Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua
Susah nak cari pencuci muka (face cleanser) yang bersesuaian
Kulit muka aku jenis kombinasi,jadi selalunya boleh menggunakan apa- apa jenis pencuci muka tanpa ada sebarang iritasi. Tapi yang selalu merunsingkan aku ialah bila selalunya muka ni rasa tak bersih dan masih berminyak selepas mencuci muka. Lagi merunsingkan bila masa datang bulan, jerawat tumbuh dengan jayanya. Haih memang rasa tak senang duduk je selalu. Kejap kejap pergi masuk bilik air cuci muka dan tak lama lepastu kulit muka kembali berminyak.
Banyak dah produk yang aku cuba. Dari semurah-murah produk sampai lah semahal-mahal produk, masih tak jumpa yang paling berkenan di hati. Runsing tau. Yelah dengan usia dah menganjak 30 tahun ni, penjagaan wajah memang sangat penting bagi aku, kalau boleh nak lah kekal awet muda walaupun dah berusia nanti kan?
Satu hari tu aku cuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature. Ala, saja nak try and error jugak. Harap-harapnya kena dengan citarasa. Nama Pencuci muka ni ialah ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan juga ialah pencuci muka Aloe Vera. First impression aku dengan produk ni mestilah pada packaging dia. Kotak warna hijau, tenang rasa hati. Lagi-lagi produk ni dibuat di Korea, so semoga wajah aku pun kekal cantik macam artis korea. Hehe.
Packaging ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Info berkenaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ada di belakang kotak packaging
Kandungan Utama dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser
ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit muka. Diasaskan daripada daun lidah buaya dan tea tree leaf oil yang sangat bagus untuk kulit wajah kita. Lidah buaya memang terkenal untuk melembabkan dan menyejukkan kulit wajah. Kadang-kadang kulit muka aku ni selalu jadi gatal dan merah-merah, so kandungan lidah buaya ni sangat membantu aku untuk buat kulit muka kembali bertenang.
Tea Tree Leaf Oil pula sangat penting untuk menghindarkan jerawatdan memudarkan parut di wajah. So gabungan dua jenis kandungan bahan dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser memang sesuai untuk keadaan kulit muka aku sekarang ni
Bahan lain yang terkandung dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Antara kebaikan dan keistimewaannya ialah :
- Menghindarkan jerawat
- Mengawal minyak pada wajah
- Membuang lebihan minyak di wajah
- Menanggalkan kotoran diwajah
- Mencuci wajah dengan lebih mendalam ke dalam pori
- Melembutkan dan meghaluskan kulit wajah
Cara Penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Cara guna dia senang sangat. Syarat utama dia kita kena basahkan muka dan tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian barulah pamkan di tapak tangan. Pencuci muka ni dia akan jadi buih buih halus tau, buih buih halus ni akan mebersihkan kulit wajah kita secara lebih mendalam untuk buang segala kotoran dan solekan di wajah.
First step, basahkan muka dan tangan
Second step, pamkan pencuci muka di tangan
Sapukan buih-buih halus di wajah dan kemudian bilas
Hasilnya sangat memuaskan hati
The best part tentang ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni ialah buih-buih halus dia. Korang boleh tengok dekat bawah ni.
Bila pegang dan goncang botol, kita akan dengar bunyi air tau. Tapi bila pump, magic sangat sebab air tu bertukar menjadi buih-buih air yang sangat halus dan lembut. Mesti korang pun akan teruja macam aku masa mula-mula pump pencuci muka ni. hehe
Buih-buih dia sangat lembut dan jenis yang water-moisture, so lepas guna kulit akan rasa lembut dan tak mengeringkan macam sesetengah pencuci muka jenis bubble yang lain.
Gambar di bawah ni pula aku try cuba pada lipstick jenis matte yang memang susah nak tanggal kalua guna pencuci muka biasa je, biasanya aku kena gunakan baby oil atau oil cleanser untuk buang kesan lipstick ni. Tapi sekarang bila guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser, rasa seronok sangat. tengok tu betapa halusnya buih-buih tu, cuci dan bilas sikit je terus hilang kesan lipstick tu tau. Disebabkan ianya membersihkan kulit wajah secara mendalam ke dalam liang pori dan buang sel-sel kulit mati, kulit wajah akan rasa lebih bersih dan nampak semakin cerah tau. Kulit tak kusam lagi dah. Senang dan best kan?
Pandangan Peribadi selepas menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Selepas menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni selama lebih kurang 3 minggu, aku perasan beberapa perubahan pada kulit wajah. Muka lebih lembab, tapi dah kurang berminyak. Jerawat pun dah malu- malu nak tunjukkan diri tau. Bila cuci muka sekali je dah rasa bersih sangat. Hilang segala mekap yang aku pakai dan muka jadi lebih bersih sebab dia cuci hingga ke dalam. Jadi tak payah dah nak cuci muka berkali-kali lagi dah sekarang ni. Inilah pencuci muka yang terbaik untuk kulit berminyak. So aku bagi 5 bintang! Korang wajib try tau.
Di mana nak dapatkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser?
Untuk dapatkan produk ni, korang boleh terus ke website Hansaegee atau klik je link di bawah. Selamat mencuba!
Brand:HansaegeeNature
Harga : RM65 / 150 ml
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube page:
wahh.. mcm best jee ni..
ReplyDeleteSyok cuci muka dengan buih buih halus ni kan. menarik juga produk ni
ReplyDeleteMacam best je..
ReplyDelete