Wednesday, July 1, 2020

TTC Journey : Period Lewat 16 Hari

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Period Lewat 16 Hari tapi UPT Negatif


Photo by RODNAE Productions from Pexels


Nak pengsan rasa sejuk betul aircond dekat office ni. Aku nak taip entri pun terketar2. mujur ada blazer, boleh cover sikit sejuk ni.

Today 1 Julai 2020, period aku dah lewat 16 hari, Gosh! ni yang paling lama dalam sejarah hidup aku. Selalu teratur je dalam 28-30 days cycle. Pernah sekali lewat juga, tapi cuma 11 hari. Mungkin ovulate lambat kot bulan ni. Rasa menyesal jugak sebab cycle ni tak Cek OPK. Takdelah aku tertunggu-tunggu period datang kan?

Dah cek upt banyak kali tapi result negatif. Malas aku nak cek lagi. Habiskan stock UPT kat rumah tu jer. haha. Aku pun tak mengharap sangat pregnant, sebab kalau pregnant, by this time mesti UPT akan positif. Cuma aku takut if ada apa-apa masalah. Melalui bacaan di internet, katanya period boleh lambat sebab stress, kenaikan berat badan, penurunan berat badan dan macam-macam lagi. Tapi bila fikir balik, cycle ni aku langsung tak rasa stress, berat badan pun takdelah turun atau naik mendadak sangat. 

Buat masa ni aku nak tunggu seminggu lagi. Kalau masih negatif by that time, baru aku akan jumpa doktor untuk minta ubat turunkan period. InsyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya untuk aku. Sekarang pun aku tengah dalam proses menurunkan berat badan, semoga dapat kurus balik macam dulu dan sihat. Bila badan dah sihat dan cergas, InsyaAllah nak sambung balik treatment TTC aku nanti.

Doakan ya (: 






4 comments:

  1. Takpe iqin, kawan akak 7tahun baru dapat. Dia tukar keje tak stress terus lekat, tak makan apa2 ubat pun. InsyaAllah...usaha lagi

    ReplyDelete
  2. macam saya pun sama .. period lewat dah 2 minggu .. bila test line yg hamil tu kabur kabur jee ..
    saya pun konfius .. pragnant ke tak pragnant ni..

    ReplyDelete
  3. Hi, adakah akak recommend pergi Hospital Putrajaya utk TTC IVF?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Hospital Putrajaya rasanya takde buat IVF

      Delete


Post Pilihan

randomposts

Followers