Monday, April 30, 2018

Buffet Ramadhan Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hari selasa yang lepas, aku dan suami berkesempatan untuk merasai hidangan Buffet berbuka puasa di Sama-sama Hotel KLIA. Hidangan kali ini berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, Sajian Istimewa Keunggulan Kepulauan Melayu.

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi bufet buka puasa Ramadan di ruang legar hotel. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Pengunjung dihidangkan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Dan pertunjukkan akan menjadi peneman tatkala pengunjung menjamu selera sepanjang promosi Ramadan berlangsung. 

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan disediakan bak konsep gerai bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.


Sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.


18 May hingga 12 jun

Antara Chef yang ada pada majlis tersebut


Thank you suami temankan! 


Satay Stall


Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi sudah pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA. Tapi jangan lupa untuk membasahkan kembali tekak dengan minuman tempatan Kopi Tarik dan Teh Tarik. 


Menyelerakan tart buah niii.. sedap tau! 


Antara Desert Stall yang ada


Bahan untuk dicampur dalam bubur lambuk


Antara air manis yang ada


Tidak lengkap rasanya pengalaman berbuka puasa Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA sekiranya tidak berkunjung ke gerai Durian. Untuk para pencinta Raja Buah ini dialu-alukan untuk mengopek seberapa banyak durian. Jika terasa kehangatannya, tenangkan dengan sebiji dua air buah kelapa muda atau tebu di gerai Minuman. 


Durian! memang yang pertama sekali kami serbu


Indian Tandoori Stall


Rojak buah & Sotong Kangkong Stall

Satay fresh! 


Apam balik!


Bagi pengunjung yang meminati masakan secara langsung boleh beransur ke porte-cochere hotel di gerai Barbeku dan nikmati juadah popular hotel seperti Sate, Ikan Bakar dan Tandoori India. Salah satu tarikan buka puasa di hotel kali ini juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, cendawan, BBQ dan rosmari. 


 ikan bakar dan makanan laut fresh di Stall ikan bakar. Nyummy! pic credit to UN


Kambing Panggang yang menjadi kegilaan. pic credit to UN


Ayam Tandoori. pic credit to UN


HARGA DAN MAKLUMAT LANJUT

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6petang sehingga 10malam. Dengan harga RM135 pada hari biasa dan RM99  pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan. 


Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan ditalian +603.8787.3333  atau e-mel: sales@samasamahotels.com.





Sama-Sama Hotel KL International Airport:

Hotel ini mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel tersebut telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013. Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:

1.         Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013 – 2017.
2.         Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3.         Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4.         25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5.         Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6.      Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia,2014 –2017.
7.         Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8.         Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9.         Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.

Sama-Sama Hotels KL International Airport mempunyai campuran penginap antarabangsa dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.


Kebanyakan tetamu mengambil penginapan di Hotel rata-rata adalah tetamu sedang dalam transit penerbangan, persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta untuk lawatan perniagaan singkat di KL. Sama-Sama Hotels KL International Airport juga mempunyai cawangan satelit, Sama-Sama Express di KLIA dan Sama-Sama Express di KLIA2.


5 comments:

  1. best nye ada durian stall. mesti tu yg paling banyak kali di terjah. hehe.

    ReplyDelete
  2. Hotel Sama-Sama ni macam hotel mahal kan Shikin?. Nampak menu pun best. Kalau tengok tema tu warisan nusantara tu mesti masakan yang sedap-sedap ni. Untung boleh review kat sini.

    ReplyDelete
  3. Macam best je ni, ada ikan bakar makanan laut lagi.. Pastu ayam tandoori.. Wahh terliur pulak baca entri ni 😂

    ReplyDelete
  4. menariknya menu2 yang ada di sana

    ReplyDelete
  5. kalau x de kambing panggang mmg x sah kan....

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers