Friday, May 22, 2020

Tak sama macam dulu..

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat berpuasa semua! 
Lagi 2 hari sahaja lagi Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Rindu pada Ramadhan pasti mencengkam di hati, sebab belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan ia pada tahun hadapan. Entah sempat entah tidak. Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua.

Suasana Ramadhan dan Raya pada tahun ini sangat berbeza, lagi-lagi sangat terasa buat orang yang jauh terpisan dengan keluarga jauh di perantauan. Tahun ni pertama kali tiada sesi ziarah, kunjung mengunjung, solat berjemaah di surau dan masjid dan macam-macam lagi perkara yang membataskan norma seharian kita gara-gara Virus durjana.


Tapi situasi baru ini ada indahnya juga, dapat mengeratkan silaturrahim untuk orang-orang yang berada di dalam satu bumbung. Contoh macam aku dan suami, kami dapat solat berjemaah bersama dengan lebih kerap, kami dapat masak dan makan bersama, kemas rumah bersama, tengok movie dekat netflix sama-sama, sekarang ni pun banyak dah movie dengan drama kitorang tengok. aku layan korea, dia pun layan jugak.hahaha.. seronok sangat tau, perasaan berbunga macam lepas kahwin tu. cewah :p

Tapi yang tak bestnya bila virus ni membataskan pergerakan kami. Dah susah dan leceh bila nak keluar ke mall atau ke mana-mana, kena pakai mask sentiasa, sembur sanitizer, scan barcod checkin nama bila nak masuk kedai. Penat kan, tapi demi keselamatan dan kesihatan semua, wajib lah kita patuhi.Semoga virus ni cepat hilang dari radar.. tak sabar nak plan next honeymoon trip kami. hehe

Bye semua, jumpa lagi next enti. Jaga diri selalu. Wassalam..




2 comments:

  1. Yer Kan..memang berbeza sangat Kali nih..rindu ngan makayah. Tapi xkisah lah demi Keselamatan keluarga jgk. Moga Kita kuat dan tabah hadapi ujian ini

    ReplyDelete
  2. Kena biasakan dengan normal baharu ni.
    selamat menyambut raya

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers