Wednesday, March 28, 2018

Apa nak buat kalau rindukan seseorang ?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Rindu..

Yang baca ni ade tak rindukan sesiapa macam aku sekarang ? Rindu sangat sampai nak nangis tau! huwaaa. Okey takla, drama je nangis-nangis tu. Hati kena lah kental kan. 

gambar : google

Ubat rindu paling mujarab?

Biasanya, bila rasa rindu apa yang kita perlu buat? Update dalam sosial media? Call orang yang kita rindu tu?Sebenarnya yang paling bagus ialah bila kita sampaikan rindu kita pada seseorang tu melalui DIA. Sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

InsyaAllah bila kita  minta sungguh-sungguh dengan Allah, Allah akan tetapkan hati-hati orang yang kita rindu untuk tidak berpaling arah, dan sekiranya orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini, semoga Allah tenangkan hati kita dan ubati kerinduan itu seiring masa yang berlalu. InsyaAllah.


Ustaz Don Daniyal pernah pesan:

"Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah "


Kenapa surah al fatihah?

Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekedar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga dapat membantu memperluas rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.


Sakit rindu itu satu ujian
Kerinduan dan kesedihan dan kesakitan yang kita alami hanya kita sendiri je yang tahu kan? Tapi yakinlah, Allah takkan menguji kita di luar kemampuan diri kita sendiri. Semua yang berlaku ade hikmah. Kita kena yakin dengan aturan Allah SWT. Semoga orang-orang yang kita rindu berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa. InsyaAllah (: 

23 comments:

  1. rindu pada orang yang dah takda dimuka bumi ni , serius bila rindu sangat-sangat kadang sampai jatuh air mata . .ccl selalu amalkan pesanan ustaz don

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ccl banyakkan bersabar tau. Semoga kerinduan tu sedikit terubat :)

      Delete
  2. rindu nk berkumpul dgn semua keluarga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berkumpul ramai-ramai best kan.. meriah!

      Delete
  3. Rindu keluarga tersayang. Rindu arwah Mak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan bersabar dan berdoa untuk mak tau sis :)

      Delete
  4. Bila rindu seseorang hati mudah terusik..mula la.nak nangis2 bagai..huhuhh

    ReplyDelete
  5. Rindu paling baik hanyalah doa, semoga Allah jagakan dia selalu..

    ReplyDelete
  6. Bila rindu,mesti nangis..huhu..terima kasihkongsi aisyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. nangis tu sebagai salah satu cara meluahkan :)

      Delete
  7. Perkongsian yang bagus hehehe

    ReplyDelete
  8. kita dah beritahu kita rindu pada dia . Tapi dia diam seribu bahasa ..... sedihnya ....

    ReplyDelete
  9. Rindu dekat teman sahabat yg jauh..rindu nk mcm duluu..x tahu bila boleh jumpa..beratnya ujian rindu ni..sampai sesak dada..humm..nk dye sentiasa rindukn kita..tpi Allah memegang hati semua hambanya..kita hanya mampu berdoa..

    ReplyDelete
  10. hari ni rasa rindu pada dia yang telah berpaling tadah. 6 tahun jalin cinta, tapi dia berjodohan dengan yang lain. Moga Allah pudarkan rindu inj

    ReplyDelete
  11. Saya merindukan seseorang yang mungkin bukan milik saya.Saya rindukan orang yang telah mempunyai pasangan.Adakah saya yang salah? merindui milik

    ReplyDelete
  12. Saya rindu sahabat saya..semoga dia juga mempunyai rasa yang sama. Aamiin.

    ReplyDelete
  13. kalah dengan rindu hm :))
    thanks sharee tipss ❤️

    ReplyDelete
  14. Saya rindu kan dia,tapi dlm masa yg sama saya suka dia..perlu ke saya beritahu dia?

    ReplyDelete
  15. Ssya rindukan seseorang dan dia bukannya muslim. Dia tak tau pn sy suka padanya. Adakah Al-fatihah yg selalu saya baca kepadanya akan sampai kerana berlainan agama?

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers