Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Harini ada kejadian yang agak lucu. haha
Kisahnya tadi aku siap-siap nak balik dah. Confident betul siap bawa bag and siap pakai kasut. Nak dekat sampai punch card aku tengok jam, rupanya aku terawal sejam. hahahahaha. Tak sedar diri datang lambat nak balik awal. Nasib baik masa kejadian tu xde siapa perasan, sebab yang lain dah balik. Memang yang lain jenis datang awal. aku je yang lambat. isk
So duduk balik dan kita menaip kat blog ni sampai waktu balik. Alhamdulillah kerja-kerja harini semua dah selesai. syukur.
Minggu depan kalau takde aral, office kami akan berpindah ke Putrajaya. Alhamdulillah dekat sikit dengan rumah. Takdelah aku datang lambat lagi nanti. Actually bukan lambat pun, masih dalam range waktu bekerja. Waktu bekerja jam 9.00 pagi dan aku biasanya sampai office jam 8.40 macamtu. Takut ada yang salah faham better aku tulis siap-siap dekat sini, walaupun aku tahu takde siapa baca blog ni. tu yang tulisan tatabahasa semua ni main hentam je hehe..
Aku nak hidupkan balik blog aku ni. Sayang kalau takde pengisian. Dahla tiap tahun kena renew domain.Walaupun trend sekarang ni mostly dekat short video macam tiktok tu, tapi blog ni masih relevan bagi aku. Aku perasan juga mostly blogger yang ramai follower di blog masing-masing tapi dekat tiktok tak ramai pun follower dengan viewer, tu sebabnya mereka punya engagement dekat blog tu lebih lagi. Orang kenal melalui blog, tiktok pula dikuasi oleh budak-budak muda yang ada banyak masa dan kreatif.
Tabik betul aku dekat orang yang dah ada keluarga besar, bekerja dan masih ada masa nak menulis blog. Aku ni membaca pun macam dah malas, apatah lagi nak menaip. sebab tu dalah tahun 2022 ni, baru ada 3 entri termasuk entry ni. hurm
eh tiba-tiba membebel kan, tadi nak cerita pasal nak punch card je. haha.. Ada lagi 40 minit sebelum balik. Aku nak buat kerja lain pulak. ok korang, kalau ada yang baca blog ni, aku doakan korang semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan Allah selalu. Assalamualaikum, ada rezeki jumpa lagi..
Aamiin.. kita pun selalu sampai office lambat. Harapnya next years tak lagi la hehe
ReplyDelete