Sunday, March 18, 2018

Tips Muka bersih tanpa jerawat : Double cleansing!

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca :)

Apa khabar hati hari ni?
harap terus sihat dan ceria :)

Untuk pos kali ni, aku nak cerita tentang rutin terbaru yang aku amalkan, iaitu double cleansing. Dah dekat sebulan jugak aku amalkan dan nampaknya perubahan pada kulit wajah agak positif dan memberansangkan, so why not tak share dekat blog ni kan, benda baik patut dikongsi :)

Double Cleansing ? Ape tu ?

Masa mula-mula dengar pun dah tertanya-tanya apebenda lah ni. Dengar bunyi macam kene cuci muka dua kali ke. Tapi kenapa kena cuci sampai dua kali? sekali tak cukup ke, Macam membazir je?

Ni lah yang berlegar-legar di fikiran aku masa mula-mula dengar terms ni. Gali punya gali , baca artikel semua baru faham yang double cleansing ni merupakan teknik paling utama yang diamalkan oleh wanita-wanita korea untuk penjagaan wajah. Sebabnya, bila mencuci muka dengan pencuci biasa sahaja, masih belum tentu lagi kotoran atau minyak di muka akan hilang sepenuhnya, lagi-lagi bagi mereka yang gemar menggunakan makeup. Jadi dengan penggunaan double cleansing, segala minyak, sebum dan kotoran dimuka dapat dicuci di tahap optimum.

Kotoran di wajah kita ade 2 jenis, iaitu minyak dan air. Kotoran minyak seperti sunscreen, sebum tu lebih efektif dengan menggunakan minyak. Pernah dengar kan yang minyak dan air tak boleh bergabung? Jadi sekiranya kita membersihkan wajah yang berminyak menggunakan pencuci water based semata-mata, walaupun kita rasa dah bersih, tapi sebenarnya tak. sebab tulah jerawat segala tumbuh balik dekat muka.


Step by Step double cleansing

STEP 1 : Gunakan pencuci oil-based

Biasanya dekat packaging dia akan terus tulis oil cleanser dan kebanyakannya sesuai untuk semua jenis kulit. Dekat Watsons dan Guardian pun banyak, korang boleh cari ikut brand yang digemari. Cara guna dia senang je, tapi berbeza sedikit dengan pencuci biasa. 

cleansing Oil - pic dari google

Sebelum guna. pastikan muka dan tapak tangan kering.

1) Pump/tuangkan pada tapak tangan
2) Gosok tapak tangan sampai rasa macam panas-panas sikit
3) Sapu di seluruh muka, urut-urut sikit
4) Titiskan air pada wajah yang ada cleansing oil tu, urut-urut muka sampai oil tadi jadi warna putih
5) Bilas dengan air

STEP 2 : Gunakan pencuci water based atau pencuci muka harian 

Lepas cuci muka dengan cleansing oil, teruskan pulak cuci muka dengan pencuci muka biasa yang korang guna, cuci muka macam biasa je. Bia dah siap, korang boleh belek-belek muka depan cermin dan rasailah perbezaannya. haha!

Untuk aku, aku gunakan cleanser macam di bawah ni, serius sangat best pada muka tau.

My double cleansing routine:
Step 1 : Nutox Cleansing Oil
Step 2 : Gel Pembersih Wajah SRG Beetox



Kena pakai hari-hari ke?

Untuk double cleansing ni aku akan guna sehari sekali je, biasanya lepas balik dari kerja. Kalau hari cuti kalau tak keluar rumah just pakai cleanser beetox tu je sebelum mandi. Sebabnya pergi kerja aku akan apply segala serum, essence, moisturiser dan sunblock tu dengan mekap sikit-sikit. Jadi bila balik rumah tu memang nak muka betul-betul bersih baru rasa selesa. 

Kalau hari cuti dan ade dekat rumah je aku selesa tak pakai apa-apa skincare dekat muka, just pakai bedak baby je, jadi takde keperluan pulak untuk buat double cleansing.

Untuk dapatkan kulit muka yang bersih kita memang perlu melabur sedikit. Tapi bukan mahal pun buat double cleansing ni. Harga cleansing oil ni pun dalam range RM30-RM60 je sebotol yang mampu bertahan berbulan-bulan. Nutox tu pun aku beli dalam RM32 je haritu dekat Guardian. Jadi aku rasa tak rugi pun.

Bila muka bersih, mekap pun senang nak pakai dan lebih tahan lama dekat muka. Jerawat pun segan nak ada tau. Jadi, jom amalkan dan sama-sama kita nikmati kebaikannya  :) 

19 comments:

  1. Lepasni kene try buat ni, supaya jerawat tak berkampung lagi dekat muka.

    ReplyDelete
  2. Seronok bila dah jumpa penyelesaian kepada kulit muka. Then ianya serasi pulak tu. ☺

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni... terima kasih ya..

    ReplyDelete
  4. TQ for the tips!! Siqah tak tahu pulak pasal cleansing oil. Pakai pencuci muka je sekarang. Kena cari cleansing oil lah satu camni. Muka pun naik jerawat je sekarang. Adoi.

    ReplyDelete
  5. Asyqin.. Esk kite buat sama2 kat opis ya..Tq 😘

    ReplyDelete
  6. Acik ckp apa.sy xphm. Bt la demo kat adik ni

    ReplyDelete
  7. good sharing. sy pun bru jer try teknik double cleansing ni. jemput singgah http://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. pernah guna nutox gak.Memang terbaik kesan dia.. ehehehe. Cuma sekarang jadi tak serasi,so bertukar kpd kbeauty pula dahh

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers