Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Selamat malam
Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua :)
Baru je lepas blogwalking dekat blog-blog sahabat tadi. Memang dah jadi kebiasaan untuk blogwalking dulu sebelum update entri. Semoga rakan-rakan blogger pun senang hati dengan kunjungan aku tu. InsyaAllah (:
Hati berbunga ria
Masa update entri ni hati tengah berbunga-bunga tau. haha! sebab apa? sebab husband dah baik rumah lepas 2 minggu pergi outstation kat Sarawak. Banyak betul ole-ole yang dibeli untuk isteri beliau nih. Thank you husband! Al maklumlah, mana pernah laki bini ni berjauhan macam ni sejak kahwin. haha! So bila dia dah balik ni rasa macam nak melompat-lompat je. Happy tak terkata (:
Dah 3 tahun, tak pernah mengandung lagi ?
Sepanjang 3 tahun perkahwinan ni, bermacam dugaan dan usaha yang kami dah lalui untuk dapatkan zuriat, cahaya mata pengikat kasih sayang. Tapi walau banyak manapun usaha,bila Allah kata belum, maka belum lagi lah rezeki itu diberi. Aku dan suami tak akan pernah mengeluh dan berhenti berusaha berharap dalam menanti zuriat kami sendiri (:
Dalam pada itu, aku bersyukur sebab keluarga sendiri mahupun keluarga mertua tak pernah memberi tekanan pada aku dan suami berkenaan hal zuriat ni. Lagi banyak nasihat dan semangat yang diberi adalah. Alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan keluarga yang memahami.
Kata-kata orang
Tapi..diam tak diam pernah jugak ada kata-kata dari orang sekeliling yang mengguris hati aku;
'Tak pandai buat lah tu'
'salah teknik lah tu'
'gemuk sebab tu takde anak lagi'
'aku ni gemuk pun subur je'
'kau ni bila lagi? Lambatnya'
Sampai hatikan manusia-manusia ni cakap macamni. Macam takde hati dan perasaan. Aku tak minta pun dikasihani atau simpati dari siapa-siapa, tapi cukuplah sekadar memahami. Aku tak pernah marah kalau makcik-makcik tanya dah ada anak ke belum sebab aku tau itu cuma modal mereka untuk berborak dengan aku. Tapi bila ada yang bertanya dengan nada yang menjengkelkan, memang murung jugak hari hari yang aku lalui.
Orang cakap rilekslah, biarkan je mulut-mulut jahat macam tu. Tapi situasi orang yang merasa takkan sama dengan orang yang tak pernah laluinya. Memang muka nampak cool je bila hadap orang macam ni, tapi hati yang sakit ni hanya tuhan je yang tahu. Dorang sedap bercakap dan menghina,tapi sakitnya aku je yang rasa. Tapi InsyaAllah, masih mampu bersabar lagi.
Rezeki dari Allah SWT
Tak pernah aku mempersoalkan aturan Allah SWT. Aku berpegang pada prinsip yang aku tak kan diuji melebihi kemampuan aku sendiri. Lagipun rezeki setiap orang tak sama, banyak ke sikit ke, cepat atau lambat ke semua tu bukan urusan kita nak tentukan. Masih ramai lagi yang senasib dan menunggu zuriat sendiri di luar sana, ada yang berbelas dan berpuluh tahun baru dikurniakan rezeki terindah tu, Jadi siapalah aku yang baru 3 tahun ni untuk mengeluh?
Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan syg?
Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan syg?
Jadi.. terus berusaha, usaha dan usaha. Semoga DIA perkenankan usaha yang tiada hentinya ini. InsyaAllah, Amin..
belum ada rezeki biasalah..
ReplyDeletesebab anak adalah rezeki yang Allah bagi.
belum ada anak..masa untuk berdua-dua suami isteri..
itulah yang bestnya
betul jugak kan. terima kasih (:
DeleteSemoga cepat2 dapat baby cecomel!! ~amiin ^^
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya, Hana (:
DeleteAkak percaya satu masa nanti pasti Kin punyai baby sendiri. Bukan je datuk siti, akak pun ada beberapa orang kawan yang hampir 7 ke 12 tahun tau takde baby. Alhamdulillah, now duatiga orang jugak anak dorang.
ReplyDeleteSetiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak kan zalim dengan hambaNYA dan Allah yak kan uji kita diluar kemampuan kita. Akak doakan agar Kin dan suami cepat2 dapat baby. Aamiin...
Terima kasih atas doanya, kak Fiza (:
DeleteAda hikmahnya juga lambat ni kan kak Fiza
sampai hati cakap macam tu kat orang yang belum lagi ada rezeki nak mengandung. sepatutnya beri support bukan cakap benda yang menyakitkan hati kan. ish. sabar eh kak. saya doa moga akak dikurniakan anak yang sihat dan comel soon aminn :D
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya (:
DeleteSemua tu dugaan. InsyaAllah akan terus berusaha dan bersabar (:
Asyiqin.. Terima kasih untuk entri ini <3 Siqah pun mengalami perkara yang sama macam awak jugak. Dah kahwin hampir 4 tahun tapi belum dikurniakan rezeki anak. Terasa juga sebab semua ahli keluarga belah Siqah dah ada anak. Tapi nak buat macam mana kan, rezeki di tangan Allah. Kita hanya berusaha dan Allah tentukan segalanya.
ReplyDeleteOrang lain yang tak mengalami apa yang kita alami susah nak faham. Bisa juga mulut sesetengah orang tapi buat dekk je. Malas nak layan dah.
InshaAllah harap ada rezeki untuk kita in future. Ameen. :)
InsyaAllah ade rezeki kita nanti kan siqah. semoga kita sama-sama terus kuat ye. InsyaAllah, semoga Allah mudahkan semua usaha usaha kita (:
DeleteKadang manusia ni cepat menilai seolah-olah mereka yang kasi rezeki pada manusia. Syiqin sabar ye dulu, belum sampai masa lagi dapat zuriat. Nanti bila dah dapat, tak boleh berhenti pulak. Planning Allah terbaik, Dia kasi Syiqin honeymoon dulu dengan husband tu..
ReplyDeleteTerima kasih kak. Ada hikmahnya dpt lambat ni. InsyaAllah (:
Deleteinn shaa ALLAH akan ada rezeki akak untuk ada zuriat sendiri.. akak kene kuatkan semangat dan jangan putus asa..
ReplyDeleteterima kasih atas doanya (:
Deletebla bujang tanya nk kawen bila, bla dah kawen tanya psl anak pula, bla da ada ank, tanya tak tambah lg ke...mulut manusia ni mmg jenis x reti diam...abaikan sahaja..kalu melawan kita pulak yg berdosa kan..
ReplyDeletetulah, kena sabar selalu bila berdepan dgn org macam tu (:
Deletesedangkan yang belum kahwin ni pun macam-macam diorang cakap, apatah lagi kak syiqin. Officemate pun 4 tahun tunggu baru dapat anak so harap rezeki sis datang lepasni. Be strong ye sis :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tq farhanna!
Deletejangan cepat mengalah sis. we are in the same boat. azah tahu perasaan nak sangat jadi ibu tu macam mana. azah sebenarnya baru lepas situasi 6 hari missed period, ingat dah lekat. rupanya hari keenam, cik P datang dengan perasaan tak bersalah. takpe. takpe. we can do it sis. we can do it! teruskan berdoa dan berdoa. disamping tu, azah amalkan folic asid appeton. kita merancang, Allah jua merancang, perancangan Allah tu lebih baik. keep strong tau :)
ReplyDeletetulah, kin pun pernah dekat 9 hari missed period. ingatkan dah ada, tapi belum lagi. Sedih jugak, tapi kena sabar kan. Yg asid folik appeton tu kin belum amalkan lagi. insyaallah nanti nak try. sama-sama kuat tau! semoga satu hari nanti ada rezeki kita (:
DeleteInsya Allah pasti akan ada rezeki anak buat Asyiqin..
ReplyDeleteinsyaAllah.. tq kak sha
DeleteSaya pun masih sabar menanti kehadiran si comel dalam hidup kami.. kita hanya merancang tapi Allah jualah Yang Maha Mengetahui segala-galanya..
ReplyDeleteInsyaAllah, ade rezeki kita nanti kan shikin (:
Delete