Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Thursday, May 13, 2021

Selamat Hari Raya 2021

May 13, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Salam Aidilfitri semua. Raya tahun ni masih dalam PKP kan.. jadi jaga diri dan keluarga ya. kita jaga diri sendiri dan family.. Semoga tahun depan kita bersama dapat menikmati semula kehidupan normal yang dah 2 tahun kita tak kecapi..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan Batin.

Photo by Ihsan Aditya from Pexels


salam sayang,
Asyiqin 

Monday, April 19, 2021

Duit boleh cari, Keluarga tiada ganti

April 19, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua 

Alhamdullilah dah masuk seminggu kita berpuasa. Kejap je rasanya dah seminggu kan? Alhamdulillah..semoga Ramadhan kali ni membawa kerberkatan kepada kita semua.


Actually aku dalam train ERL sebenarnya ni. Aku rasa aku hanya boleh menaip dan update blog dalam ERL je kot. Sebab kehidupan aku super duper sibuk sekarang ni. Sibuk dengan kerja hakiki yang kerja tak putus-putus. Tapi nak buat macam mana, dah adat bekerja so kita redah jelah. Mana yang mampu buat on time kita buat, mana yang dah melepasi due date dan tak siap2 lagi tu aku buat juga slow-slow. Kerja banyak, team aku 3 orang je. Mana sempat nk kejar semua ontime. Dengan kerja2 wahyu pun kadang lagi banyak. Haha!

Kerja penting. Keluarga sejuta kali lebih penting. Ingat tu. Kerja boleh dicari. Keluarga kalau hilang, tiada pengganti. Jangan dikejar sangat hati bos tu sedangkan keluarga sendiri makan hati. Jangan begitu. Asalkan kita buat kerja kita dengan betul, tu dah cukup dah. 

Aku orangnya family oriented tau. Aku bukan workaholic. Tahu tak apa cita-cita aku selepas habis degree? Nak cari kerja yang duduk di office dalam aircond, buat kerja berhempas pulas tapi still balik on time 8pagi - 5petang. Haha! Selain tu, aku ada satu impian, nak berhenti kerja dan buka kafe. Semoga tercapai satu hari nanti. Aminnnn

Okay lah. Train aku dah nak sampai ke destinasi. Nanti kalau ada masa, aku update blog lagi. Bye!


Wednesday, April 14, 2021

Burnout ?

April 14, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua Umat Islam. Selamat berpuasa kepada semua. Semoga bulan puasa kali ini lebih indah dan bermakna untuk kita semua, InsyaAllah.. Amin..

Tapi puasa hari pertama bagi aku sangat mencabar. Tak tahu kenapa semalam aku rasa kepala aku sakit sangat-sangat, Badan rasa lemah dan tak bermaya dan paling teruk, mudah terasa hati. Officemate buat bising depan cubicles aku pun aku dah menangis teresak-esak. Tak tahu kenapa aku nak terasa hati dengan semua perkara. Masa tulah aku rasa tak dihargai, aku rasa semua orang nak ambil kesempatan dekat aku, nak pijak kepala aku and semua yang negatif-negatif belaka. Sampaikan aku ambil half day semalam, balik rumah dan muhasabah diri sendiri. 

Harini aku mintak permission untuk Work from home. Kepala aku masih sakit sangat tapi tak terlalu teruk macam semalam. Yelah, malam tadi dah bermuhasabah diri dan tidur awal. Actually aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Mungkin kah burn out? atau stress? Sebab ni baru pertama kali aku rasa benda ni. Semoga tak berulang kembali.. Tak sanggup dah aku nak hadap situasi macam semalam. Mental aku diserang bertubi-tubi oleh perasaan Negatif dalam diri aku sendiri. Dasyat!

Semoga esok dan hari-hari seterusnya baik-baik saja untuk aku..amin...






Sunday, January 24, 2021

Our 6th Anniversary

January 24, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




24.1.2021

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 suamiku

 

Terima kasih untuk segalanya

Terima kasih tetap masih bertahan sehingga kini

Dan semoga sampai ke akhir hayat kita.

I love you and always do 

 

You are my everything.

