Friday, June 12, 2015

Kisah Safi Rania Gold

June 12, 2015
Assalamualaikum..

Nih nak cerita kisah semalam.

Dialog 1:

"Puan, kulit muka puan bersih ye, pakai ape?"

'saya pakai Safi Rania Gold la kak. Hadiah hantaran harituh.'


Dialog 2:

"Puan, kulit puan cantik la, yela sebab bila berisi dia mengembang nampak cantik pulak"

' Mekaseh kak, mmng sy cantik hari- hari kan. hihi'


Hahaaaaaaaa. yang no 2 tu tak taulah pujian ke perlian nih. Tapi aku anggap je tu pujian. Dorang kata bila aku berisi ni kulit makin cantik, berseri-seri, sampai ramai orang tersilap ingat aku pregnant. Kalau nak kata produk memang pakai Safi Rania Gold je pun. Pakai Gel Pencuci muka, Losyen minuman, serum, krim pelembab siang dan malam dan jugak krim kecantikan. Memang dari diploma pakai produk Safi je pun, sebab dipengaruhi oleh Nadia, roomate dulu. Sebab kulit dia bersih and smooth je. Nadia pun sekarang tengah mengira hari nak bersalin je tuh. Rindu kan zaman dulu-dulu, sebab ape yang kau buat cuma study, tido, gossip, dating dan lepak-lepak. Huh.

Nah, kalau nak kulit macm aku pakai la Sari Rania Gold. kuikui


image : dari google 



Sesaje post perasan lelebih kat sini. Nak perasan kat tempat lain x boleh, hihi Ok, sekian. 

bye


Sunday, June 7, 2015

Jun 2015

June 07, 2015
Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai stalker. Hati ada okey x? Harap baik-baik je.

Selang beberapa hari je lagi dah nak masuk Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat aku dan orang orang kesayangan aku. Misi kurus masih diteruskan . on off jugak sebenarnya. Nasib ade suami yang jadi alarm notification kalau aku lupa makan supplement dan bersenam. Fuhh macam susah je nak kurus balik ni. Haish Syuhada... sabar je lah.

Sekarang kat Nilai. Saja balik weekend , plus suami pun cuti semalam. So jumaat malam kita gerak. Semalam ade kenduri sikit rumah makcik, dapatla bawa suami kenal-kenak dengan saudara-mara kat sini. Tapi jap lagi kena balik naik ktm je, sebab suami dah balik dulu awal pagi tadi sebab die kena kerja kan, so aku stay je kat kg. Dah lama tak balik kampung. huu

Married Life
So far okey je. Untungnya dapat suami yang baik dan memahami ni. Untung nye jugak dapat suami yang suke mengemas pastu rajin ke dapur. Weewit. Love u hubby

Carrier life
Yang ni on off lah. Kejap aku rase na stay kejap rasa nak blah. Kejap rasa seronok kejap rasa stress. Kat mane silapnye aku pun tak tahu. Kena ubah sikap la kot. Kena ubah sikap jadi diri sendiri dan tak hipokrit. Tapi acane. macam payah je kalau dah jenis kerja macam ni. Haiyoo

ok..bubye





Post Pilihan

randomposts

Followers