Sunday, May 6, 2018

Dorsett Putrajaya menyajikan Daging Rusa Golek dan Durian serta pelbagai menu menarik sepanjang Ramadhan ini!

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Minggu lepas aku dan suami diundang oleh pihak Dorsett Putrajaya untuk merasai sendiri hidangan buffet Ramadhan yang akan bermula pada bulan puasa nanti. Dorsett Putrajaya ni berada di Presint 3, sebelah pasaraya Hero tu je. Memang dekat sangat lah dengan office aku tu. Majlis bermula jam 6 petang, tapi ja 5.30 ptg lagi kami dah sampai. Sampai-sampai je lepak dulu dekat lobi dia. Lobi dia cantik sangat tau!




Wahhh tengok tu dah siap letak nama blog kita lagi. Dapat goodies bahulu. sedap tau bahulu ni. 


Ok, nak tau apa yang istimewa dan menarik dekat sini? Lets check it out!


DORSETT PUTRAJAYA
#BISMILLAH BUKA PUASA FEAST @ CITRA RASA
18 Mei - 13 Jun 2018

Dorsett Putrajaya menyajikan sehingga 500 menu berbuka puasa dengan hidangan istimewa iaitu Buffet Durian dan Daging Rusa Golek.

Hidangan istimewa ini akan disediakan oleh Executive Chef  iaitu Chef Shamsul Rizal dan team. Korang pasti akan rasakan suasana kampung tu bila berbuka di sini sebabnya menu-menu yang disajikan memang kena dengan selera kampung kita ni seperti Nasi Kerabu, Laksam Kelantan, Pulut Pisang, Agar-agar Seri Kaya, Kerutup Daging, Udang Galah Percik, Sup Tulang Rusuk, Patin Tempoyak, Siput Sedut Goreng Cili, Pucuk Ubi Masak Lemak,Bahulu Tradisi dan bermacam-macam lagi !



Kambing dan Rusa Golek . First time makan daging rusa. Serius sedap! 

Stall durian!

sedap gila! isi lembut, manis dan gebu.

Ada ala-ala sheeou kat sini! 2 kali tambah kat sini je tau! haha


Siapa peminat kepak ayam? haaa. kat sini ada tau!


Antara menu untuk makan bersama nasi : 










Ulama-ulaman serta aneka sambal :






Pelbagai jenis kuih muih dan manisan turut disediakan. Jom tengok! 










Best dan menarik kan? Tak rugi kalau korang datang sini tau! sebabnya makanan dia semua sedap-sedap belaka. Serius tak tipu! aku pun bakal berbuka di sini lagi nanti! Jom !


Dan tak lupa juga, semasa korang makan tu nanti, korang akan dihiburkan dengan persembahan dari Isma (kakak Tomok) dan Band Sri Mawar. Best sangat, merdu betul suara dia.



HARGA DAN TEMPAHAN : 

RM138 nett  (Dewasa)
RM78 nett (Warga emas dan kanak-kanak

EARLY BIRD SPECIAL - RM 99 nett per person (1 APR - 12 MAY 2018)
FULL PRICE SPECIAL - BUY 10 (TEN) and get 1(ONE) for FREE

Untuk tempahan, korang boleh hubungi : 
+603 8892 8388 atau email: fnb.putrajaya@dorsetthotels.com


11 comments:

  1. terpandang durian! uish sedapnyaa. haha

    ReplyDelete
  2. As salam. Sedap belaka hidangan yg disediakan tu. Selamat menjamu selera. Abam Kie follows your blog. No 523. TQ

    ReplyDelete
  3. Banyaknya menu ...tgk durian tu yang tak tahan ni...

    ReplyDelete
  4. Sedap belaka nampaknya.. duriann tu.. Terliur tengok 😍 my fav

    ReplyDelete
  5. Meriahnya makanan dekat sana. Tak pernah rasa daging rusa lagi. Boleh cuba nanti. Ana nampak udang galah percik. Sedapnyaaaa.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers