Tuesday, July 3, 2018

Bersediakah aku ?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu kan? Baru semalam rasanya jadi budak kecik yang main basikal sekeliling kampung dengan sepupu dan kawan-kawan, pejam celik macamtu je dan sekarang budak ni dah nak masuk 29 tahun dah bulan 10 nanti...

Semua orang akan merasai perubahan ni kan? Dari Baby comel jadi budak comot, masuk sekolah rendah, masuk universiti, kerja dan berjauhan dari kelurga, berkahwin, tiba-tiba tak sedar dah jadi tua.. 

image : google

Sekarang ni pun dah mula menghadapi situasi perit di mana insan-insan terdekat dalam hidup pergi meninggalkan kita. Situasi ni kita akan hadap jugak satu hari nanti. Bersediakan aku? Sekarang ni aku takut sangat bila fikir pasal mati.. Terfikir nanti macam mana keadaan aku bila aku mati, sempat tak aku mengucap? Sempat tak aku bertaubat? 

Kadang aku menangis sendiri terbayang saat-saat tu. Ini kenyataan kan? Aku pun akan mati satu hari nanti.. tapi kenapa aku  masih lagha dengan sandiwara dunia ni ye? Hari-hari tak pernah terlepas dari melakukan dosa.. dosa setinggi gunung.. mungkin lebih lagi.. tapi apa amalan aku? Rasa nak meronta bila ingat balik, berapa kerat sangat lah amalan yang aku dah buat untuk menyelamatkan aku ketika di hari perhitungan nanti..

Takut... bersediakah aku ? 



16 comments:

  1. betul.. sangat pantas masa berlalu. dulu kecil tak sabar nak besar nak dewasa nak rasa jadi senior. skrang macam terbayang2 segalanya masa kecil =(

    ReplyDelete
  2. Kan... Semakin meningkat usia, semakin takut. Namun, sentiasa ingat akan kematian. Akak pun sslalu fikir bersediakah utk hadapinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. rasa takut, risau dan macam-macam dalam kepala ni

      Delete
  3. semoga amalan kita diterimaNya dan dilindungiNya dari melakukan dosa.. Amin

    ReplyDelete
  4. Pernah selalu fikir mcm asyiqin fikir tau, pasal kematian. Sedih la...hrp sgt kita semua Allah pjgkan umur dapat tgk anak cucu cicit....amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu Takut kan kak juju.. tp kita semua mesti akan mati jugak satu hari nanti..

      Delete
  5. Memang betul kata awak, Qin... Bila kita kehilangan orang-orang tersayang di keliling kita, kita akan sedar betapa laghanya kita dan hampir lupa pada kematian..

    ReplyDelete
  6. itulah
    saya pun kadang2 terfikir benda nih
    tak tahu lah bersedia ke tidak
    tetapi bila tiba waktunya, nak tak nak kena bersedia lah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya kita semua bersedia sebelum ke sana nanti..

      Delete
  7. betul tu. kadang2 terfikir juga pasal ni dan memang takut tapi apa pun kena cuba sediakan mental

    ReplyDelete
  8. tulahhh..hmmm...semoga yang baik2 sahaja datang dariNya..amin.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers