Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts

Tuesday, December 3, 2024

Sarapan apa harini?

December 03, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Sarapan apa harini?

Ni aku beli nasi lemak dekat bawah office je. Dah 2 minggu kedai ni kena tutup sebab arahan KKM, ni baru buka semula. 

Macam biasa lah, ingatkan nak diet, tapi bila tengok nasi lemak ni tunda esok pulak la. Mudah betul seorang Asyiqin ni, dengan Nasi lemak pun lemah. haha!

Sekarang bila rumah dah jauh, aku kena datang awal ke office sebab nak balik awal ke rumah sebab nak elak jalan jem. So ada la kesempatan nak beli breakfast. Kalau dulu rumah dekat, aku akan datang lambat sikit, sebab tak payah fikir trafik. 

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur je. Rumah jauh atau rumah dekat ke tak jadi masalah bagi aku, aku nak hidup tenang-tenang je sekarang ni.

Ok bye, sampai jumpa lagi! 




Monday, December 2, 2024

Disember 2024

December 02, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua orang. Apa khabar?
Semoga semua sihat-sihat je selalu.




Macam biasa, dah lama sangat tak update blog . Entah bila lah kerajinan untuk menaip tu nak datang. Kadang ada banyak benda nak cerita tapi tulah, tak rajin nak menaip.

2024 bakal melabuhkan tirainya. 
Tinggal sebulan je lagi. Bulan depan dah 2025. Dah meningkat usia, umur yang matang, dah dewasa dan tak boleh nak bersikap keanak-anakan lagi. Bila toleh kebelakang, memandang tahun-tahun yang aku lalui, rasa sedih pula. Banyak mimpi dan impian zaman kecil yang aku belum capai lagi. Sekarang ni? Entahla, cukup lah sekadar hidup tenang, aman dan damai. itu satu kenikmatan kan bila usia dah mula mencecah pertengahan 30an ni.

Anak?
Belum ada rezeki lagi. Masih TTC, sejujurnya aku dah bayangkan pun hidup aku ke depan nanti,  duduk jelah berdua dengan suami sampai ke hujung usia. Sekarang pun aku dah tak ambil hati bila ada orang yang pertikaikan kenapa tak mengandung lagi. Aku dah lali, aku dah redha kalau takde anak. Orang pandang rendah tu dah biasa aku hadap. Mentang anak dia ramai, dia rasa hebat. Tapi memang hebat pun kan? Aku kan, kalau boleh order anak tu dah lama aku order. Tapi tak boleh, tu semua rezeki dari Allah. Mungkin aku tak mampu jadi ibu yang baik kot? Takpelah aku buat baik kat anak-anak saudara je. Dah tua nanti, tempah lah rumah orang-orang tua.hihi

Kerja?
Kerja macam biasa, ok je. Takkan terlepas dari dugaan bekerja. Jumpa orang bermacam ragam. baik di depan tapi jahat di belakang kita pun ramai. Entahlah, aku banyak observe je, Tapi Alhamdulillah,tempat kerja sekarang ni kebanyakannya aku jumpa orang yang baik-baik dan positif, Syukur (:

Sampai sini je dulu, nanti apa-apa aku update lagi (:
Bye! 

Monday, April 29, 2024

Masih di pejabat

April 29, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Hai semua..aku masih di pejabat lagi ni walaupun sebenarnya dah boleh balik. Ada beberapa tugasan penting yang perlu diselesaikan dan ada fail yang perlu disemak. Kalau boleh semua kerja yang belum siap tu aku nak siapkan segera supaya tak bertangguh. Bila dah bertangguh tu nanti rasa berat sangat bahu nak memikul, boleh sakit jiwa dan perasaan tau. Kadang-kadang rasa burnout. Tapi setakat ni aku masih boleh hadap lagi. Kalau kena marah atau ditegur, aku redha je.

Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan rakan sekerja dan bos yang baik. Bos aku pun bukan jenis reti nak marah-marah. Apa-apa kalau ada masalah, biasanya dia akan ajak berbincang. Team aku pun semuanya okay-okay, kalau diberi kerja mereka semua boleh buat dengan baik. 

Cuma kekangan kami dekat sini terlalu banyak kerja tetapi staff tak cukup. Tapi aku rasa situasi ni pun sama je dengan mana-mana Jabatan dan syarikat lain kan? Jadi apa-apa pun yang jadi, try untuk buat yang terbaik dalam kerja seharian kita. InsyaAllah, pahala dapat, ketenangan hati juga kita akan dapat.

Jadi untuk semua yang membaca post aku pada hari ini, aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan korang. Semoga apa yang kalian hajati akan tercapai, dan semoga segala dugaan dan ujian yang kalian tempuhi sekarang akan berakhir dengan kebaikan. InsyaAllah, Allah maha pengasih dan penyayang. Jangan lupa berdoa ya kawan-kawan (:

sampai sini dulu post kali ni, kita jumpa di lain waktu, InsyaAllah.

Bye korang!

Tuesday, August 22, 2023

Update tentang kes transaksi mencurigakan kad kredit Maybank

August 22, 2023
Assalamualaikum..
Hai semua.. apa khabar?




