Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Siapa yang suka mekap? Mesti ramai kan?
...dan...
siapa yang tak pandai mekap dekat sini?
yeaaa. kita geng. sep sikit! haha
Seriously, mekap ni bukan lah salah satu rutin harian aku. Kadang-kadang aku tak berbedak langsung pun bila keluar, just letak lip balm sikit je. Teruk kan perangai? ahaha, ni semua sebab penyakit malas lah. Kalau rajin, ade lah calit-calit sikit eyeliner dan lipstick merah menyala. hihi..
Selalu tengok dan jeles tengok orang yang pandai mekap. cantikkkkk sangat! Bila aku try makeup apesal dah jadi serupa alien ni. hahaha - (Memang pernah ade someone yang cakap aku macam alien bila mekap diri sendiri tau!) Adoidoi.. Mungkin sebab takde ilmu dan salah teknik. Eceh, benda pasal mekap yang senang bagi korang memang susah sangat bagi aku tau. huhu.
So bila diberi peluang untuk cuba rangkaian Mekap dari Althea, apa lagiii... jeng jeng jeng dup dap dup dap la aku rasa. Apakah aku akan serupa macam alien lagi buat kali kedua? haha. So disebabkan memang failed kalau mekap diri sendiri, so expectation tak tinggi mana. Kita cuba, kita cuba. haha,
dan... barang-barang mekap tersebut ialah...
tadaaa!
🌸 Eye Pallete Sunrise & Moonrise BCL x Althea
🌸 Skin relief Spot Film Gel
🌸Spotlight eye glitter - 2 warna
🌸 Althea Flawless Creamy Concelear - 4 warna
🌸 Althea waterproof Lip Tint - 4 warna
Untuk tengok harga dan details tentang satu-satu produk ni, korang boleh je klik dekat title setiap satu di bawah ni ye (:
1. Eye Pallete Sunrise & Moonrise BCL x Althea
Pergh, lawa giler warna eyeshadow diaa.. siap ade glitter lagi. Eye Pallete ni ade 8 warna pilihan yang sesuai untuk pelbagai majlis dan tema.
2. Skin relief Spot Film Gel
Gel untuk pudarkan jerawat dan juga spot yang ade dekat wajah.
3. Spotlight eye glitter
Glitter untuk letak dekat kelopak mata, biar bersinar sekali dengan eyeshadow. Ada warna pink dan putih.
4. Althea Flawless Creamy Concelear
Concelear bertujuan untuk menutp cela yang aa pada wajah, macam lingkaran gelap bawah mata tu. Ni pun last aku pakai masa kahwin dulu. So sekarang dah ade koleksi sendiri, boleh lah belajar pakai lepasni. hihi. Aku pakai code #Honey. Tak pasti sesuai ke idak. hentam je ni
Ade 4 warna concelear :
Ade 4 warna concelear :
#01 Vanilla
#02 Ginger
#03 Honey
#04 Mocha
5. Althea waterproof Lip Tint
Ada 4 warna liptint yang cantik-cantik tau. Bila pakai bibir akan nampak bersinar-sinar, tapi disebabkan masa ni aku pakai nipis sangat, jadi tak berapa nampak shiningnya tu.Aku pakai code #3
Ada 4 warna Lip Tint :
#01 Plum Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Marron Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Marron Cream
Jom tengok video mekap cara aku. Jangan kecam, sebab memang aku tak pandai mekap. haha!
Yang bawah ni dah kena touchup sikit dengan yang pakar. haha. ok tak? Simple je pun..
Lepasni kena belajar sikit-sikit tentang mekap ni, bukan untuk menarik perhatian, sekadar mekap biasa untuk nampak lebih yakin dan berkarisma. Chewah . Jumpa lagi di lain entri. Babaii..
Sama lah kita. Banyak nak kena belajar. Tp kak ana suka je yg simple macam ni. Sweet je nampal.
ReplyDelete