dan cekal, mungkin ini ujian yang Allah beri pada aku supaya aku kembali dekat denganNYA? Siapa tahu kan.. Allah lebih mengetahui.

Selain dugaan yang satu tu, dugaan Anak juga selalu buatkan aku murung seketika. Dah nak masuk 5 tahun dan langsung tidak pernah mengandung, memang satu seksaan bagi kaum isteri. Sebab salah satunya tujuan berkahwin juga untuk menambahkan bilangan ahli keluarga, menambahkan bilangan keturunan kan? Tapi aku masih belum mampu pun nak bagi suami anak. Bila balik kampung memang akan rasa down. Lagi-lagi bila balik rumah mertua. Tahun ni mama dapat 3 orang cucu baru. 3 orang mengandung pada tahun yang sama dan aku? hanya mampu memandang dan terus rasa rendah diri. 

Suami beritahu jangan rasa macam tu, katanya tak kisah pun ada anak atau tak, sebab berkahwin ni bukan nak anak semata-mata. Katanya kawan dia kahwin lebih lama, tanpa anak, tetap bahagia.Tapi entahlah, yang orang salahkan tetap aku, bukan suami. Dan kalau satu hari nanti kalau hati suami beralih arah kepada yang lain, aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan diri aku lagi. Mampu ke aku kuat? Aku pun tak tahu. Allah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.Semoga jodoh ini tetap bersatu kukuh hingga ke syurga. 

Okey, lupakan lah luahan perasaan aku yang emosi tu, bagi can je lah sekejap kan birthday girl nak emosi. 

Harini dapat suprise dari Encik Suami. Tengari tu, tiba-tiba dapat mesej dari nombor yang tak dikenali katanya suruh turun sebab nak bagi kek. Aku dalam kepelikkan tu pun turun lah ke lobi office. haha. tengok-tengok dapat suprise. tadaaa...!

Kita dapat bunga, kek dan belon sekali tau. haha

Much love katanya, Love you too.

 Velvet kek ni sedap giler. Kawan-kawan office yang cakap. hehe



Terima kasih buat encik suami sebab buatkan suprise untuk isteri dia ni. Perasaan terkejut campur happy sangat tau, rasa disayangi jer sepanjang hari tu. Chewahh. haha! Malam tu pula suami bawa makan makanan korea. Lagi lah bertambah sayang. Ececeh. Tahun ni pula tahun banyak sangat dapat hadiah dari dia. Mungkin sempena angka baru di hadapan kot. Yelah, tahun lepas masih 20an, tahun ni dah 30 an . haha


Thank you love!


Terima kasih juga untuk semua yang beri ucapan dan wish yang baik-baik belaka. Semoga apa yang didoakan untu aku bakal berbalik semula pada kamu semua. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua nya. Aminn..

Jumpa lagi next entri.. Much love, 
Asyiqin



Friday, August 30, 2019

Akhirnya dapat kuarters Putrajaya!

August 30, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah..



Petang tadi dalam jam 3.40 petang dapat panggilan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah  (BPH) . Pegawai perempuan yang call. Hati dah berdebar-debar ni, dalam hati fikir mesti nak tawarkan kuarters sebab no giliran kuarters dah dekat.Hampir 5 tahun menunggu tau! Dan akhirnyaaaa..

" Kami nak buat penawaran kuarters pada puan, adakah puan masih berminat?'

"yes yes yes. haha"

Tapi aku dapat tawaran ni bersyarat tau, sebab rumah yang aku beli, walaupun berada di luiar Putrajaya, ia masih berada dalam linkungan radius 25KM, Puan tu beritahu bila dah dapat kunci nanti aku kena keluar dan beri peluang kepada orang lain pula untuk duduk kuarters. 

Tapi itu pun dah syukur sangat. Sebab sekarang ni aku menyewa di luar. Jadi boleh saving sikit untuk renovate rumah baru bila dah siap nanti. Rumah baru tu dijangka siap awal tahun 2022. 

Lokasi kuarters?
Dalam Putrajaya, tapi belum tahu lagi dapat di mana. Minggu depan baru pihak BPH emelkan surat tawaran tu. Harap-harap dapat berdekatan Office. Boleh aku merempit je pergi kerja nanti. yeay jimat minyak, jimat banyak tuu! 

So sekarang boleh slow-slow kemas barang-barang dalam rumah sewa ni. Duduk berdua je tapi barang banyak mengalahkan keluarga besar. haha!

Nanti bila dah dapat surat tawaran tu, aku post lagi dekat sini ye (: 


Friday, January 25, 2019

Our 4th Anniversary

January 25, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam.. 
24 Januari 2019

Genap 4 tahun ikatan perkahwinan antara aku dan suami.

4 tahun?
Pejam celik pejam celik je rasanya, rasa macam semalam baru kenal.

Aku pernah bercerita di blog ni dulu macam mana perkenalan ni boleh terjadi, dan macam mana akhirnya kami buat keputusan untuk berumah tangga, kalau rajin boleh la cari entri tu. Entri tahun 2015. hehe


I love you always, husband
Thank you for everything

Tuesday, January 15, 2019

Happy Birthday Husband ❤

January 15, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

10 Januari 2019
Pada tarikh itu genap usia suamiku yang ke 31 tahun.



“Never in a million years did I think I would be this happy to have the perfect man standing behind me, supporting me with my silly ways and making me laugh all the time. I enjoy every moment we share together. Love you and Happy birthday!”


Selamat Hari lahir suamiku..

Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, Semoga diberikan kesihatan yang baik selalu, dipanjangkan umur dan semoa sentiasa berada dalam lindungan Allah swt selalu.

Semoga terus sayangkan saya dan cintakan saya sampai bila-bila walau apa pun dugaan dan badai yang datang melanda.

Love you.. always (: 


Sunday, September 23, 2018

Petting Zoo di Farm in The City, Seri Kembangan

September 23, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat berhujung minggu semua! Selalunya hujung minggu ni ramai yang keluar berjalan-jalan dengan keluarga mahupun dengan insan yang tersayang kan? Sama jugak halnya dengan aku. Minggu lepas, semasa cuti Hari Malaysia, aku dan family sempat menghabiskan masa terluang bersama ke Farm In The City, Seri kembangan.

Klik untuk baca entri yang lepas : JALAN-JALAN KE FARM IN THE CITY BERSAMA KELUARGA TERCINTA (:

PETTING ZOO DI FARM IN THE CITY


Ini kali kedua aku ke FITC. Kali pertama pada hujung tahun lepas dan kali ini bersama-sama dengan keluarga blogger Kelab Ben Ashaari (KBBA9). Kalini husband tak dapat ikut sebab kerja, jadi aku bawa ibu dan adik-adik jalan-jalan. Family bonding session! 

aku kat belakang tu... tak perasan rupanya tengah ambil gambar. haha

Dalam ni ade banyak station yang korang boleh pergi dan beramah mesra dengan haiwan-haiwan dekat situ. Antara station yang ada macam dekat bawah ni:



AKTIVITI DI FITC 

Bermacam-macam aktiviti yang korang boleh buat di Farm In The City ni. Boleh bagi makan dekat haiwan, boleh usap-usap, boleh bergambar dan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, korang boleh join Pony Ride, tapi dengan sedikit bayaran. Alahai, tak mahal mana pun tau! Yang penting keseronokan anak-anak da pengalaman tu. Nanti dekat sekolah boleh anak-anak cerita dekat kawan-kawan.. hehe

Kakak ni mula-mula takut nak naik, tapi bila tengok budak-budak lain seronok je naik, dia pun jadi tak sabar :)

Muka happy dapat naik kuda padi 


Di antara station yang ada, ada 2 station yang aku dan budak-budak ni paling suka, iaitu Fish Feeding Moon Lake dan juga Longkang Fishing! 


 Sweet pulak tengok si abang share makanan ikan dengan adik. 

Besar gila ikan-ikan dekat sini tau



bergambar sebelum ke station seterusnya 



TEMPAT PERSINGGAHAN PALING LAMA- LONGKANG FISHING!

