Monday, April 30, 2018

Buffet Ramadhan Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA

April 30, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hari selasa yang lepas, aku dan suami berkesempatan untuk merasai hidangan Buffet berbuka puasa di Sama-sama Hotel KLIA. Hidangan kali ini berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, Sajian Istimewa Keunggulan Kepulauan Melayu.

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi bufet buka puasa Ramadan di ruang legar hotel. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Pengunjung dihidangkan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Dan pertunjukkan akan menjadi peneman tatkala pengunjung menjamu selera sepanjang promosi Ramadan berlangsung. 

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan disediakan bak konsep gerai bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.


Sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.


18 May hingga 12 jun

Antara Chef yang ada pada majlis tersebut


Thank you suami temankan! 


Satay Stall


Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi sudah pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA. Tapi jangan lupa untuk membasahkan kembali tekak dengan minuman tempatan Kopi Tarik dan Teh Tarik. 


Menyelerakan tart buah niii.. sedap tau! 


Antara Desert Stall yang ada


Bahan untuk dicampur dalam bubur lambuk


Antara air manis yang ada


Tidak lengkap rasanya pengalaman berbuka puasa Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA sekiranya tidak berkunjung ke gerai Durian. Untuk para pencinta Raja Buah ini dialu-alukan untuk mengopek seberapa banyak durian. Jika terasa kehangatannya, tenangkan dengan sebiji dua air buah kelapa muda atau tebu di gerai Minuman. 


Durian! memang yang pertama sekali kami serbu


Indian Tandoori Stall


Rojak buah & Sotong Kangkong Stall

Satay fresh! 


Apam balik!


Bagi pengunjung yang meminati masakan secara langsung boleh beransur ke porte-cochere hotel di gerai Barbeku dan nikmati juadah popular hotel seperti Sate, Ikan Bakar dan Tandoori India. Salah satu tarikan buka puasa di hotel kali ini juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, cendawan, BBQ dan rosmari. 


 ikan bakar dan makanan laut fresh di Stall ikan bakar. Nyummy! pic credit to UN


Kambing Panggang yang menjadi kegilaan. pic credit to UN


Ayam Tandoori. pic credit to UN


HARGA DAN MAKLUMAT LANJUT

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6petang sehingga 10malam. Dengan harga RM135 pada hari biasa dan RM99  pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan. 


Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan ditalian +603.8787.3333  atau e-mel: sales@samasamahotels.com.





Sama-Sama Hotel KL International Airport:

Hotel ini mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel tersebut telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013. Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:

1.         Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013 – 2017.
2.         Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3.         Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4.         25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5.         Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6.      Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia,2014 –2017.
7.         Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8.         Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9.         Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.

Sama-Sama Hotels KL International Airport mempunyai campuran penginap antarabangsa dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.


Kebanyakan tetamu mengambil penginapan di Hotel rata-rata adalah tetamu sedang dalam transit penerbangan, persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta untuk lawatan perniagaan singkat di KL. Sama-Sama Hotels KL International Airport juga mempunyai cawangan satelit, Sama-Sama Express di KLIA dan Sama-Sama Express di KLIA2.


Saturday, April 28, 2018

Segmen Blogwalking | Musfirahzn

April 28, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak join segmen ni. 

Klik je banner kat atas untuk join. Direct terus ke page tuan tanah. 

Best bila ade segman blogwalking macam ni, dapat menambah kenalan di kalangan blogger yang baru dan juga yang lama. Kalau korang nak join, dipersilakan. Segmen ni berlansung sampai 30 Mei 2018.

Friday, April 27, 2018

Movie Review #4 : Hichki

April 27, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak review satu lagi movie. Al maklumlah, kami suami isteri ni memang suka tengok wayang. Pantang ada movie baru keluar je, mesti akan pergi tengok punyalah kalau ade masa terluang. Macam biasa, TGV Dpulze Cyberjaya menjadi pilihan, sebab tempat ni dekat dengan rumah dan tak berapa sesak. 

Jadi apa movie yang aku nak review harini ? Lets check it out!

HICHKI : SINDROM TOURETT (SEDU)

Hicki ni sebutan dalam bahasa hindi bagi Hiccup . Dalam bahasa melayunya, hiccup ni bermaksud sedu. Korang mesti pernah kena sedu kan ? Dalam cerita ni, pelakon utama cerita ni membawa watak seorang guru yang merupakan penghidap Sindrom Tourett. Biasanya kita hanya sedu untuk sehari dua je atau paling lama seminggu. Tapi sedu yang dihidapi oleh penghidap sindrom Tourette ni tak boleh berhenti tau, mereka ni akan sedu sampai bila-bila pun. Kesian kan? 



SINOPSIS

Naina (Rani Mukherjee) yang merupakan seorang penghidap sindrom tourette, bercita-cita untuk menjadi seorang guru di sekolah biasa. Antara banyak-banyak sekolah yang dia hadir untuk temuduga, hanya sebuah sekolah je yang menerima. Itu pun sebab sekolah tu dah terdesak sangat untuk cari cikgu. Kelas yang akan diajar oleh Naina ni pula merupakan kelas bagi pelajar-pelajar miskin yang kuat memberontak kerana hak mereka dinafikan oleh guru-guru dan pelajar elit di sekolah tersebut.

Ramai guru-guru yang tak tahan lama dan berputus asa dengan kelas tersebut. Semua disebabkan murid-murid tak menerima cara-cara guru tersebut yang padang rendah terhadap mereka. Ada je helah dan cara yang murid-murid ni gunakan untuk takutkan cikgu kelas mereka. Tapi tidak pada Naina. Walaupun diuji dengan berbagai helah dari muridnya, Naina tak pernah berputus asa dan berazam untuk mengubah persepsi negatif sekolah tersebut kepada murid-murid miskin ni,

Ada satu kejadian tu buatkan Naina berputus asa sangat, tapi murid-murid nakal ni pulak yang pergi pujuk Naina balik. so sweet! haha.


SPOILER

Korang pernah tak tengok cerita laskar pelangi ?  cerita Hichki ni lebih kurang je konsep dia macam cerita tu. tapi masing-masing ade kekuatan plot yang tersendiri.


Cerita ni masih lagi ditayangkan di pagawam seluruh Malaysia. Korang boleh tengok dulu trailer dia kat bawah ni :



Pandangan Peribadi

Cerita ni bermain dengan emosi, ade satu babak tu aku hampir mengalirkan air mata tau! Keseluruhannya okey, tapi masih belum menepati citarasa aku lagi. So, aku bagi 4/5 bintang.

Sunday, April 22, 2018

Buffet Ramadhan 2018 yang sedap dan murah di RHR HOTEL, UNITEN!

April 22, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Blogger #KBBA9 yang hadir

Pada 18 April 2018 yang lalu, beberapa orang blogger #KBBA9 telah diundang oleh Hotel RHR Bangi untuk merasai sendiri keenakan dan keistimewaan hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh mereka sempena Ramadhan yang akan tiba tak berapa lama sahaja lagi.

Berkonsepkan 'Semarak Ramadhan' RHR Hotel menyajikan lebih 200 pilihan makanan serta lebih 20 buah gerai istimewa. Lokasi ini strategik buat para tetamu kerana bersebelahan dengan Masjid UNITEN di samping pemandangan tasik yang cantik, jadi pengunjung dapat berbuka puasa dengan lebih santai bertemankan tiupan bayu tasik gitu. hehe..


Sajian Istimewa Melayu yang halal dengan resepi asli

Antara hidangan yang sidajikan ialah Kambing Panggang, Kambing dan daging gulai kawah, Laksa Buyung, Mee ketam, Masak lemak telur itik, Roti awang, Sup Aneka "GEARBOX", Serawa Durian, Pop Corn, Ais krim, Bubur Lambok, Onde-onde Coklat yang dimasak secara 'live' dan pelbagai lagi juadah serta minuman istimewa.

Selain kambing panggang yang menjadi kesukaan tetamu, Jupiter Coffee House akan menyajikan Nasi Beriyani Roket yang agak unik dengan peralatan yang ditempah khas. Menu yang baru diperkenalkan pada tahun ini ialah Roti Awang, iaitu menu yang dicipta khas oleh Chef Suhaimi untuk ramadhan tahun ini. 

