Monday, May 14, 2018

Penjawat Awam tidak Perlu bimbang akan desas desus hilang jawatan

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Bahang kehangatan PRU-14 masih terasa pada semua orang, begitu juga dengan penjawat awam seperti aku. Bila banyak desas desus yang mengatakan akan ada penjawat awam seperti kami ini dilucutkan jawatan, memang amat membimbangkan. Tapi Alhamdulillah, bila PM umumkan yang saiz penjawat awam tidak akan mengecil, memang sangat-sangat lega rasanya. Yelah, apa lah nasib kami kan kalau diberhentikan?

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Bernama

Memetik laporan daripada Astro Awani :

PUTRAJAYA: Penjawat awam dalam negara boleh menarik nafas lega tentang kedudukan mereka apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa pekerja-pekerja kerajaan tidak akan digugurkan walaupun beberapa perubahan dalam agensi kerajaan akan dilakukan.

“Kita tidak akan gugurkan penjawat awam setelah mereka bekerja.

“Kita akan cari satu cara lain untuk mereka terus bekerja, contohnya dipindahkan ke agensi-agensi yang berlainan,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu negara.



Beliau menambah, sewaktu kerajaan mengecilkan saiz penjawat awam dahulu, jabatan-jabatan kerajaan dipindahkan ke syarikat swasa dan diambil pekerja sebagai pegawai tertentu.

Tun Dr Mahathir turut memberi contoh, sewaktu penswastaan Telekom, kakitangan Telekom dipindahkan ke syarikat swasta dan hal itu mengurangkan pekerja dalam kerajaan. 

Isu tersebut timbul apabila terdapat kebimbangan oleh penjawat awam susulan pengumuman oleh beliau untuk mengecilkan saiz kabinet.

Dalam sidang media itu juga, Tun M akan melalui proses perundangan melalui Lembaga Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

2 comments:


Post Pilihan

randomposts

Followers