Dalam ni ada satu station yang dinamakan Longkang Fishing. Tau kenapa? Sebab korang boleh tangkap ikan dalam longkang. Haha. Jangan risau, longkang ikan ni sangat bersih airnya. Tapi lepas tangkap tu kena lepaskan semula ikan tau. Tak boleh bawa balik!

Budak-budak ni singgah paling lama dekat sini, sebab masing-masing tak puas hati selagi tak dapat tangkap ikan. 

Muka tak puas hati sebab masih belum dapat tangkap ikan. 

Sementara tunggu budak-budak pergi tangkap ikan, yang dewasa boleh duduk sini lepak-lepak sambil beli makanan dan minuman yang ada dijual di sebelah tu je. Meja yang ibu duduk ni depan longkang ikan ni je, so boleh duduk berehat sambil perhatikan anak-anak. 


HAIWAN-HAIWAN JINAK DI FITC

Kebanyakan haiwan dekat sini jinak-jinak. Mungkin sebab dah biasa dengan kehadiran pelancong kot kan. Lagi-lagi bila pelancong bagi makan, makin suka lah mereka.

Kambing apa tah nama dia. Jinak sangat! Boleh pegang dan belai-belai, tak gigit pun. Makin dihulur kepala tu adelah. haha!


 Ostrich ni pun jinak jugak, tapi kami takut nak dekat. Takut kot2 tetiba dia nak gigit ke apa kan. haha

Alpaca! Tengok tu bukan main posing lagi. Haha alpaca ni macam sombong sikit, panggil-panggil taknak pun datang dekat. huhu

 Ni haiwan ape eh. Rusa ke seladang ke, tahla, aku tak pasti sangat. Tapi memang kejar orang je minta makanan kerjanya. Langsung tak takut pun!


Turtle! Comel sangat! Besar-besar pulak tu. Ishh. Boleh pegang cengkerang dia tu, jangan duduk atas tu dahla. Kena kawal jugak anak-anak dekat sini.


 Burung-burung menanti untuk diberi makan. Dekat sini korang boleh minta makanan dari staff yang ada dalam ni dan bagi makanan dekat burung tu guna tapak tangan je! Seronok tengok orang bagi makan. Aku tak berani. Budak-bidak ni pun tak berani, kononnya takut berlubang tangan nanti. haha


 Burung ni jinak tau. Aku panggil dia untuk tangkap gambar, terus posing macam tu. hehe comel!


 Dekat kawasan ni ade ular, small crocodile dan haiwan liar. Kat sini tak boleh la nak belai-belai sebab ade dalam dinding kaca. Boleh tengok dari luar je.

Racoon! Masa ni dia nak tidur dah, sebab baru lepas makan. Comel betul tengok tido berpelukan macam tu. 


DAPAT SIJIL PENYERTAAN!

Kanak-kanak yang berkunjung kesini akan diberi sekeping sijil penyertaan waktu keluar nanti. Boleh tulis nama dan letak dalam frame. Kenangan gitu. hehe 

PERSONAL REVIEW
Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi aku rasa cukup sampai disini je. Korang perlu pergi sendiri untuk rasai pengalaman live tu. Seronok tau! Aku yang dah 2 kali pergi ni pun rasa macam nak pergi lagi.. So memang tak rugi datang sini dengan keluarga, di samping tengok haiwan-haiwan yang jarang dapat tengok, korang juga boleh eratkan ikatan dan hubungan sesama sendiri, bonding session la kiranya. 


Harga tiket Farm In The City 2018

RM55 Dewasa
RM45 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM45 Warga Emas (60 tahun ke atas)

MyCard diskaun
RM37 Dewasa
RM30 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM30 Warga emas (60 tahun ke atas)
** kanak-kanak 90cm ke bawah Percuma **

Promosi Pakej Family
RM125 – 2 dewasa & 2 kanak-kanak


MAKLUMAT DAN INFO :

OPERATING HOURS
WEEKDAYS10:00am-6:00pm

WEEKENDS09:30am-6:00pm

Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday



WEBSITE:
https://www.farminthecity.my
CUSTOMER SERVICE HOTLINE :
+603-89412099
Alamat : 
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia


Post Pilihan

randomposts

Followers