Tuesday, April 17, 2018

Pengalaman pertama kali memandu di Kuala Lumpur

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ahad yang lepas, aku join Bengkel Videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC. Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ni merupakan aktiviti aku yang pertama dengan KBBA9 selepas menjoinkan diri dalam KBBA9 pada Mac yang lepas. Seronok, tapi yang ni aku akan cerita di entri lain. Sabar tau! hehe



image: google


Wishlist 2018

Korang tahu tak? sebenarnya salah satu wish list aku pada tahun 2018 ni ialah untuk drive masuk KL! haha. Nampak senang je kan? tapi entah kenapalah aku agak risau kalau tengok org drive masuk KL. Mungkin sebab sikap pemandu disana yang bagi aku macam over kot. Sampailah kalau takde yang hantar, aku sanggup naik erl/ktm sekiranya nak pergi KL. Padahal dulu sewaktu bertugas di KL, aku selamba je merempit dari Batu ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail. Ada beza ke motor dengan kereta Asyiqin? entahlah.  haha! 

Kenapa naik kereta? 

Memang mula-mula aku nak naik pengangkutan awam je ke sana. Tapi suami lah yang bising suruh je bawak kereta. Katanya aku dah pernah drive sendiri jauh-jauh ke PD, ke Melaka, takkan lah KL  yang dekat sekangkang kera je dari rumah tu tak nak drive kan? Haha. Maka bermula lah dialog ini : 

Aku     : "Awak percaya ke saya boleh drive masuk KL? hihi.."
Suami : "Mesti boleh punya" 

Dari situlah semangat tu makin meluap-meluap tingginya.  Haha!


Guna Google Maps 

Aku ni tak tahu sangat selok-belok KL. Bukan KL je, nak balik rumah kalau ikut jalan lain pun aku kena buka Google Maps dulu, baru rasa diri berada di jalan yang betul. haha! Kebetulan, aku ada ajak officemate jugak untuk turut serta dalam bengkel tu, tapi rupanya dia pun tak reti jugak jalan nak ke MaTiC tu. So bergoogle maps lah kita ye. Google Maps ni memang banyak memudahkan aku untuk ke mana-mana. Jarang sangat destinasi atau jalan yang ditunjukkan tu salah. 

Jalan tutup pulak! 

Ahad haritu jalan yang nak ke MaTiC tutup sebab ada fun run. Jawabnya sebab kitorang ni tak tahu jalan, maka 3 kali lah kami berpusing pusing di tempat yang sama. Nasib baik kali ke 4 akhirnya polis buka jalan tu. kalau tidak agaknya berapa kali pusingan lah kami lalui haritu ea? haha! 

Selamat sampai dan Selamat Pulang 

Alhamdulillah, akhirnya berbekal kan confident level dan keberanian yang tinggi, akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Masa nak balik rumah pun smooth je walaupun tersasar masuk lorong smart pulak. Argh! masuk terowong ni memang aku tak suka. dah la panjang nau! Terbayang cerita zombi di fikiran masa lalu kat sini. haha! 

Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian pemanduan aku setakat ini. Lepas ni dah berani dah nak drive ke mana-mana pun. InsyaAllah, amin..

16 comments:

  1. wahh tahniahh...berjaya juga drive ke tempat yang di tuju

    ReplyDelete
  2. yang penting selamat sampai dan kembali..

    dan tak lupa..datang tepat pada masanya..

    tak rasa stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau gerak awal tak susah hati sangat kalau terperangkap dlm jem

      Delete
  3. Kalau dah lama tak drive sendiri ke tempat jauh memang gabra sikit, saya pun sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. KL ddekat je dgn tumah. tp takut nak masuk sana. entahla kenapa.

      Delete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. Kalau bawak kereta manual kat KL, boleh menangis dalam jammed sbb lenguh kaki. haha. So kalau masuk kl mai prefer naik grabcar.

    ReplyDelete
  6. laaa nama x PM sy je? boleh sy jd driver sekejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh keeee.. hihi nanti boleh jumpa anies kan. nak ikut g travel!

      Delete
  7. Mula-mula memang rasa macam menakutkan.. Tapi bila dah berjaya rasa seronok kan Asyiqin.. Sha pun punya pengalaman yang sama..

    ReplyDelete
  8. sama lah tak suka jugak drive masuk KL, dia punya gigil tu lain macam tapi orang kata cabaran sebenar bila drive dekat Penang

    ReplyDelete
  9. wah baguslaa..kita ade lesen tapi takut lgi bwk kereta..hehe

    ReplyDelete
  10. memang menakutkan masuk KL driving.
    so far aida memang pernah masuk KL driving.
    until now. but still prefer naik keretapi aje, syiqin.
    trafik jem nyer...
    pe'el pemandu nyer... omg!

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers