Saturday, February 20, 2021

TTC Journey : Jom amalkan gaya hidup sihat!

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Seperti yang aku ada nyatakan dalam entri yang lepas-lepas, tahun ini memang aku lebih serius kepada usaha TTC. Salah satunya ialah untuk menjalani gaya hidup sihat. Dari dulu lagi memang doktor ada minta aku untuk kurangkan berat badan, sekurangnya 10% dari berat badan sekarang. Jadi, lets make it happen! InsyaAllah by pertengahan bulan ni nak proceed untuk IVF. Semoga dengan asbab penjagaan diri dan kesihatan ni dapat membantu kami menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ni.

So lepas gagal IUI tempoh hari, aku dan suami slow-slow berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Sekarang baru fasa permulaan, kadang-kadang ada tersasar juga tapi cepat-cpat la cover balik. Berat badan aku pun ade pengurangan sekarang ni, Alhamdulillah. Bila dah berkurang berat ni, nak exercise macam jogging dan skipping tu dah mudah rasanya, sebab dah tak sakit kaki. Dulu kalau setiap kali jogging atau join event run, balik tu mesti kaki akan terjengket-jengket sakit giler! tapi now okay dah. tak sakit pun. sukanya happy gila aku!

Haritu slow jog dengan husband. hehe ni pace aku memang slow gini, kalau hubby dah berdesup dah ke depan. Sayang bini kan, so bila jog dgn bini kena lah layan pace bini. haha

Aku cuba istiqamah dan jadikan exercise rutin harian aku. Sekurangnya 30 minit sehari. InsyaAllah.. semoga tak tersasar lagi :p  Hasil pembacaan aku daripada pengalaman sahabat-sahabat yang berjaya dalam proses IUI dan IVF, ade beberapa jenis supplement yang baik dan bagus untuk kualiti sperm dan telur wanita. Contohnya di bawah :

Isteri : COQ10, Vitamin D, Fish Oil Omega 3, Acid Folic 
Suami : Surbex Zink/ Surbex Protect / Profortil 


Aku start amaklan supplemet tu, dan suami amalkan Surbex Zink tu. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik je. Nanti aku sharekan di lain entri secara details lagi tentang supplement ni. InsyaAllah.


So jumpa lagi, bye!



4 comments:

  1. semoga dikurniakan zuriat. doakan saya juga. dah 2 tahun stgh berkahwin. belum dikurniakan rezeki zuriat. belum bersedia juga utk buat test2 yg berkaitan😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya..insyaAllah sis, sabar dan usaha, semoga satu kita semua berpeluang menjadi seorang ibu. InsyaAllah..

      Delete
  2. bru baca story ttc adik..sy pun bru nk start checkup after 7 years..blh try nk turun berat badan ngn sauna stp ari & wat IF..in sha Allah blh turun berat..sy penah cecah 75kg..& skrg 54kg..amk masa setahun jgkla nk turun berat..no supplement..juz mkn mknan yg blh naikkn metabolisme such as air kosong 2l sehari,epal hijau,control portion karbohidrat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sis.. saya pun baru berjinak-jinak dengan IF.. Semoga istiqamah.. aminnn

      Delete


Post Pilihan

randomposts

Followers