My favourite person since that day 

 

Semoga tahun ini dan tahun yang mendatang akan lebih bermakna dan makin indah. InsyaAllah


Friday, June 26, 2020

Rezeki Hari Jumaat

June 26, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Alhamdulillah, ade rezeki yang tak disangka-sangka harini. Masa sampai office tadi, kakak cleaner, Kak sue bagi 2 bungkus Nasi Lemak. Memang dah lama mengidam nak makan nasi lemak, cuma aku tak beli sebab tengah berdiet. 

Terima kasih kak su, sedap sangat Nasi Lemak ni. Walaupun tengah diet, tetap aku habiskan sebagai tanda penghargaan. Bukan senang tau nak dapat Nasi Lemak alas daun pisang sekarang ni  :p 

Kaksu kata anak dia jual nasi lemak ni. So kalau sesiapa yaang berdekatan Putrajaya dan Dengkil, boleh la emel aku untuk dapatkan nombor Kak Su.

Harga Nasi Lemak yang dijual :
Nasi Lemak Biasa : RM1.50
Nasi Lemak Telur Mata : RM2.50
Nasi Lemak Ayam : RM3.00

Konfirm sedap dan tak menyesal beli. 

Bye, jumpa lagi di lain entri 


Monday, May 4, 2020

Kembali bekerja selepas PKP

May 04, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Sekarang dah masuk fasa ke 4 PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan) bagi menangani wabak Covid-19. Hari ini kami semua diarahkan untuk kembali bekerja oleh ketua jabatan. Harini semua orang kerja macam biasa dan bermula esok kami akan amalkan sistem penggiliran bekerja. 

So ada hari yang perlu bekerja dan ada hari yang tidak perlu bekerja. Kelonggaran untuk work from home diberikan kepada kakitangan yang ada anak 12 tahun ke bawah dan anak oku. So kawan-kawan aku ramai jugak lah yang dapat work from home sepanjang masa PKP ni. Yang mana bujang dan takde anak bawah 12 tahun diperlukan untuk join sistem giliran ni. Aku? aku takde masalah pun sebab duduk rumah pun bosan sebab husband kena kerja.

korang cuti ke kerja? Apa-apa pun kena sentiasa jaga diri tau. Pakai mask dan hand sanitizer selalu. #kitajagakita


Friday, April 3, 2020

Stay at Home

April 03, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, apa khabar?
Lama dah rasanya tak menulis santai macam ni. 


Harini 3 April 2020. sudah hari ke 17 semenjak arahan Perinta Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dan sejak dari hari pertama PKP, Baru 2 kali aku keluar rumah. Pertama keluar beli barang dapur dengan suami (Masa ni fasa Pertama PKP, boleh lagi keluar berdua) dan kali kedua sebab aku pergi Poslaju untuk pos barang. Nikmat betul rasanya dapat keluar rumah. haha.. Kalau rumah yang ade halaman, macam dekat kampung-kampung best lah kan, sekurangnya boleh bercucuk tanam, siram pokok bunga, main ting ting kat luar rumah. Kalau rumah Apartment macam aku ni, jawabnya hanya mampu pandang keluar tingkap je lah.

Aktiviti aku sepanjang PKP? Takde yang khusus sangat pun, kemas rumah, makan, mandi, tido, tengok tv dan so on.. Nak update blog pun macam lemau jugak rasanya ni. Tak sabar nak habis PKP, nak pergi ambil angin fresh dekat pantai, sungai or air terjun. Semoga Virus ni cepat berakhir dan semoga semua orang turuti arahan PKP ni untuk kebaikan bersama..

Be safe and Stay Home, everyone!




Friday, December 6, 2019

Doa yang boleh diamalkan untuk rumahtangga bahagia

December 06, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua. sekarang tengah panas kan tentang isu seorang ustaz selebriti. Isu jadi viral sebab uztaz selebriti tersebut menceraikan isteri yang sedang sarat hamil untuk bersama dengan isteri baru, seorang janda anak 8. Netizen marah sangat, lagi-lagi bila lafaz cerai hanya dibuat melalui rakaman voice note di applikasi Whatapps.

Entahlah, aku tak mahu sangat komen apa-apa pasal ni, cukup lah ambil kisah ni untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Aku seorang isteri, pastinya takde seorang pun isteri yang mahu diduga begitu. Allahu takutnya hati bila kisah-kisah penceraian disebabkan orang ketiga semakin lama semakin banyak dibualkan. Semoga semuanya baik-baik je. InsyaAllah lepas badai yang melanda, pasti ada pelangi yang indah di hadapan. Semoga aku dan suami tidak diduga begitu. Amin..

