Saturday, May 5, 2018

Buffet Ramadhan dengan menu yang istimewa di Restoran Rallegra Taman Equestrian Putrajaya

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Minggu lepas aku berkesempatan untuk memenuhi jemputan preview Ramadhan daripada Restoran Rallegra di Taman Equestrian di Presint 5 Putrajaya. Memang dekat betul dengan office aku di Presint 4 tu. So, lepas habis waktu kerja, aku terus ke sini dengan ditemani rakan sepejabat, Amy.


Lestari Sejuta Rasa Mengabdikan Kenikmatan Pelbagai Hidangan Terbaik dari Dapur Restoran Rallegra Putrajaya

Restoran Rallegra bukan sahaja mampu memuatkan lebih daripada 300 pelanggan dalam satu-satu masa, malah pada tahun ini, ia akan menyajikan lebih 150 jenis menu, 12 gerai makanan dan live cooking juga turut dipersembahkan ketika pelanggan menjamu selera juadah yang dihidangkan.

Anta menu istimewa yang diketengahkan pada tahun ini ialah Lidah Lembu Bakar, Ayam Shawarma, Kambing Panggang dan Daging Panggang kuah Asam, ikan keli berlada, Siput sedut Cili Api Batang Keladi, Ayam Daun Selasih, Kway Teow Goreng, Laksa Kedah, Murtabak, Keropok Lekor, Goreng Pisang, Ubi Keledek, Pengat Pisang, Tapai, Pulut Daun Getah, Lepat Pisang inti kelapa dan macam-macam lagi tau! 

 Sayur kobis masak Bombay

 Udang Sambal Petai

 Ikan keli sambal berlado

 Ayam Masak Rose

 Ayam Goreng Berempah

 Puding sedap!

 Puding roti best!

kuih muih..

kebab

Buah buahan

Goreng Pisang

Kambing Panggang

Antara tetamu dan media yang hadir

Rasai Sendiri Pengalaman menaiki kereta kuda selepas berbuka

Pada bulan Ramadhan tahun ini, Aktiviti menaiki kereta kuda juga turut disediakan tau! Dengan harga yang berpatutan, iaitu RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, pengunjung dapat merasai pengalaman menaiki kereta kuda di dalam kawasan Taman Equestrian Putrajaya. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.




EARLY BIRD PROMOTION! 
1 April - 18 Mei 2018 : RM59 (Dewasa) / RM33 (Kanak-kanak)


HARGA BIASA 
19 Mei - 13 Jun 2018 : RM78 (Dewasa) / RM39 (kanak-kanak)


Tempahan dan Pertanyaan Lanjut
Call : 03-80008914 / 8902
Website : www.tep.my



Mengenai Taman Equestrian Putrajaya

Taman Equestrian Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya di mana berinspirasikan konsep taman dalam bandar yang menampilkan keindahan alam semula jadi.

Ia dibuka pada tahun 2006, dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjung yang berminat untuk belajar menunggang kuda. Selain itu, ia turut menawarkan aktiviti stable Tour buat para pengunjung yang berminat untuk melawat kandang kuda.

Taman Equestrian ini juga pernah menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara antarabangsa mahupun sukan nasional seperti KL SEA Games 2017, Premier Cup Series Horse Show, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan Malaysia (SUKMA)

Taman Equestrian Putrajaya diuruskan oleh : 
Putrajaya Leisures & Services Sdn Bhd (PULSE Group)


5 comments:

  1. udang sambal petai tu nampak menarik

    ReplyDelete
  2. Kambing panggang tu yang memikat hati ini...

    ReplyDelete
  3. Eh murahnya harga buffet dia..wahh nak tey la nanti

    ReplyDelete
  4. Udang petai dan ikan keli belado tu menu kesukaan husniey, eh berpatutan la harganya.. 👍

    ReplyDelete
  5. Bestnya boleh naik kereta kuda juga tu. Anak-anak mesti suka.
    Harga bufet reasonable. Menu pun banyak tu. Berbaloi utk di cuba.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers