Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, June 11, 2021

Pengalaman temujanji dan Side Effect selepas mendapatkan Vaksin Astrazeneca

June 11, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Pada 25 Mei 2021 2021, aku dan suami ke PWTC Kuala Lumpur untuk injection vaksin Astrazeneca. Individu yang berhasrat untuk mendapatkan vaksin, perlu mendaftar di dalam applikasi mysejahtera terlebh dahulu sebelum tarikh temujanji ditetapkan. Untuk aku dan suami, kami merupakan first batch penerima vaksin Astrazeneca sukarela yang dibuka untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur pada pendaftaran pertama bulan April 2021 tempoh hari. Masa tu agak senang nak tempah slot temujanji vaksin sebab website tak jammed sebab belum ramai yang berminat untuk mendapatkan vaksin macam sekarang ni.




Tips penting! 

Sebelum ke tempat pemberian Vaksin, perlu ingat beberapa perkara ni.
1. Makan dulu siap-siap kat rumah, takut nanti takde tenaga pula.
2. Bawa IC atau passport (bagi bukan warganegara)
3. Pastikan handphone ada bateri. Bawa la powerbank siap-siap. Sebab kita kena sentiasa buka applikasi mysejahtera.
4. Bawa pen sendiri! Nanti kena isi beberapa borang. 

Proses suntikan Vaksin di PWTC

Temujanji kami pada jam 9.00pagi. Suasana smooth je walaupun ramai orang yang sama tarikh dan masa temujanji dengan kami. Pihak polis memang sangat membantu dalam mengawal crowd dan perjalanan masuk dan keluar orang daripada pusat pemberi Vaksin ni.

Proses dia tak lama pun, dalam sejam dah siap semua. Sebelum injection tu, akan ada sesi consultation dengan yang pakar dulu. Untuk perempuan Doktor akan tanya adakah sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil. Bila aku nyatakan aku dalam proses TTC dan berhasrat untuk menjalankan proses IVF tahun ni, Doktor nasihatkan untuk tunggu 3 bulan selepas pemberian vaksin dos kedua. Maksudnya dalam awal tahun depan baru boleh start semula perjalanan IVF aku. Tapi okey jugak, ada masa aku nak turunkan berat badan. Alhamdulillah...

Masa doktor nak inject tu, dub dab juga rasa hati ni, tapi rupanya langsung tak rasa apa pun even macam kena gigit semut tu pun tak rasa.. memang tak rasa apa! tahu2 dah siap. haha.. Selepas injection, kita akan ditempatkan di ruangan observation untuk pemantauan selepas injection, dalam 15 minit or lebih, masa tu kalau ada rasa apa-apa yang teruk kena inform petugas cepat-cepat. Alhamdulillah aku dan suami okey je..

Selepas selesai first dose, kita akan dibekalkan dengan satu kad. Kad ni perlu dibawa bersama semasa temujanji second dose nanti.

Kesan selepas suntikan Vaksin AstraZeneca

Dalam perjalanan balik rumah, aku dah start rasa berdenyut-denyut kepala dan pening, Rasa nak mual pun ada. Balik rumah je badan dah start rasa panas-panas dan petang tu dah demam panas. Memang berselubung dengan selimut je. Badan rasa seram sejuk. Kejap sejuk, kejap panas. Tempat suntikan tu pun rasa sakit dan bengkak. Aku demam dekat 2 hari juga tau. Demam yang memang demam sungguh la. Tak larat nak buat apa pun. Tapi side effect setiap orang lain-lain jugak, macam husband aku, dia just sakit badan sikit dan lenguh dekat tempat yang disuntik je. 

Untuk makluman, sekiranya ada side effect lepas injection, perlu update dalam mysejahtera tau, supaya pihak KKM boleh membuat pemantauan. Sekiranya side effect teruk sangat, kena terus call talian kecemasan 999. Ni contoh yang aku update dalam mysejahtera: 




Second dose nanti selepas 3 bulan dari first injection. Semoga dengan pengambilan vaksin ni dapat mengurangkan kebarangkalian untuk kita dijangkiti dan menjangkiti wabak Covid-19 ni. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga dengan ikhtiar ini, kita semua terhindar dengan bahaya Covid-19. InsyaAllah..amin..

#kitajagakita






Tuesday, June 30, 2020

Obese tahap 1

June 30, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tengok tajuk tu..pergh. Scary kan?
Tapi tu lah hakikatnya.

OBESE TAHAP 1
Sekarang ni BMI aku dah mencapai 32.9
Nak nangis ada, nak gelak pun ada bila timbang tadi.  
Satu pencapaian yang sangat menakutkan bagi aku. haha!


Penat sebenarnya nak diet ni. Tapi bak kata suami, semua ni cuma mindset aku je. 
Aku ni kalau diet, turun lah sikit berat tu, tapi lepastu bila terbabas sikit mula lah berat naik dengan jayanya.

Bukan salah diet tu. Tapi salah diri sendiri yang tak konsisten.
So.. jom la bermuhasabah diri sendiri. You can do it! Jom mula 1 Julai 2020.
Jumpa lagi next entri nanti. Tunggu sebulan lagi aku akan update hasilnya :p

Friday, October 25, 2019

Tips kulit tidak berminyak,kusam dengan pencuci muka Aloe Vera l Hansaegee Nature

October 25, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua


Susah nak cari pencuci muka (face cleanser) yang bersesuaian

Kulit muka aku jenis kombinasi,jadi selalunya boleh menggunakan apa- apa jenis pencuci muka tanpa ada sebarang iritasi. Tapi yang selalu merunsingkan aku ialah bila selalunya muka ni rasa tak bersih dan masih berminyak selepas mencuci muka. Lagi merunsingkan bila masa datang bulan, jerawat tumbuh dengan jayanya. Haih memang rasa tak senang duduk je selalu. Kejap kejap pergi masuk bilik air cuci muka dan tak lama lepastu kulit muka kembali berminyak.

Banyak dah produk yang aku cuba. Dari semurah-murah produk sampai lah semahal-mahal produk, masih tak jumpa yang paling berkenan di hati. Runsing tau.  Yelah  dengan usia  dah menganjak  30  tahun ni, penjagaan wajah memang sangat penting bagi aku, kalau boleh nak lah kekal awet muda walaupun dah berusia nanti kan?

Satu hari tu aku cuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature. Ala, saja nak try and error jugak. Harap-harapnya kena dengan citarasa. Nama Pencuci muka ni ialah ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan juga ialah pencuci muka Aloe Vera. First impression aku dengan produk ni mestilah pada packaging dia. Kotak warna hijau, tenang rasa hati. Lagi-lagi produk ni dibuat di Korea, so semoga wajah aku pun kekal cantik macam artis korea. Hehe. 

Packaging ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Info berkenaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ada di belakang kotak packaging 


Kandungan Utama dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser

ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit muka. Diasaskan daripada daun lidah buaya dan tea tree leaf oil yang sangat bagus untuk kulit wajah kita. Lidah buaya memang terkenal untuk melembabkan  dan  menyejukkan  kulit  wajah.  Kadang-kadang  kulit muka aku ni selalu jadi gatal dan merah-merah, so kandungan lidah buaya  ni  sangat  membantu  aku  untuk  buat  kulit  muka  kembali bertenang.

Tea Tree Leaf Oil pula sangat penting untuk menghindarkan jerawatdan memudarkan parut di wajah. So gabungan dua jenis kandungan bahan dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser memang sesuai untuk keadaan kulit muka aku sekarang ni

Bahan lain yang terkandung dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Antara kebaikan dan keistimewaannya ialah :

-   Menghindarkan jerawat
-   Mengawal minyak pada wajah
-   Membuang lebihan minyak di wajah
-   Menanggalkan kotoran diwajah
-   Mencuci wajah dengan lebih mendalam ke dalam pori
-   Melembutkan dan meghaluskan kulit wajah


Cara Penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Cara guna dia senang sangat. Syarat utama dia kita kena basahkan muka dan tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian barulah pamkan di tapak tangan. Pencuci muka ni dia akan jadi buih buih halus tau, buih buih halus ni akan mebersihkan kulit wajah kita secara lebih mendalam untuk buang segala kotoran dan solekan di wajah. 


 First step, basahkan muka dan tangan


 Second step, pamkan pencuci muka di tangan 


Sapukan buih-buih halus di wajah dan kemudian bilas


Hasilnya sangat memuaskan hati



The best part tentang ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni ialah buih-buih halus dia. Korang boleh tengok dekat bawah ni.


Bila pegang dan goncang botol, kita akan dengar bunyi air tau. Tapi bila pump, magic sangat sebab air tu bertukar menjadi buih-buih air yang sangat halus dan lembut. Mesti korang pun akan teruja macam aku masa mula-mula pump pencuci muka ni. hehe



  
Buih-buih dia sangat lembut dan jenis yang water-moisture, so lepas guna kulit akan rasa lembut dan tak mengeringkan macam sesetengah pencuci muka jenis bubble yang lain.





Gambar di bawah ni  pula  aku try cuba  pada lipstick jenis  matte yang memang susah nak tanggal kalua guna pencuci muka biasa je, biasanya aku kena gunakan baby oil atau oil cleanser untuk buang kesan lipstick ni. Tapi sekarang bila guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser, rasa seronok sangat. tengok tu betapa halusnya buih-buih tu, cuci dan bilas sikit je terus hilang kesan lipstick tu tau. Disebabkan ianya membersihkan kulit wajah secara mendalam ke dalam liang pori dan buang sel-sel kulit mati, kulit wajah akan rasa lebih bersih dan nampak semakin cerah tau. Kulit tak kusam lagi dah. Senang dan best kan? 




Pandangan Peribadi selepas menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Selepas menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni selama lebih kurang 3 minggu, aku perasan beberapa perubahan pada kulit wajah. Muka lebih lembab, tapi dah kurang berminyak. Jerawat pun dah malu- malu nak tunjukkan diri tau. Bila cuci muka sekali je dah rasa bersih sangat.  Hilang  segala  mekap  yang  aku  pakai  dan  muka  jadi  lebih bersih sebab dia cuci hingga ke dalam. Jadi tak payah dah nak cuci muka berkali-kali lagi dah sekarang ni.  Inilah  pencuci  muka  yang terbaik untuk kulit berminyak. So aku bagi 5 bintang! Korang wajib try tau.


Di mana nak dapatkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser?

Untuk dapatkan produk ni, korang boleh terus ke website Hansaegee atau klik je link di bawah. Selamat mencuba!



Brand:HansaegeeNature

Harga : RM65 / 150 ml




 Youtube page:




Wednesday, September 25, 2019

Dah jadi Bokitta Lover?

September 25, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semua orang mesti ada jenis tudung kegemaran kan? Macam aku dulu masa single dan kurus suka sangat pakai bawal kangaroo. Bila dah kahwin, rajin pakai shawl pula. Sekarang ni dah upgrade sikit pergi ke instant dan Instant pilihan semestinya Bokitta! hehe..

google pic

Mula-mula saje nak try Bokitta sebab nak pakai masa hari Raya Aidilfitri haritu. Sekali bila dah sarung kat kepala, rasa jatuh cinta terus sebab material dan keselesaan dia. Lagi pula kita tak payah pin dekat dagu. so dagu takdelah rasa gatal-gatal semua tu.

Bokitta ade 4 saiz. Voila, Voila Maxi, Chic dan Chic Maxi. Aku selesa pakai yang paling labuh iaitu Chic Maxi, sebab menutup dada dan nampak sopan sebab badan aku berisi kan. Konsep bokitta ni pinless hijab, means tak payah pakai pin. Tapi disebabkan Chic Maxi agak labuh, so aku prefer pin di kiri dan kanan bahu. 

Meh nak tunjuk koleksi Bokitta yang aku beli setakat ni. hehe


Ni pun sebenarnya tengah tunggu Abang poslaju hantarkan Bokitta yang aku baru beli kelmarin. Haha. kebanyakannya memang beli online je daripada butik. Butik bukan jauh sangat dari rumah tapi sebab malas nak rambang mata bila pergi sana, so order online je. Selamat duit. haha. Bayagkan lah kalau sehelai je dah RM139.. fuh. menangis kalau beli banyak. Ni pun dah banyak rasanya ni, 8 helai dalam masa 4 bulan. haha

Kalau korang, korang suka tudung apa? 
jom lah share.


Sampai jumpa lagi next entri nanti (:  

Saturday, September 14, 2019

Himalaya Welness Supplement untuk TTCians : Shatavari dan Goshkura

September 14, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua 

Selain menjaga pemakanan dan juga senaman secara berkala, kita juga disarankan untuk mengamalkan pengambilan supplement tambahan sebagai pelengkap diet harian. Lagi-lagi dengan cuaca sekarang yang tak menentu, apatah lagi tengah musim jerebu kan sekarang ni. memang kesihatan diri terutama kesihatan dalaman perlu dititik beratkan.

Untuk orang yang tengah berikhtiar untuk hamil (TTC) macam aku dan suami, kami memang mengamalkan pengambilan supplement yang berkaitan untuk dalaman masing-masing. Sejak awal kahwin memang dah amalkan produk dari Himalaya, sebabnya yakin sangat sebab supplement tu dari herba semulajadi, so selamat dan takde kesan sampingan yang buruk sepanjang kami amalkan. Untuk baca serita pasal TTC Journey aku, boleh klik SINI

Himalaya Women Wellness Shatavari


Actually, semasa mula berTTC seawal 3 bulan perkahwinan kami aku memang dah amalkan pengambilan Shatavari ni sebab Shatavari ni memang agak popular dikalangan TTCians, sebab antara khasiatnya mampu stabilkan hormon dalaman wanita, yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.Cuma dulu packaging dia lain sikit, sekarang dah upgrade jadi lagi cantik.

Apa yang aku perasan, sejak konsisten amalkan shatavari, sengugut yang teruk aku alami sejak zaman anak dara dulu beransur-ansur hilang dengan sendirinya, dan emosi aku pun senang nak handle. Takdelah rasa nak marah orang je selalu bila tengah PMS. Yelah, hormon tengah tak betul kan masa PMS tu, Selain tu, bila amalkan Shatavari ni, senang nak dapat Positive OPK (Ovuvalation Test) setiap bulan. OPK ni bantu kita detect masa ovulation. Alhamdulillah, memang senang sangat jumpa OPK Positif, tapi rezeki tu je yang belum ada lagi. Soon, InsyaAllah. Allah sebaik-baik perancang kan?

Shatavari ni bukan untuk TTCians je tau, yang bukan ttcians pun boleh amalkan. Antara kebaikan Supplement ni seperti di bawah:
  • Menormalkan rembesan hormon.
  • Membantu dalam penyusuan susu ibu.
  • Melegakan simptom menopause
  • Merawat gejala PMS, melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah
  • Meningkatkan kesuburan dimana ia menyuburkan organ pembiakan wanita dan mengawal ovulasi.


Himalaya Men Wellness (Goshkura)




Alhamdulillah, beruntung dapat seorang suami yang sangat supportive. Aku ajak pergi rawatan, ikut, Suggest makan supplement pun tak membantah. Suami pun dari dulu memang ada amalkan supllement, tapi bertukar-tukar brand. Katanya tak jumpa lagi Brand yang dekat dihati. Chewah!

So bila restock Shatavari haritu, mata terpandang supplemet Goshkura ni, memang khas untuk kesihatan dalaman lelaki, aku suggest husband untuk cuba. Memandangkan husband ni kerja shift tak menentu, kadang tu dari awal-awal pagi sampai lah ke tengah malam, so nampak muka yang keletihan bila balik dari kerja, emosi pun kadang-kadang tak stabil sampai aku pun naik risau. Kadang sampai demam-demam pun gagahkan diri pergi kerja. Orang workaholic kan, memang jauh berbeza dengan aku yang jenis santai je ni.