Jupiter Coffe House ini boleh menampung dari 500 hingga 700 tetamu dalam satu masa. 

Antara gerai-gerai yang disediakan ialah : 

 Kambing Panggang...nyum nyum! pic credit to UmmiNani


Roti Awang hasil ciptaan Chef Suhaimi. pic credit to UmmiNani


 Gerai ABC yang manis dan sedap!


 Aneka jenis jeruk dan sambal.


 Kebab yang menyelerakan!


 Gerai Nasi Beriyani roket yang sentiasa full


 Mee Ketam yang makan sekali tambah berkali-kali! haha


 Laksa Buyong


 Gerai Aiskrim. Suka adik ni, senyummm je. hehe


 Aiskrim letak toping sendiri. walau tak cantik, tapi sedappp!


Nasi campur! Pic credit to Mohaszue


Pic credit to Mohaszue


Pic credit to Mohaszue


Pic credit to Mohaszue

pic credit to Anazarin

Gerai Nasi Ayam. Pic credit to Mohaszue


Aneka jenis minuman. Pic credit to Mohaszue


 Sedap kek ni





 Aneka kuih muih, kek dan puding


 Puding! sedap seperti rupanya.


 Full House!


 Emcee pada hari tersebut.


Harga berpatutan!

Berminat untuk berbuka puasa di RHR Hotel? Jangan risau sebab harganya sangat-sangat berpatutan tau!

  • RM69.00 nett bagi orang dewasa
  • RM35.00 nett bagi seorang kanak-kanak (5-12 tahun)
  • 30% diskaun bagi tetamu yang berusia 60 tahun ke atas


Tapi ada berita baik tau! kalau korang booking awal, ada diskaun lagi!
  • Early Bird April : RM55.00 nett
  • Early Bird May (1-16 Mei) : RM60.00 nett


Tempahan boleh dibuat menerusi:

Talian telefon : 03-8922 2088 sambungan 8036/8013
Email : dahlia@rhrhotel.com
Website : https://www.rhrhotel.com
Alamat : RHR Hotel, Kampus Putrajaya, Universiti Tenaga Nasional, KM7, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 kajang, Selangor.


Pandangan peribadi : 
Makanan sedap, layanan staff terbaik, parking pun banyak. Recommended. Akan datang lagi untuk berbuka puasa nanti.


Saturday, April 21, 2018

Seronoknya belajar videofon bersama founder The Photolicious !

April 21, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Pada 15 April yang lepas, aku berpeluang untuk mendalami ilmu videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC Kuala Lumpur. Bengkel ni dikelolakan oleh Founder The Photolicious iaitu Kak Kay atau nama sebenarnya Kamalia Kamal. Kalau korang nak tahu, ramai artis-artis terkenal negara kita dah pun menggunakan khidmat The Photolicious dalam mengabdikan momen-momen indah mereka. Antara artis tersebut ialah Syeikh Muzaffar, Eina Azman, Black Mentor dan ramai lagi.

Antara peserta yang hadir 


Kepentingan personal branding 

Permulaan kelas Kak Kay ada terangkan berkenaan kepentingan personal branding. Branding atau dalam bahasa melayunya kita sebut sebagai penjenamaan. Personal branding pula dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah 'identiti kita di mata orang lain'.

Untuk peniaga khususnya yang berniaga secara online, personal branding di media sosial sangat-sangat penting untuk meningkatkat nilai identiti di mata pembeli. Setiap bait kata yang kita tulis di Facebook, setiap sudut gambar yang kita upload di Instagram mahupun setiap aktiviti yang kita post di twitter akan memudahkan pembeli untuk menilai diri kita.

Percaya tak biasanya pembeli akan lebih tertarik untuk membeli di Insta Shop yang punyai ramai follower berbanding Insta Shop yang sikit bilangan pengikutnya?  Tepuk dada, tanya hati. Kalau aku pun lebih berminat untuk beli dekat online shop yang begitu sebab bagi aku, yang lebih ramai follower tu lebih dipercayai dan lebih berkualiti. 