Kadang-kadang aku tertanya sendiri, kenapa perasaan cinta antara pasangan suami isteri tu boleh pudar, padahal awal perkahwinannya sangat bahagia? Macam mana hati manusia boleh berubah sekelip mata dan perasaan cinta dan sayang tu juga boleh padam begitu sahaja? Wallahualam.. Allah juga yang membolak balikkan hati manusia, pergantungan kita hanya pada Allah SWT. Jadi apa-apa pun masalah kita, hanya Allah lah tempat yang pantas untuk kita mengadu. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Jadi harini aku nak share, doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk dapatkan keharmonian dalam rumahtangga masing-masing. InsyaAllah (:


Sekadar gambar hiasan (: 


DOA 1: MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”
(Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”

DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
(Surah At-Taubah: 129)
Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

DOA 3: MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.”
(Surah Al-Hashr: 10)
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”
(Surah Al-Furqan: 74)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”
(Surah Ibrahim: 40)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

DOA 6: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA JAHAT (‘AIN)

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة
“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”
(Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

DOA 7: DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. 
(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

DOA 8: MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”
(Surah Al-Imran: 38)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
................................................................................
Semoga doa-doa ini bermanfaat untuk semua. Semoga rumahtangga kita semua sentiasa bahagia dan di bawah lindungan Allah swt selalu. InsyaAllah, amin..
SUMBER : Siraplimau

Thursday, November 28, 2019

Dapat suprise Hello Kitty Carrier Limited Edition by Mc Donald

November 28, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam, 27 November 2019 McDonald Malaysia ada keluarkan Limited Edition Hello Kitty Carrier dekat semua outlet. Memang ramai orang yang berpusu-pusu pergi McD untuk dapatkan set HK tu. Penuh timeline Facebook, instagram dan twitter bila ramai yang update. Dalam hati aku teringin juga sebab Hello Kitty tu cute sangat. Kebetulan malam sebelum tu ada tag husband dekat post Hello Kitty Carrier tu dekat Facebook, dia baca and pergi tinjau pagi tu katanya panjang sangat barisan, so aku kata takpelah, tak payah beli. haha anggap jelah takde rezeki.

Tapi balik kerja malam tu tiba-tiba dia suruh kurung kucing peliharaan kami, kiki sebab ade bawa naik kucing lain, sebab kadang2 husband memang suka bawa kucing dekat bawah tu naik rumah kejap bagi makan minum sebelum lepaskan balik dekat bawah. kita ingat pun betul lah, so kurung kiki kejap.. 

Tapi memang betul lah dia bawa balik kucing, tapi kucing lain. haha

jeng jeng jeng..


Bukan satu, tapi dua!

Thanks so much awak. So akan letak satu dekat dalam kereta, satu lagi nak letak dalam bilik, boleh letak mekap kan? haha suka sangat sebab cute! korang ade beli juga tak? ehehe.

ok tu je nak share, jumpa lagi next entri!






Tuesday, October 15, 2019

Trust Issue

October 15, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Trust issue.
Aku rasa sekarang ni aku tengah ada trust issue ni.
Susah nak mempercayai seseorang. Susah.

Tapi perasaan ni datang mesti ada sebab kan? Dan aku pun bukannya perfect nak bersangka baik dengan orang setiap masa. Penat tau sebenarnya bila perlu jaga hati semua orang sampai hati aku sendiri terbiar terkontang kanting tak terjaga.

Dulu aku memang always positif. Sebab positif tu juga aku jadi kuat dan cekal. Tapi lama-lama bila terasa selalu dipijak-pijak, perasaan nak positif tu pun sekali sekala hilang entah ke mana.

Rindunya aku yang dulu.. serius, aku rindu pada diri aku yang positif dan selalu bersangka baik pada semua orang.Hurm..Semoga hari hari di depan nanti aku boleh jadi semula macam dulu.

Doakan aku ye.
InsyaAllah..


وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216).



Thursday, October 10, 2019

Alhamdulillah, genap 30 tahun ❤

October 10, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



10.10.2019

Alhamdulillah, pada tarikh ini genaplah usia aku 30 tahun. Dah 30 tahun rupanya jantung ini berdegup, dan  pada 30 tahun lalu lah ibu kesakitan bila melahirkan aku ke dunia yang penuh pancaroba ni. Terima kasih buat ibu dan ayah, tanpa mereka tiadalah aku di sini, tiadalah aku menjadi seorang manusia pada hari ini. Semoga Allah panjangkan umur ibu dan ayahku, banyak lagi jasa mereka yang belum sempat aku balas, walaupun aku tahu tak kan mungkin aku dapat balas. Kakak rindu ibu dan ayah..hurm.

Dalam kehidupan aku ni, banyak sangat perkara manis dan pahit yang aku lalui. Yang manis aku simpan dalam lipatan memori menjadi cerita untuk generasi akan datang. Yang pahit tetap aku akan simpan supaya menjadi peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri di kemudian hari. Dugaan dan ujian tuhan silih berganti datang dan pergi. Ada ujian yang tak pernah aku duga akan terjadi dalam hidup aku, tapi terpaksa aku redha dan terima. Mungkin ini yang buatkan aku jadi lebih kuat dan cekal, mungkin ini ujian yang Allah beri pada aku supaya aku kembali dekat denganNYA? Siapa tahu kan.. Allah lebih mengetahui.

Selain dugaan yang satu tu, dugaan Anak juga selalu buatkan aku murung seketika. Dah nak masuk 5 tahun dan langsung tidak pernah mengandung, memang satu seksaan bagi kaum isteri. Sebab salah satunya tujuan berkahwin juga untuk menambahkan bilangan ahli keluarga, menambahkan bilangan keturunan kan? Tapi aku masih belum mampu pun nak bagi suami anak. Bila balik kampung memang akan rasa down. Lagi-lagi bila balik rumah mertua. Tahun ni mama dapat 3 orang cucu baru. 3 orang mengandung pada tahun yang sama dan aku? hanya mampu memandang dan terus rasa rendah diri. 

Suami beritahu jangan rasa macam tu, katanya tak kisah pun ada anak atau tak, sebab berkahwin ni bukan nak anak semata-mata. Katanya kawan dia kahwin lebih lama, tanpa anak, tetap bahagia.Tapi entahlah, yang orang salahkan tetap aku, bukan suami. Dan kalau satu hari nanti kalau hati suami beralih arah kepada yang lain, aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan diri aku lagi. Mampu ke aku kuat? Aku pun tak tahu. Allah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.Semoga jodoh ini tetap bersatu kukuh hingga ke syurga. 

Okey, lupakan lah luahan perasaan aku yang emosi tu, bagi can je lah sekejap kan birthday girl nak emosi. 

Harini dapat suprise dari Encik Suami. Tengari tu, tiba-tiba dapat mesej dari nombor yang tak dikenali katanya suruh turun sebab nak bagi kek. Aku dalam kepelikkan tu pun turun lah ke lobi office. haha. tengok-tengok dapat suprise. tadaaa...!

Kita dapat bunga, kek dan belon sekali tau. haha

Much love katanya, Love you too.

 Velvet kek ni sedap giler. Kawan-kawan office yang cakap. hehe



Terima kasih buat encik suami sebab buatkan suprise untuk isteri dia ni. Perasaan terkejut campur happy sangat tau, rasa disayangi jer sepanjang hari tu. Chewahh. haha! Malam tu pula suami bawa makan makanan korea. Lagi lah bertambah sayang. Ececeh. Tahun ni pula tahun banyak sangat dapat hadiah dari dia. Mungkin sempena angka baru di hadapan kot. Yelah, tahun lepas masih 20an, tahun ni dah 30 an . haha


Thank you love!


Terima kasih juga untuk semua yang beri ucapan dan wish yang baik-baik belaka. Semoga apa yang didoakan untu aku bakal berbalik semula pada kamu semua. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua nya. Aminn..

Jumpa lagi next entri.. Much love, 
Asyiqin



Sunday, October 6, 2019

Wednesday, September 25, 2019

Dah jadi Bokitta Lover?

September 25, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semua orang mesti ada jenis tudung kegemaran kan? Macam aku dulu masa single dan kurus suka sangat pakai bawal kangaroo. Bila dah kahwin, rajin pakai shawl pula. Sekarang ni dah upgrade sikit pergi ke instant dan Instant pilihan semestinya Bokitta! hehe..

google pic

Mula-mula saje nak try Bokitta sebab nak pakai masa hari Raya Aidilfitri haritu. Sekali bila dah sarung kat kepala, rasa jatuh cinta terus sebab material dan keselesaan dia. Lagi pula kita tak payah pin dekat dagu. so dagu takdelah rasa gatal-gatal semua tu.

Bokitta ade 4 saiz. Voila, Voila Maxi, Chic dan Chic Maxi. Aku selesa pakai yang paling labuh iaitu Chic Maxi, sebab menutup dada dan nampak sopan sebab badan aku berisi kan. Konsep bokitta ni pinless hijab, means tak payah pakai pin. Tapi disebabkan Chic Maxi agak labuh, so aku prefer pin di kiri dan kanan bahu. 

Meh nak tunjuk koleksi Bokitta yang aku beli setakat ni. hehe


Ni pun sebenarnya tengah tunggu Abang poslaju hantarkan Bokitta yang aku baru beli kelmarin. Haha. kebanyakannya memang beli online je daripada butik. Butik bukan jauh sangat dari rumah tapi sebab malas nak rambang mata bila pergi sana, so order online je. Selamat duit. haha. Bayagkan lah kalau sehelai je dah RM139.. fuh. menangis kalau beli banyak. Ni pun dah banyak rasanya ni, 8 helai dalam masa 4 bulan. haha

Kalau korang, korang suka tudung apa? 
jom lah share.


Sampai jumpa lagi next entri nanti (:  

Thursday, September 12, 2019

You Don’t Know - Katelyn Tarver

September 12, 2019

You Don’t Know - Katelyn Tarver

Semalam sebenarnya aku dah post entri ni, tapi aku rasa ayat-ayat yang diluahkan terlalu kasar, jadi aku decide untuk edit semula.

Lirik lagu ni sama dengan apa yang aku rasakan semalam, tapi tidak untuk hari ini. Aku nak percaya yang semuanya akan baik-baik je, apa  yang jadi milik aku, tetap akan jadi milik aku andai di Izinkan Allah swt. Allah sebaik-baik perancang. 



I know you've got the best intentions
Just trying to find the right words to say
I promise, I've already learned my lesson
But right now I wanna be not okay
I'm so tired, sitting here waiting
If I hear one more "Just be patient"
It's always gonna stay the same

So let me just give up
So let me just let go
If this isn't good for me
Well I don't wanna know

Let me just stop trying
Let me just stop fighting
I don't want your good advice
Or reasons why I'm alright

You don't know what it's like
You don't know what it's like
Can't stop these feet from sinking

And it's starting to show on me
You're staring while I'm blinking
But just don't tell me what you see
I'm so over all this bad luck

Hearing one more "Keep your head up"
Is it ever gonna change?
So let me just give up

So let me just let go
If this isn't good for me
Well I don't wanna know
Let me just stop trying
Let me just stop fighting
I don't want your good advice
Or reasons why I'm alright
You don't know what it's like
Yeah, you don't know what it's like
Don't look at me like that

Just like you understand
Don't try to pull me back
Let me just give us
Let me just let go
If this isn't good for me 

Well I don't wanna know
Let me just stop trying
Let me just stop fighting
I don't want your good advice
Or reasons why I'm alright
You don't know what it's like
Yeah, you don't know what it's like

You don't know
You don't know
You don't know

Yeah, you don't know what it's like
You don't know what it's like
Yeah, You don't know
You don't know
You don't know what it's like

Yeah, you don't know what it's like

Friday, August 30, 2019

Akhirnya dapat kuarters Putrajaya!

August 30, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah..



Petang tadi dalam jam 3.40 petang dapat panggilan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah  (BPH) . Pegawai perempuan yang call. Hati dah berdebar-debar ni, dalam hati fikir mesti nak tawarkan kuarters sebab no giliran kuarters dah dekat.Hampir 5 tahun menunggu tau! Dan akhirnyaaaa..

" Kami nak buat penawaran kuarters pada puan, adakah puan masih berminat?'

"yes yes yes. haha"

Tapi aku dapat tawaran ni bersyarat tau, sebab rumah yang aku beli, walaupun berada di luiar Putrajaya, ia masih berada dalam linkungan radius 25KM, Puan tu beritahu bila dah dapat kunci nanti aku kena keluar dan beri peluang kepada orang lain pula untuk duduk kuarters. 

Tapi itu pun dah syukur sangat. Sebab sekarang ni aku menyewa di luar. Jadi boleh saving sikit untuk renovate rumah baru bila dah siap nanti. Rumah baru tu dijangka siap awal tahun 2022. 

Lokasi kuarters?
Dalam Putrajaya, tapi belum tahu lagi dapat di mana. Minggu depan baru pihak BPH emelkan surat tawaran tu. Harap-harap dapat berdekatan Office. Boleh aku merempit je pergi kerja nanti. yeay jimat minyak, jimat banyak tuu! 

So sekarang boleh slow-slow kemas barang-barang dalam rumah sewa ni. Duduk berdua je tapi barang banyak mengalahkan keluarga besar. haha!

Nanti bila dah dapat surat tawaran tu, aku post lagi dekat sini ye (: 


Tuesday, August 27, 2019

Blog berwajah baru

August 27, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Aku dah tukar template blog. Untuk tahun ni dah 2 kali kot tukar. Saje, mungkin sebab nak kan something fresh yang boleh buatkan aku lebih bersemangat untuk menulis di blog. Dah lama rasanya tak taip panjang-panjang. Dekat entri TTC yang lepas pun ada yang minta update Part 7. InsyaAllah by next week aku akan update. Tunggu tau!


ini Template lama


ni template baru

Aku gunakan konsep minimalis untuk template kali ni, tak serabut dan simple. Lebih kurang sama dengan personaliti aku. haha!

Jumpa lagi di next entry. Entri depan aku nak tulis panjang-panjang lagi.. sebab banyak sangat nak diceritakan. InsyaAllah



Saturday, November 24, 2018

Complicated

November 24, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai, ade yang rindu tak?



Bukan sengaja tak nak update blog tau, sebab bagi aku, blog ni dah macam nyawa. Tapi hidup aku sejak dua tiga bulan kebelakangan ni sangat-sangat sibuk. Tiap hari bermain dengan emosi dan rasanya tak adil kalau aku  menaip entri blog ni dengan emosi yang macam ni, sebab secara tak langsung ianya akan memberi kesan terhadap jalan cerita tu nanti.

Cukup lah aku katakan aku agak tertekan cuma mungkin belum sampai tahap depression yang teramat, still boleh kawal lagi. Buat masa sekarang cukuplah Allah dan suami sebagai pendengar setia.

So, jumpa lagi nanti. Will update new entri next week. Insyallah. hehe (:


Friday, September 21, 2018

Penat..

September 21, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



gambar dari google

PENAT!

Sekarang ni emosi agak cepat terganggu walau dengan perkara-perkara yang paling kecil.  Tatkala emosi negatif menyerang rasa, hati terasa sangat-sangat sedih tanpa punca. Nak menangis dan rasa nak menjerit tapi tak mampu nak luahkan. Bila dipendam dan diperam, sampai satu saat pasti akan memakan diri kan? Tapi inilah aku..  bila rasanya lebih baik sesuatu itu didiamkan sahaja, maka biarkan sahaja ia begitu sampai bila-bila.

Masa ni lah rasa rindu sngat-sangat pada ayah dan ibu. Inilah dua orang manusia yang tak pernah menolak aku, tidak pernah buat aku rasa down, tak pernah buat aku kecewa dan selalu bagi sokongan atas segala mimpi-mimpi buruk yang jadi dalam hidup aku. Tanpa ibu dan ayah, aku pun tak akan jadi orang macam sekarang ni. 

Ah sudah..Penyakit emosi ni kalau dah datang boleh jadi tak tentu arah hidup.. Kalau di layan sampai bila pun tak selesai. Hidup cuma sekali, jadi kita buat apa yang kita happy je. okay?

Semoga aku dan kamu yang membaca terus kuat walau apa pun situasi yang mendatang. Sampai berjumpa lagi di next entri (:



Post Pilihan

randomposts

Followers