Friday, January 25, 2019

Jaz- Teman Bahagia

January 25, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua 

Aku tengah serabut ni bila orang duk bincang pasal kerja pulak malam-malam ni. So jom la dengar lagu. Kot-kot boleh tenang sikit ke hati ni kan. 


JAZ - TEMAN BAHAGIA
takkan pernah terlintastuk tinggalkan kamujauh dariku kasihku

karena aku milikmukamu milikkuseparuh nyawakuhidup bersamamu

berdua kita lewatimeski hujan badaitakkan berhenti

sehidup sematimentari pun tauku cinta padamu

percaya aku takkan kemana manaaku kan selalu adatemani hingga hari tua

percaya aku takkan kemana manasetia akan ku jagakita teman bahagia

takkan pernah kulupakamu yang kucintadari ujung kakihingga ke ujung kepala

aku ingin kamukamu yang kumaubelahan jiwakukamu masa depanku

berdua kita lewatimeski hujan badai takkan berhenti

sehidup sematimentari pun tauku cinta padamu

percaya aku takkan kemana manaaku kan selalu adatemani hingga hari tua

percaya aku takkan kemana manasetia akan ku jagakita teman bahagia

setia kan ku jagakita teman bahagia

percaya aku takkan kemana manaaku kan selalu adatemani hingga hari tua

percaya aku takkan kemana manasetia akan ku jagakita teman bahagia

aku milikmukamu milikkuaku kan s'lalu adahingga di hari tua

percaya aku takkan kemana mana
setia akan ku jagakita teman bahagia


Our 4th Anniversary

January 25, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam.. 
24 Januari 2019

Genap 4 tahun ikatan perkahwinan antara aku dan suami.

4 tahun?
Pejam celik pejam celik je rasanya, rasa macam semalam baru kenal.

Aku pernah bercerita di blog ni dulu macam mana perkenalan ni boleh terjadi, dan macam mana akhirnya kami buat keputusan untuk berumah tangga, kalau rajin boleh la cari entri tu. Entri tahun 2015. hehe


I love you always, husband
Thank you for everything

Wednesday, January 16, 2019

Review Pore Purifying Serum Cleanser by Althea

January 16, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Review Pore Purifying Serum Cleanser by Althea 


Aku ni kadang-kadang rasa malas sangat nak pakai makeup even celak sekalipun. Sebab apa? sebab memikirkan banyak masa yang akan terbuang bila nak buang makeup dekat muka tu. Leceh tau! Tapi bila tak makeup, muka macam tak berseri kan?

So, Bila diberi peluang untuk try Pore Purifying Serum Cleanser ni secara percuma oleh Althea, aku pun apa lagi, sampai je parcel terus test dekat muka.

Letak je kat muka, terbau mint. Eh dah kenapa kan? Oh rupanya memang cleanser ni ada Mint Extract pun. Aku kurang gemar bauan ni sebenarnya. Tapi sebab kan bau dia soft2 je, so aku teruskan pakai jugak..

dan hasilnya...
1. Makeup cepat cair, senang nak cuci
2. Tak pedihkan mata
3. Gosok-gosok sekejap je makeup dah tertanggal
4. Muka tak jadi tegang lepas cuci
5. Tak mengeringkan kulit muka
6. Dah pakai dekat sebulan dan muka tak breakout!


Pore Purifying Serum Cleanser
RM 33.00 / 150 ml
Exclusive. Hanya dijual di Althea sahaja!

Ingredients
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

CARA GUNA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

1. Untuk membersihkan solekan

Step 1 : Tuangkan Cleanser di tapak tangan dengan kuantiti yang mencukupi 
Step 2 : Sapukan di sekeliling wajah  untuk hilangkan solekan dan kotoran.
Step 3 :  Cuci muka dengan air. Boleh juga gunakan pencuci kedua untuk bersihkan wajah dengan lebih mendalam (Double Cleansing)

2. Untuk mencuci wajah

Step 1 : Tuangkan Cleanser di tapak tangan dengan kuantiti yang mencukupi 
Step 2 : Sapukan dan urut di sekeliling wajah selama 5-10 saat 
Step 3 :  Cuci muka dengan air. 

Yeay, siap! Senang je kan?


Ni contoh.. nak tunjuk pakai dekat muka tak boleh sebab aku ni penyegan orangnya. Hahaa!

Ni aku letak foundation, matte lipstick dan Waterproof eyeliner. Nampak tak ade macam titis air dalam gambar tu? Kalau nak tau tu lah dia cleanser tersebut. Tak cair, tak likat, just sedang-sedang je. Rasa macam air je walaupun katanya serum cleanser ni campur minyak dan air.



Ni lah jadinya bila dah gosok-gosok. cepat cair, tu yang aku suka tu




Tadaaaa! Bila dah bilas dengan air dan lap. memang bersih! 


Kesimpulanya, Pore Purifying Serum Cleanser ni memang dapat membersihkan makeup dan kulit wajah dengan lebih mendalam. Tapi sebenarnya memandangkan aku dah ada cleansing oil dan cleanser favorite aku sendiri, maka produk ni aku jadikan sebagai second choice untuk cleanser (:

But if korang nak try, boleh beli di Website Althea, atau klik je SINI.

Selamat mencuba!




Tuesday, January 15, 2019

Happy Birthday Husband ❤

January 15, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

10 Januari 2019
Pada tarikh itu genap usia suamiku yang ke 31 tahun.



“Never in a million years did I think I would be this happy to have the perfect man standing behind me, supporting me with my silly ways and making me laugh all the time. I enjoy every moment we share together. Love you and Happy birthday!”


Selamat Hari lahir suamiku..

Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, Semoga diberikan kesihatan yang baik selalu, dipanjangkan umur dan semoa sentiasa berada dalam lindungan Allah swt selalu.

Semoga terus sayangkan saya dan cintakan saya sampai bila-bila walau apa pun dugaan dan badai yang datang melanda.

Love you.. always (: 


Monday, January 14, 2019

Lirik Lagu Hello My Love (2019) , Single comeback Terbaru dari Westlife ❤

January 14, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Haritu Backstreet Boys buat comeback, kali ni Westlife pulak. Jom dengar sama-sama

Hello My Love - Westlife


Released2019
GenrePop



No one knows ‘bout the things that I've been through with you

There were times I'd drive you nearly mental

But when you're mad, you're still beautiful
And I know that I'm punchin' way above
So lucky that we fell in love
Sometimes I wonder, am I enough?
‘Cause you could have someone without a belly or a temper

Perfect teeth, hair growing where it's meant to

You know my lips are all that I can hold against you
This is all that I'll ever need, you and I
Hello, my love

I've been searching for someone like you

For most my life
Happiness ain't a thing I'm used to
You could have fallen hard for anyone
Plenty of fish in the sea, hey now
For all of time, all I know
It's just my angel and me
No one knows ‘bout all the good things you do

When people take advantage of you

Your heart is pure and so beautiful
And I know that it's just the way you are
Father's eyes but mother's daughter
And you tell me that you don't give enough
And now I found someone with all the boxes that I want ticked

‘Cause your love is all I ever wanted

Set my heart on fire, I needed something
This is all I wanted to be, you and I
Hello, my love

I've been searching for someone like you

For most my life
Happiness ain't a thing I'm used to
You could have fallen hard for anyone
Plenty of fish in the sea, hey now
For all of time, all I know
It's just my angel and me
‘Cause you could have someone without a belly or a temper

Perfect teeth, hair growing where it's meant to

You know my lips are all that I can hold against you
This is all that I'll ever need, you and I
You and I
Hello, my love

I've been searching for someone like you

For most my life
Happiness ain't a thing I'm used to
You could have fallen hard for anyone
Plenty of fish in the sea, hey now
For all of time, all I know
It's just my angel and me


Sunday, January 13, 2019

Saturday, January 12, 2019

Unboxing Zucca Blouse yang Labuh, cantik dan selesa!

