Monday, March 25, 2019

Surya ACV I Hati berbunga bila Kembung Perut dah berkurang. Haha!

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semuanya. Apa khabar hati hari ni?
Harapnya semoga tabah dan sabar sentiasa.

Aku sejenis yang kuat makan. Aku makan semuanya kecuali batu, kayu, (erm..dan juga siput sedut, kaki ayam, telur separuh masak, eww~ )

Bila dah melantak macam-macam makanan sampai dah takde ruang dalam perut, mulalah macam-macam sakit yang datang. Sakit perut, muntah-muntah dan yang selalunya terjadi, perut kembung, mcam belon! Lagi-lagi bila dekat office, memang satu hari tak boleh nak buat kerja, sebab sangat lah tak selesa. Bila lalu lalang pun orang akan cakap 'wahhh dah ade isi..' haha. layankan jelah.

#PerutJeKembung

Cuka Epal?


Aku selalu google dan search info berkenaan cuka epal ni. Rupa-rupanya cuka epal ni merupakan salah satu makanan sunnah dan amalan para Nabi terdahulu. Mesti banyak khasiat kan? Khasiat cuka epal antaranya ialah untuk antioksida, membantu penghadaman dan percernaan, membantu dalam pelawasan, melegakan sakit tekak dan bermacam lagi..  Hurm, di usia 30 Tahun ini lah baru aku dapat try dan rasai sendiri manfaat cuka epal ni. Kenapalah kita tak bertemu lebih awal? haha 


Cuka Epal Surya ada cop Halal! 

Nak mencari cuka epal ni, aku pentingkan status halal tu. Walaupun orang kata boleh minum sesetengah cuka epal yang diimport dari luar negara tu, aku tetap tak percaya sebab kebanyakannya takde logo halal. 

tapi kini...... aku dah jumpa! yeay!

Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey. 
Buatan Malaysia dan siap dengan logo halal Jakim!



Aku beli yang twin pack, satu letak dalam peti ais di office,untuk share bersama officemate, dan satu lagi letak dekat rumah. So tiap hari boleh minum, sebab stock sentiasa ada. Chewah.

Review Surya ACV

Aku dah amalkan dekat Surya ACV ni dekat 2 minggu jugak, makan sekali sehari lepas lunch atau lepas makan berat macam nasi atau mee. Aku memang ikut saranan penggunaan dia, 30ml atau 2 sudu makan. Biasanya aku sukat guna sudu je sebab lagi mudah. Dia macam kordial jugak, campurkan dalam air dan minum. Sedap dan nice je rasa dia, masam-masam manis. Bau pun okey je bagi aku, just nice. tak busuk pun macam Cuka Epal yang lain tu. Dan dalam 2 minggu penggunaan, aku perasan perut yang kembung semakin berkurang dan jadi lebih bertenaga. Best tau. Korang wajib cuba!

Beli dekat mana?

Mudah sangat nak cari SURYA ACV ni. Korang boleh cari di Watsons ataupun farmasi terpilih seluruh Malaysia. Kalau malas nak keluar boleh online shoping je dekat Lazada macam aku buat haritu. Klik je dekat SINI , nanti akan keluar page seperti di bawah ni dan masukkan kod KBBA10 untuk dapatkan diskaun RM5. Super duper jimat!



Kos penghantaran juga percuma dengan pembelian twin pack ni. Wah double jimat! Boleh beli banyak dan hadiahkan untuk orang yang tersayang, biar sama-sama sihat dan cergas gitu.


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini follow -
Facebook Official Fanpage – @Surya.Malaysia
Instagram – @Surya.Malaysia








2 comments:

  1. kita pun amalkan jgk..minum sblm tdo tiap2 malam..masalah kembung prut pun dah kurang..:)

    ReplyDelete
  2. Sedap kan. Murah beli kat Lazada.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers