Minggu lepas aku dan suami berkesempatan untuk tengok wayang. Kali ni kami pilih untuk tengok Maze Runner : The Death Cure . The Death Cure adalah movie yang terakhir untuk trilogi Maze Runner ni. Kalau korang masih ingat, ada 2 sekuel sebelum movie yang ni iaitu The Maze Runner (2014) dan Maze Runner: The Scorch Trials (2015).
Okay, sebelum aku review tentang sekuel yang ketiga dan terakhir ni, jom kita imbas balik (chewahh!) sedikit sinopsis berkaitan 2 sekuel sebelum ni.
The Maze Runner (2014)
Pada sekuel pertama ni mengisahkan sekumpulan remaja yang terperangkap di dalam Maze, diketua oleh Alby. Alby ni merupakan orang pertama yang dihantar kedalam Maze. Setiap bulan akan ada bekalan yang dihantar oleh pencipta maze ni, iaitu orang baru dan juga bekalan makanan dan peralatan untk survive dalam Maze tu.
Thomas pulak watak utama dalam cerita ni, yang merupakan orang kedua terakhir yang dihantar ke dalam Maze. Remaja-remaja yang dihantar ke dalam Maze ni memang tak akan ingat apa-apa pun kecuali nama mereka sendiri. Setiap hari mereka berusaha mencari jalan keluar dari Maze ni, tapi bukan mudah, sebab Maze ni hanya akan terbuka waktu pagi dan akan tutup dengan automatik menjelang senja.
Dalam maze ni pulak ade raksasa yang dorang gelarkan sebagai griever. Sape2 yang kena sengat dengan raksaksa ni akan jadi zombi dan sebelum tu ingatan dorang akan dikembalikan. Cuma runner ataupun orang yang pantas berlari akan ditugaskan untuk masuk dalam Maze ni untuk cari jalan keluar. Runner diketuai oleh Minho. Watak utama lain dalam cerita ialah Chuck, Newth dan Teresa.
Dipendekkan cerita, Alby mati sebab kena sengat, Chuck mati sebab kena bunuh dengan Gally. Gally mati sebab kena bunuh oleh Newth, sebab masa ni Gally dah kena sengat. Thomas dan Teresa pulak sebenarnya ialah pekerja kepada WICKED, iaitu organisasi yang cipta Maze ni.WICKED ni pulak sebenarnya tengah cari penawar untuk penyakit virus zombi yang menyerang dunia pada masa tu, sebab tu dorang kumpulkan kanak-kanak yang dorang rasa imun dan agihkan dorang kepada beberapa maze untuk cari yang paling imun untuk hasilkan penawar tu.
Last sekali dorang dapat lepaskan diri daripada maze ni dan diselamatkan oleh sekumpulan orang bersenjata yang sebenarnya adalah orang-orang WICKED ni jugak. berpura-pura kononnya menyelamatkan tapi semuanya memang dah diplan pun. Mereka dibawa ke satu tempat yang kononnya selamat.. dan cerita pun bersambung.... jeng jeng jeng.

Maze Runner: The Scorch Trials (2015)
Untuk yang sekuel kedua ni pulak, akhirnya Thomas and the geng dapat tahu yang WICKED ni sebenarnya berniat jahat, so mereka pun larikan diri bersama untuk jumpa 'The Right Arm'. The Right Arm ni sebenarnya hero yang menyelamatkan ramai kanak-kanak daripada tawanan WICKED.
Masa dalam proses mencari 'The Right Arm' ni dorang dikejar zombie-zombie tu dan akhrnya bekerjasama dengan Bertha dan orang tua tu, tak ingat lah sape nama dia. ahaha! Bertha di digigit oleh Zombie, tapi ade sorang doctor dekat markas The Right Arm tu gunakan darah Thomas sebagai ubat untuk melambatkan proses pertukaran Zombie tu pada Bertha. Anggaran dorang paling lama Bertha akan bertahan pun cuma selama beberapa bulan.
Oh ya, Bertha dirawat sebab Thomas sebenarnya merupakan informer untuk 'The Right Arm. sebenarnya masa kerja dengan WICKED, Thomas memang tak setuju dan memang berniat nak selamatkan kawan-kawan dia sebab tu dia minta untuk dimasukkan dalam Maze. Kalau bukan sebab Thomas, kemungkinan Bertha dah dibunuh pun.
Tapi last sekali, Teresa berpaling tadah dan bocorkan rahsia kat mana markas 'The Right Arm' ni dekat WICKED . WICKED pun datang lah serang tempat tu dan bunuh ramai orang yang tak berdosa. Semua ni sebab Teresa! geram pulak aku. haha! Sebab bagi Teresa, tak salah korbankan beberapa orang untuk selamatkan berjuta orang yang lain dengan formula antivirus tu. Akhirnya beberapa tawanan dibawa pulang ke markas WICKED termasuklah si Minho.. so bersambung lah cerita ni..
Maze Runner : The Death Cure (2018)
Lama kot nak tunggu sekuel last Maze runner ni! huhu..Sekuel kali ni, si Thomas nak selamatkan Minho, tapi agak leceh sebab pertahanan di WICKED terlalu ketat. So akhirnya dorang bekerjasama dengan Gally ( hidup rupanya Gally ni lagi, sebab diselamatkan oleh seseorang masa tu) untuk culik Teresa. Dorang culik Teresa ni sebab nak suruh Teresa buang tag WICKED yang ada kat belakang leher dorang, dan juga dorang berpura-pura menyamar jadi pengawal dan escort Teresa untuk tunjukkan jalan kat mana Minho berada.
Semasa diculik, Teresa pelik sebab Bertha masih bertahan dan tak jadi Zombi lagi. so dia senyap-senyap curi cebisan kain Thomas yang berdarah tu untuk dikaji dalam makmal. Dan hasil ujian makmal tu, Teresa dapat tahu yang sebenarnya darah Thomas lah yang paling imun sekali,yang dapat bunuh sel-sel virus zombie tu. So Teresa pujuk Thomas untuk bkerjasama semula dengan WICKED.
Tapi semuanya dah terlambat sebab masa ni bff si Thomas iaitu Newth dah mati sebab dah kena virus tu... dan apakah kesudahannya?... pergila tengok sendiri kat pawagam! ni dah banyak kot aku cerita kat korang. haha.
Memang best cerita ni, sangat rugi kalau tak tengok. aku bagi 4 dari 5 bintang! 4 bintang tu sebab Newth mati la.. huhu.. sedih!
So, pada korang yang belum tengok lagi, boleh lah pergi tengok cepat okay!
Nak tengokkk! Minat betul dengan citerr ni.
ReplyDeleteMemang kena tengok pun fatin. best sangat!
ReplyDeleteSemua cakap best! ^^ tapi Hana still tak tengok2 lagi hohoho T^T
ReplyDeletex tgk pun lagiii
ReplyDeletesaya tak pegi lag :(
ReplyDeleteAla.. Nak kena tengok yang second dulu baru leh tengok yang third ini.. Huhuhu..
ReplyDelete