January 12, 2019

Zucca Blouse - Labuh, cantik dan selesa ! 




Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Bila meningkat usia, berat badan pun makin meningkat naik. Bila entah nak start diet dan exercise ni aku pun tak tahulah. Baju pun susah sangat nak cari sekarang ni. Yelah, dulu pakai saiz L je, sekarang dah XXL. Haru biru jadinya. Mujur jugak terjumpa satu website yang ada menjual baju-baju plus size macam aku ni dengan harga yang berpatutan. Nama kedai online tu Zucca. For sure ramai yang dah pernah dengar kan? Tempoh hari aku dah selesai order 3 pasang blouse untuk pakaian kasual. Cepat betul sampainya sebab mereka buat penghantaran pada setiap hari. Selain itu, Zucca jugak menawarkan Kos Penghantaran percuma untuk pembelian RM100 ke atas! 

Benda bagus memang patut dikongsi kan? So lets check it out!

UNBOXING BLOUSE DARI ZUCCA 


Yeay! Parcel dah sampai. Cepat betul. Penghantaran menggunakan Pos Laju. Poslaju memang merupakan kurier servis pilihan aku sejak dari dulu lagi, sebab tak pernah salah hantar, tak macam kurier lain yang asik suruh kita pergi collect je.huhu


Tadaaaaa! 3 Blouse pilihan iols dah sampai pun!

Wah, bukan blouse yang diorder je dapat, tapi Zucca Butik bagi free gift eye dan Face Mask tau! Thank you so much! Nah, 3 blouse yang aku order dari Zucca. Coklat, soft pink dan Maroon. Tak sabar nak try! 


BLOUSE PERTAMA - KOD V213 (BROWN)


• RM39 • Free size muat 2XL • Dada max 48 INCH'' • Bahu 18 INCH''• Hips max56 INCH''• Labuh 31 INCH''   Material : Kain Moss crepe

Blouse yang pertama ni aku ambil yang jenis berkolar. Walaupun pakai tudung dan tak nampak pun kolar ni, tapi aku selesa, sebab kain dia jenis yang tak panas tau. So takdelah nak berpeluh-peluh berbanding pakai baju biasa yang berkolar.


 Tangan jenis bergetah dekat pergelangan tu, Jadi mudah nak selak baju ke atas masa ambil wuduk.

Butang pada blouse yang pertama ni dijahit dengan kuat dan tak mudah tanggal. Baju ni pun senang sangat gosoknya, menjimatkan masa kita.

Dan tadaaaaa! bila dipakai maca ni lah rupanya.. labuh melepasi punggung serta tak ketat. Sejuk je mata suami memandang bila pakai macam ni kan. Ahaha!


BLOUSE KEDUA - KOD Y029 (PINK)


 • RM39 • Free size muat 2XL • Dada max 48 INCH'' • Bahu 18 INCH'' • Hips max56 INCH'' • Labuh 31 INCH''  • Material : Kain Moss crepe


Blouse kedua yang aku order warnanya soft pink. Pastel-pastel gitu. Sebenarnya blouse ni aku belikan untuk adik, tapi aku rasmikan dan try dulu sebab nak rasa jugak macam mana rupanya pakai color pastel macam ni. hehe. Baju ni macam 2 pieces tau, sebab ada ombak-ombak renda dekat belah bawah tu. Tapi sebenarnya baju ni bercantum. 


Ni bahagian leher baju, Ni sesuai untuk orang yang tak suka leher berkolar. Di belah belakang leher tu ada zip. senang untuk pakai dan buka blouse ni.

 Di bahagian pergelangan tangan juga ada zip, jadi mudah sekiranya korang nak ambil wuduk nanti, unzip je dan lipat ke atas.

Ini lah jadinya bila dah terletak di badan. hehe. Cantik jugak rupanya kaler pastel macam ni, cuma lagi sesuai kalau yang remaja-remaja pakai. hehe sebab tu nak bagi dekat adik..


BLOUSE KETIGA - KOD Y202 (MAROON)


• RM39 • Free size muat 2XL • Dada max 46/48 INCH'' • Bahu 18 INCH'' • Hips max48 INCH'' • Labuh 31 INCH''  • Material : Kain Moss crepe

Leher baju ni sama macam blouse yag no 2 tadi. Tak berkolar, jadi sesuai untuk korang yang tak sukakan baju berkolar.

Ni details pada tangan dan juga renda pada tengah baju. Nampak klasik tapi ekslusif. Sesuai juga untu dipakai ke pejabat mahupun bersiar-siar di luar.


Corak sulaman pada pergelangan tangan. Nampak klasik kan, teringat masa zaman kecik-kecik memang banyak sulaman macam ni dekat fabrik seperti telekung dan alas meja.

Baju ni labuh dan sangat selesa untuk bergerak. Tak payah nak pakai korset dah untuk menyembunyikan apa yang patut. haha!


DEKAT MANA NAK BELI BLOUSE BEST NI? 

So, untuk korang yang berminat  untuk tengok blouse-blouse yang ada,  boleh singgah di  kedai online mereka. Banyak sangat pilihan, jangan rambang mata sudahlah. Boleh klik salah satu pilihan link di bawah ni tau!



1.  Website : https://zucca.com.my/

/


2. Facebook  : https://www.facebook.com/zucca.my/



3. Instagram : https://www.instagram.com/zucca.butik/



4. Shopee : https://shopee.com.my/zucca.butik


Sampai kita bertemu lagi pada next entri . Much love! Bye.. 

Wednesday, January 9, 2019

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

January 09, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!



Tahniah atas pencapaian 8 juta pageviw. Wow! hebat tu tau.  Blog Sayidah Napisah ni pun nice, banyak info menarik dan tak crowded. Tu yang boleh lama-lama duduk dekat blog dia tu. hehe

Tarikh penyertaan sehingga 26 Januari 2019.

Monday, January 7, 2019

Backstreet Boys - No Place (Official Video & Lyrics) Lebih 2 juta views dalam masa 3 hari!

January 07, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Comel betul tengok ahli kumpulan Backstreet Boys yang dah jadi bapak dan bahagia dengan family masing-masing. Teringat zaman kecik-kecik dulu membesar dengan lagu-lagu band ni.

Band ini ditubuhkan pada 1993 dan ahlinya terdiri daripada AJ McLeanHowie DoroughNick CarterKevin Richardson, dan Brian Littrell.

Video klip Lagu 'No Place' yang diupload pada 3 January 2019 ni dah dapat lebih 2 juta view! So jom kita tengok! 

sekarang

Masa zaman kegemilangan..

'No Place' Official Video


Songwriters:
Brett James, Joshua Miller, Troy Verges

Song Producer:
Steve Solomon

"No Place" Official Video
Editor: Andrew Putschoegl
Producers: Sam Houston, Andrew Straw

Lyrics:



I’ve been to Paris
Made my way down to Rome
Seen the sun setting on the beach
In Mexico

But I could care less
‘Cause I was all alone
And there ain’t no way to touch your body
Over the phone

I’ve been all around the world
Done all there is to do
But you’ll always be the home
I want to come home to
You’re a wild night with a hell of a view
There ain’t no place, ain’t no place like you
There ain’t no place, ain’t no place like you

You’re my daybreak
You’re my California sun
You’re my Memphis, New York, New Orleans
All rolled into one

In the city, the country
The mountains or the sea
Wherever you are baby
That’s where I want to be

I’ve been all around the world
Done all there is to do
But you’ll always be the home
I want to come home to
You’re a wild night with a hell of a view
There ain’t no place, ain’t no place like you
There ain’t no place, ain’t no place like you

No sight ever left me breathless
The way you take my breath away
No scene ever left me speechless
But right now I’ve got no words to say

I’ve been all around the world
Done all there is to do
But you’ll always be the home
I want to come home to
You’re a wild night with a hell of a view
There ain’t no place, ain’t no place like you
No, there ain’t no place, ain’t no place like you


Review- Daiso Charcoal Natural Pack Peel Off Mask Yang Pernah Viral Satu ketika dahulu kini dah restock semula!

