Showing posts with label LainLain. Show all posts
Showing posts with label LainLain. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Ramlee Awang Murshid-Aku bercerita (:

January 28, 2013
Assalamualaikum..

Ramlee Awang Murshid. Aku salah sorang peminat tegar karya beliau.

Pertama kali teruja baca novel Ramlee Awang Murshid ni masa aku form 5, Masa tu terbeli buku trilogi novel bagaikan puteri yang pertama. Isi kandungan sangat menarik. Lain dari yang lain. Bahasa indah tapi penuh simbolik. bestnye bestnye. Sampai adik dan abang2 aku pun terpengaruh jugak. kadang kadang diorang yang beli buku-buku tu. Boleh kate aku ade semua koleksi RAM ni. tapi ade yang pinjam tak pulang pulang. sedih betul la dengan orang-orang yang macam ni. 



Ni novel terbaru RAM. Tak baca lagi buku ni. Baru beli semalam dekat Jusco masa keluar dgn ila n Rahman. tengok cover pun dah macam tertarik kan nak tau isi kandungan die. 

Berbalik pada perjumpaan bertiga seronok gts, sebab dah hampir setahun tak jumpa rahman sejak kerja part time dulu. Ila hari hari pun jumpa. Terima kasih sebab belanja kami pizza petang tu  (:

Till next entry :)

Thursday, September 6, 2012

Senarai Syarikat yg menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

September 06, 2012
Assalamualaikum


Jeng jeng jeng..yea. sangat tak sabar nak pegang kad ni. Sangat bermanfaat bagi student student yang tak mampu sgt macam aku. Terasa beban sedikit ringan. Jom tgk syarikat mane yg terima kad diskaun ni. Bagi yg dah dapat tu sila berbelanja dgn cermat ya. Bagi yg tempoh pengajian tinggal 1 semester je mcm aku ni. ape lagi. Kita serbuuu!!! haha. k bye






Friday, August 31, 2012

Tarikh kemasukan PTPTN sesi September 2012

August 31, 2012
Assalamualaikum..
Bila duit PT nak masuk?  jeng jeng jeng.

Semester ni semua perbelanjaan akan bergantung pada duit PTPTN dan juga dari hasil gaji part time yg halal. itu pun kena mencari part time jugak ni buka sem nanti. Hidup sebagai students, cabaran tu wajib lah. Bila da masuk nanti kena buat bajet baru. byr sewa rumah, yuran,bil lagi.. macam2 lagi.

okey, ni LINK yg PTPTN dah keluarkan.Klik je okey. Nak crop pic mcm tak sempat pulak :))

Wednesday, September 21, 2011

Blog sy direview oleh sis Diana :)

September 21, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua pembaca.

Berkurun tak update blog. bukan malas, tp xde semangat. bunyi macam putus cinta plak kan.. heheh. :) btw, thanx pada sis diana sbb sudi review blog sy. hihi. jom tengok kalau sudi . klik SINI

Saturday, August 6, 2011

Perhatian perhatian perhatian!! :)

August 06, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Buat rakan2 blogger, sy akan offline buat beberapa hari atas sebab2 yg tak dapat dinyatakan di sini..Dari selepas entry ini dipublish sehingga mungkin selasa ini 9/8/2011. So xdpt jalan jalan lepak kat blog kamu ye.

ok, selamat berpuasa semua,bye ^_^

Friday, August 5, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Nur Malam

April 27, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera pada semua.

Sekarang tengah study CTU,Esok da jawab paper da. 
Nak share somtinng kat sini. Meh ramai2 dgr lagu ni. ^_^
Untuk renungan bersama..

 
Nur malam-Saujana
 
Jika terakhir Buatku- Saujana
" hari ini ku bimbangi.jika terakhir hidup adakah lagi subuh esok untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu ya tuhan" 
p/s : Wish me luck untuk paper esok.. 

Friday, April 22, 2011

okey, sy nak novel nie.

April 22, 2011
Asalamualaikum.
salam sejahtera pada semua.

Penah tak korang bace trilogi bagaikan puteri from Ramli Awang Murshid? Sangat best, mantap dan suspen. Cerita yang melangkaui pemikiran manusia, melangkaui abad dan kurun. Tentang manusia yang mempunyai kebolehan melawan dunia kegelapan. Saifuddin. laksamana sunan.Tentang cinta yang terhalang oleh hijab yang berbeza. Yang paling penting cerita ni best la...

*****
First time beli yang siri 1, Bagaikan puteri, mase skola menengah. Adik ngn abg sy pun terikut2 membace, sampai abg sy yg sambung beli ketiga siri yg lain iaitu cita sang ratu, hijab sang pencinta dan cinta sufi. Semuanya ade 5 siri, termasuk yang baru ni, sutera Bidadari. Nak sangat novel nie. nak simpan wat koleksi peribadi.  peace !! .. ^_^


Keempat2 novel ni da ada kat umah :p



cume yg nie x beli lagi.. 

suka trademark trilogi bagaikan puteri nie..
"awan, kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba "

p/s: sape2 yg murah hati tlong la belikan.. :p


Updated 7/9/2012: semua da berjaya dimiliki ^_^



Saturday, February 26, 2011

Saya gadis oktober ^_^

February 26, 2011
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca :)

Selamat pagi.Sihat tak anda hari ni? Hari ini hari sabtu.hari cuti dan hari menyiapkan assignment yg bertangguh.hehe. Jadi student memang mcm ni lah. lagi lagi yg suke tangguhkan assignment last minit mcm saya =.= Okeh,actually sekarang nie nk tangguhkan lagi asigment tu jap n nak share tentang tarikh lahir. Setiap orang mempunyai ciri2 yg berbeza ikut bulan kelahiran. betul ke? mungkin 50% je betul.kan2??Yup,sy lahir pada bulan oktober.Jom intai2 sikit ape ciri2 insan oktober nih.

actually,pic ni diambil dr app fb :)

Bile tgk2 balik..ade lah 90% yg betul..ishh..terer gak Dato nie wat research eh. Tapi walau mcm mane pun, hanya kita saje yg tahu mcm mane diri kite sendiri kan? Orang boleh buat research atau apa2 saja,tapi jawapan yg tepat ada pada diri individu itu sendiri. Sbb cume kita yg boleh bentuk peribadi,hanya kita yg dapat ubah diri kita untuk jadi yg lebih baik lagi.Insyaallah.

okeh..jumpe lagi.nk setelkan asemen.. byee ^_^

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Post Pilihan

randomposts

Followers