Yelah, kalau takde sesuatu yang istimewa atau lain dari yang lain, takkan lah orang nak follow kan? Sama jugak macam kedai makan. antara kedai makan yang seorang dua je pelanggan nya, dan kedai makan yang tak henti-henti pelanggan datang, mestilah kita lebih tertarik untuk ke kedai ramai pelanggan!

Jadi untuk meningkatkan personal branding/ promote diri di mata orang lain menggunakan media sosial, beberapa tips yang Kak Kay share : 

  • Gunakan teknik 5:1( 5 untuk isi yang bermanfaat : 1 hard sell
  • Konsisten dalam membuat posting berkenaan produk/kepakaran/aktiviti seharian yang anda lakukan setiap hari. ( Contoh : anda bekerja dalam sektor kewangan, setiap hari anda akan berkongsi mengenai tips-tips berkaitan kewangan)
  • Elak dari menggunakan gambar yang sama berulang-ulang.
  • Sentiasa up to date dengan peredaran semasa
  • Jadi lain dari yang lain
okey, rasanya dah jelas kan tentang personal branding, so jom kita cerita tentang videofon pulak.


Teknik Videofon yang dapat menarik minat penonton

Apa tu videofon? Ambil video guna smartphone korang tu la! Kalau ada yang kata pakai handphone tak boleh rakam video yang berkualiti dan menarik hati penonton, anda silap besar tau! Dekat kelas ni, Kak Kay ajar kami edit video menggunakan applikasi Instashot. korang boleh download dekat playstore

bersama Founder The Photolicious, Kak Kay


Tips untuk hasilkan video yang menarik di media sosial

  • Ambil 15 takes video yang berlainan
  • Pilih dan trim video-video tersebut sehingga berdurasi max15 saat sahaja (IG) dan 30-60 saat (FB)
  • Pilih background bewarna hitam atau putih
  • Pilihan warna text berdasarkan 3 warna yang ada pada video. Keutamaan pada warna hitam dan putih
  • Fit canvas bersaiz 9:16
  • Pemilihan lagu perlu bersesuaian dengan tema penceritaan video. 
  • Masukkan effect dan sticker untuk nampak lebih menarik! 

Setiap peserta bengkel dikehendaki untuk ambil video dan edit seperti tips di atas, dan 2 orang pemenang telah pun dipilih sendiri oleh Kak Kay berdasarkan kriteria yang paling menepati kehendak beliau.Tahniat buat Kak Nina Mirza dan Nizam.

Nampak macam senang sebenarnya bila tengok video-video yang kak kay dan para peserta hasilkan, tapi masing-masing ada cabaran sendiri. Ada yang tak sempat ambil 15 takes, ada yang hang phone sampai kena buat semula (aku la tu. huhu) dan ada yang bateri habis pulak. haha! Tapi terima kasih buat Kak Kay dan assistant beliau yang sabar mengajar dan berkongsi ilmu buat kami pada hari tersebut. We love you!


Nasihat yang berguna

Banyak ilmu berguna yang telah disampaikan oleh Kak Kay, dah salah satu nasihat beliau ialah "dont assume, ask!" . Maksudnya, kalau kita dengar apa-apa berita ataupun cerita yang negatif, jangan terus share dan viralkan, sebaliknya tanya dan dapatkan kesahihan cerita tersebut. Jangan menambahkan lagi titik hitam pada dosa kita yang sedia ada. Semoga tiada hati yang terluka disebabkan perkongsian yang tak betul. Dah kategori fitnah namanya tu.




Follow Kak Kay

Sebarang informasi terkini mengenai aktiviti Kak Kay dan The Photolicious, korang boleh layari link di bawah ni : 


Akhir kata.. 
Terima kasih yang terhinggan buat #KBBA9, MaTiC, penaja-penaja makanan sepanjang bengkel ini iaitu The Blue Ginger , Khaisya Delite dan Dlaila Sup Power, Tak ketinggalan banner design oleh BG Design Resources dan juga tajaan Hadiah dari Cosmoderm. Terima kasih juga buat ajk yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan program pada hari tersebut. 



Kalau ada bengkel ni lagi, memang aku akan join sebab best tau! 

Post Pilihan

randomposts

Followers