January 07, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Review- Daiso Charcoal Natural Pack Peel Off Mask

Hai semuaaa..
Ingat tak Peel Off Mask dari Daiso Jepun yang pernah viral satu ketika dahulu? Ala yang viral sebab dapat tarik segala whitehead dan blackhead di wajah korang tu. Actually produk ni dah lama takde tau, sebab tu bila pergi Daiso, tengok dekat seksyen Kosmetik tak nampak pun Mask ni. Mungkin dalam 2-3 tahun jugak rasanya.

Tapi sekarang tidak lagi, sebab...

Daiso dah restock balik Mask ni !! Yeah! Happy me!

Packaging di bahagian hadapan
Harga : RM5.90

Boleh beli di mana-mana cawangan Daiso. Yang ni aku beli di Daiso Mytown Shoping Centre. Rasanya banyak Daiso yang dah restock Mask ni semula, so korang boleh pergi try tengok dan grab (:

Ini pula packaging di bahagian belakang. Jangan risau sebab ada English version pada ingredients dan cara guna dia. Jadi senang untuk kita nak faham 

Cara guna dia simple je. Hanya sapukan pada area yang banyak whitehead dan blackhead tu macam dagu dan hidung. Aku suka letak tebal-tebal sebab lebih senang nak tarik nanti. Pakai dalam masa 10-15 minit sampai mask kering dan boleh tarik dari atas ke bawah. Pastikan mask ni dipakai tak melebihi 2 kali dalam seminggu untuk elakkan kulit menjadi kering.

.....dan, tadaaaaa

ewwww. banyak nya whitehead. Geli! haha.. 

Ini lah hasilnya, berjaya menarik whitehead. Memang banyak, so aku puas hati. Lepas pakai mask ni boleh cuci muka dan apply toner untu tutup balik pori yang terbuka tu. 

So korang yang nak try boleh singgah ke kedai Daiso yang berdekatan. Jumpa lagi di lain entri!

Sunday, January 6, 2019

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 - Sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia

January 06, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 - Sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Yuhuu. bestnya bila buat entri pasal gaji. Haha! Tarikh gaji ni aku screenshot sendiri di website Jabatan Akauntan Negara Malaysia ni, so memang 100% sahih dan tepat tau. Jom check it out!

Sumber dari Jabatan Akauntan Negara


Kalau tengok dekat jadual ni ada dua kali pembayaran gaji lebih awal dilakukan iaitu pada bulan Oktober, sempena Hari Deepavali dan juga pada bulan Disember sempena hari Krismas. Perkara ni yang paling aku risau sebab bila duit dah masuk dalam akaun mulalah tangan gatal nak keluarkan duit tu dan berjoli! haha.. Harapnya tahun ini tak macamtu. Kena pandai uruskan kewangan masing-masing dan sentiasa beringat serta berjimat cermat. 

Jumpa lagi next entri! 

Jenis-Jenis Pregnancy Test yang anda perlu tahu

January 06, 2019

Jenis-Jenis Pregnancy Test yang anda perlu tahu


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam! 

Aku obses dengan Urine pregnancy test (UPT) , tiap-tiap bulan tetap nak cek walaupun tahu dah tak mengandung pun. Alahai, orang kata dah jadi habit dan kebiasaan.Sekarang pun bila cek takde dah air mata jatuh berlinang bila dapat result negatif.. sebab dah biasa sangat. Pernah dia jadi positif, itu pun sebab kesan sampingan injection yang doktor bagi untuk pecahkan telur yang matang, so keputusan tak boleh diterima pakai sekiranya buat prosedur tu. Tapi sempat lah berangan jugak masa tu, kan best kalau betul-betul positif sebab ada baby. haha!

Okey, selesai sesi meluahkan perasaan. So harini nak share dengan korang jenis-jenis pregnany test yang ada di pasaran. Lets check it out! 

1. UPT STRIP 


UPT ni yang paling banyak sekali ada di jual di pasaran. Ianya jenis strip di mana kita perlu celup kan strip di dalam urine. Pastikan tidak melebihi garisan maximum untuk elakkan keputusan invalid.

2. UPT CASSETE

UPT Cassete ni jenis titis, biasanya penitis tu memang dah disediakan sekali dengan pregnancy test tu. Harganya mahal sikit daripada yang jenis strip tu. Penggunaan pun berbeza dengan jenis strip, di mana korang perlu titiskan urine ke lubang di cassete tu. Selalunya pastikan hanya 2-3 titisan je untuk mengelakkan terlebih titis sebab takut result jadi invalid disebabkan over urine.

3. UPT MIDSTREAM

UPT Midstream ni yang paling senang pakai. Tak ayah tadah urine macam UPT Stip dan Cassete. Just tadah je dan tunggu keputusan.UPT Midstream terbahagi kepada dua iaitu yang jenis biasa dan juga digital.UPT Digital yang aku pernah nampak ada dua, satu yang clear bue digital dan satu lagi yang jenis keluar simbol senyum if positif. Tapi yang kenis simbol ni jarang ade jual dekat Malaysia ni, so kita fokus lebih dekat clear blue je.Clearblue digital dia akan keluar Pregnant dan indicator berapa lama dah conceive seperti 1-2 weeks, 2-3 weeks dan 3+. Indicator ni bukanlah usia sebenar kandungan tapi just tunjuk bacaan anggaran berapa lama persenyawaan dah terjadi.


Clear Blue Digital Pregnancy Test

Clear Blue Indicator Result

BEZA UPT STRIP.CASSETE DAN MIDSTREAM

Boleh refer pada gambar di bawah untuk ketahui perbezaan UPT ni:

Perbezaan setiap UPT

FAKTOR MEMPENGARUHI KETEPATAN RESULT UPT: 


Digalakkan untuk para wanita membuat ujian pregnancy test hanya pada 2 minggu selepas lewat haid sebab pada ketika ini hormon HCG dah tinggi. Kebiasaanya, keputusan pregnancy test ni ditentukan juga pada beberapa: 
  • Waktu melakukan ujian. Waktu yang paling sesuai untuk buat ujian pregnancy test adalah menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun dari tidur pada waktu pagi. Kebiasannya urine pada masa ini agak pekat dan hormon HCG lebih senang nak detect berbanding waktu-waktu yang lain.
  • Sensitivity UPT. Semakin rendah sensitivity UPT tu, maka semakin cepat lah ianya dapat detect kehadiran hormon HCG dalam badan kita. Biasanya dekat packaging dia akan tulis berapa sensitivity dia (miu). Kebiasaan nya UPT terdapat dalam 10/25/50 miu. Jadi UPT yang mempunyai sensitivi 10miu lebih cepat detect dari UPT yang mempunyai sensitivit 50miu.

So lepas ni kalau nak beli pregnancy test, boleh beli ikut sensitiviti dan cara penggunaan yang korang rasa selesa okey.

Untuk yang TTC macam aku, semoga usaha kita untuk mendapat zuriat dipermudahkan dan dimakbulkan oleh Allah swt. Jangan give up okey! Korang boleh baca TTC Journey aku:

TTC JOURNEY:PART 7


kalau korang nak beli pregnancy test, nak murah dan seller yang sedia guide, boleh try ke IG di bawah. klik je pada gambar.tu okay. tengah ada YES sale sampai hujung tahun 2019 ni





Jumpa lagi next entry!

Post Pilihan

randomposts

Followers