Wednesday, December 20, 2017

Demam 3 serangkai

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca blog 

Apa khabar harini?
Semoga baik-baik sahaja hendaknya di sana (macam tulis surat kiriman tak rasmi pulak. haha)

Image result for demam 3 serangkai

Aku tak berapa nak sihat ni. Badan dah memang panas macam nak demam sejak semalam lagi, malam tadi diserang selsema pulak sampai susah sangat nak tidur dan harinii... batuk dan sakit tekak pulak menyerang. Haiyaaaa

Dulu aku ni susah betul nak demam tau. Mungkin sekarang dengan usia akan mengajak akhir 20an ni sistem imunisasi badan pun dah tak seberapa kan? Siksa rasanya bila sakit macam ni, rasa badan tak bermaya je. Tengahari tadi pun aku terlelap kat surau office dekat sejam setengah jugak la.. nasib baik bos tak marah. hehe..

Semoga aku cepat sembuh. Doakan ye :) 

No comments:

Post a Comment


Post Pilihan

randomposts

Followers