Ingat tak entri aku yang lepas, kalau tak ingat, boleh baca kat sini tau - 


Tadi buka emel, Alhamdulillah pihak Maybank dah ada update tentang isu kad kredit aku tu. Korang boleh baca kat bawah ni :



Alhamdulillah, tak sampai sebulan pun kes ni dah selesai, duit tu pun dah dikreditkan semula dekat akaun kad kredit aku. Syukur sangat.Terima kasih Maybank sebab tindakan yang pantas, kata ambil masa 3 bulan untuk siasat, tapi yang ni tak sampai sebulan pun. Alhamdulillah.. 

So korang yang baca ni, kena rajin tau semak statement bank masing-masing,  kalau ada transasksi yang mencurigakan, kena cepat-cepat hantar report pada pihak Bank.

Jumpa lagi next entri..

Sunday, August 6, 2023

Enjoy life

August 06, 2023
Hi Peeps!



Selamat hari ahad gais! Ahad korang macam mana harini? Dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah atau pun sekadar buang masa? Ahaha kalau aku, biasanya sabtu ahad kalau takde apa-apa program, tak balik kampung dan suami pun kerja, aktiviti aku ialah tidur. Balas balik tak cukup tidur weekday tu. Yelah, dah kat rumah takde sape, anak pun takde. ada kucing ajeee. But aku make sure la benda-benda basic macam basuh baju, basuh pinggan semua tu aku setelkan dulu sebelum suami balik kerja. hahaha

Weekend Activity
Macam harini, pagi aku balik kampung jap sebab ibu ajak pergi jualan Gedung Siti Khadijah. Ibu belanja telekung SK tau. Thanks ibu! Korang jangan pelik tau, rumah aku dengan kampung aku jarak tak jauh pun, tak sampai sejam pun. So tu yang kalau aku bosan kat rumah, kadang-kadang aku wasap suami minta izin nak balik kampung.

TTC Journey
Ada yang komen berkenaan TTC Journey aku. Well, sekarang aku masih belum sambung apa-apa treatment dan enjoy life. Enjoy je apa yang ada di hadapan. Aku malas nak fikir sangat. Nasib baik juga family sendiri dan family belah suami tak push, kalau tak mesti stress. Masa baru-baru kahwin jelah ada yang macam suruh try itu, suruh try ni. Tapi sekarang dorang pun dah malas nak tanya apa-apa kot. Family belah aku dan suami pun dah ada ramai cucu dah. Belah aku dah ada 5 cucu dan belah suami dah berbelas cucu mama ada. So, kalau kami lambat sikit takpelah ye. Ujian orang tak sama kan. Thanks untuk yang memahami. Bukan taknak, bukan tak usaha.. 

Career
Aku busy tau. Kerja tak pernah habis. Bos aku tuu bila kerja ni tak selesai lagi, dia dah bagi kerja lain.. haha tapi takpe, itulah adat mencari rezeki. kita hadap je. Cuma kadang-kadang ada kerja last minit. Tu yang aku rasa terkilan sebab aku tak boleh buat sehabis baik. Aku kalau buat kerja, aku tak akan buat cincai-cincai tau. Aku kalau boleh nak pastikan kerja tu sempurna di mata aku. So far, aku happy je kerja kat sini sekarang, Alhamdulillah..

ok korang, jumpa lagi lain entri. 
Doakan aku rajin update blog selalu tauuu.










Thursday, August 3, 2023

Transaksi mencurigakan Kad Kredit Maybank

August 03, 2023
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Fuhhh. berhabuk blog ni, jap nak lap habuk dulu.. hehe :p

Eh..by the way, ada something yang aku nak share dan kongsi dekat sini. Pernah tak korang terbaca atau terdengar kisah orang yang kehilangan certain amount dalam statement bank dia? Tiba-tiba je ada cas extra yang entah dari mana asal usulnya. haaa itu yang terjadi dekat aku baru-baru ni.

Satu hari tu, aku tergerak hati nak semak transaksi Kad Kredit Maybank aku. Bila perhati setiap transaksi, baru aku perasan ada satu transasksi yang sangat mencurigakan dan bukan dibuat atas kebenaran dan izin daripada aku. Apa benda tu? FB Ads gais! Sebab aku dah lama tak berbisnes di dalam Facebook dan juga Instagram, jadi sangat mustahil kalau aku ada buat FB Ads buat masa sekarang ni.

So aku terus call hotline Maybank, tak lama je tunggu, panggilan dijawab oleh seorang Customer service lelaki Melayu. Aku bagitahu masalah aku, dan dia nasihatkan untuk tutup dulu kad kredit yang lama dan pihak Maybank akan hantar kad kredit yang baru untuk aku guna. Dan untuk refund, aku perlu isi satu dispute form, macam dekat bawah ni dan emelkan semula dekat Maybank dan perlu tunggu sehingga 65 hari untuk pihak Maybank buat siasatan dan selaraskan apa yang perlu.

Ni borang yang perlu diisi sekiranya ada apa-apa transaksi yang mencurigakan. 


Aku harap siasatan Maybank berjalan lancar dan duit tu dapat dikembalikan semula ke dalam kad kredit aku. Nasihat aku untuk korang, jangan pernah miss untuk semak setiap transaksi dan statement bank yang korang ada. Kalau jadi macam aku ni, cepat-cepat call Maybank untuk khidmat nasihat dan untuk tahu step seterusnya yang perlu korang buat.

Jaga-jaga tau, dunia sekarang ni penuh tipu helah, scammer pun dah makin berleluasa.

Jumpa lagi !




Post Pilihan

randomposts

Followers