Thursday, December 13, 2012

Final exam yang terakhir.

Assalamualaikum. 
selamat petang. salam sejahtera (: 

 Hujan lagi harini. Agak basah dan menggigil kesejukan balik dari kelas tadi. Bukan senang merempit time hujan hujan lebat ni. jalan lecak. licin. bahaya. Tapi kalau tunggu hujan berenti sampai bila kan. jadi baca doa banyak banyak dan pasrah. Semoga Allah melindungi perjalanan kita :)

Insyallah sem ni sem yang terakhir untuk aku. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dengan kepujian. Course yang agak mencabar tapi banyak ilmu yang aku belajar. How to manage company with good governance practice, Preparation to become a good company secretary yang akan advice board of director nanti, well.. walaupun minat aku belum sepenuhnya dalam dunia korporat, tapi kalau rezeki di situ, alhamdulillah. Kerja yang mencabar sesuai dengan imbuhan yang besar. 

Dan akhirnya jadual exam dah keluar. Bermula 3 Januari 2013 untuk first paper dan berakhir pada 16 Januari untuk paper kelima iaitu yg terakhir. Bukan senang. memang bukan senang. Tapi tak susah jugak. Tak perlu rajin, tapi perlu fokus. Baru boleh dapat gred gempak.

Eh, lupa nak share cerita pasal mock meeting minggu lepas. yg tu macam final project jugak. next entry ok?

Till next entry 




Post Pilihan

randomposts

Followers