Sejak amalkan pengambilan Goskura ni, lebih kurang sebulan lebih dah pun, memang nampak sangat perubahan ketara tu. Bila balik rumah dah tak nampak penat, nampak happy je dapat jumpa isteri comel dia ni, haha! Sama macam aku, emosi dia pun dah boleh kawal. Emosi yang stabil dan badan yang bertenaga tu penting tau untuk conceive. Tu sebagai salah satu ikhtiar untuk TTCians juga. 

Cara Penggunaan


Ambil 1 biji selepas makan. Dimakan dua kali sehari 



Untuk maklumat lanjut korang boleh layari web Himalaya di bawah ataupun media sosial Himalaya.


Sunday, July 29, 2018

Dah makan ubat cacing ke belum ?

July 29, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak cerita pasal ubat cacing.. haha.. lets check it out!


Kenapa perlu makan ubat cacing?
Mestilah sebab nak bunuh cacing yang ade dalam usus korang tu! Seeloknya makan selang 6 bulan untuk pastikan tiada masalah kecacingan. Aku pun dah start makan ubat cacing ni ikut jadual sejak tahun lepas lagi. Sayang oi usus tu!

Siapa perlu makan dan dos ubat cacing ?


sumber : google
geli pulak aku tengok..huhu

Untuk Roundworm, whipworm dan pinworm
Kanak-kanak berusia 12bulan - 24 bulan : 1 Tablet (200mg)
- dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Kanak-kanak/dewasa berusia 24 bulan dan ke atas  : 2 Tablet (400mg)

Untuk Threadworm dan Tapeworm (cacing degil ni..)
Kanak-kanak/dewasa berusia 24 bulan dan ke atas  : 2 Tablet (400mg), makan selama 3 hari berturut-turut dalam single dose.

Tuesday, May 8, 2018

Aktifkan diri anda Bersama Safi Shayla - Pakar rambut wanita bertudung

May 08, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

RELAUNCH SAFI SHAYLA PADA 3 MEI 2018 DI DISTRICT 21 IOI MALL PUTRAJAYA

Alhamdulillah, pada khamis yang lepas aku berpeluang untuk menyertai majlis relaunch Safi Shayla di District 21. Seronok sebab dapat jumpa ramai blogger-blogger yang aku tak pernah jumpa lagi, plus dapat masuk free kat sini. Lepas ucapan dan gambit pelancaran, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tag yang kami terima semasa pendaftaran. Aku dapat grouping dengan kumpulan BIRU. hehehe teringat pulak rumah sukan masa sekolah dulu dulu.

Seronok sangat ! Bermacam-macam aktiviti yang kami buat masa relaunch ni. We all have fun kat sini. Thanks safi shayla!



Gambit peancaran

Orang-orang kuat ni

Zumba dulu sebelum main games!


Geng rumah biru!

Rumah biru menang kategori Energetic dan Aktif


 Mula-mula fikir scary naik ni, tapi best rupanya! haha

Ni dekat trampoline yang boleh lompat-lompat tu. best!


ok, dah cuci mata dengan gambar games, jom kita baca pulak apa yang istimewanya Safi Shayla ni. Lets check it out!

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.

FORMULASI BARU DARI SAFI SHAYLA


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.

Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.


2 IN 1 RAMBUT DAN HIJAB MIST LAIN DARI YANG LAIN



Mist 2 dalam 1 Rambut HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik 

1.             Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)


a)  SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.

c)     SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e)   SAFI SHAYLA Syampu Hitam MenawanJuga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f)    SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

g)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

h)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.


2.       Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


3.       Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)  SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


4.    SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

        Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi,anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.


5.       SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)



Juga terdapat dalam dua variasi

Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

a)     Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria

b)    Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.

c)      Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

d)     Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.


6.       SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)



         SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

a)    SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

b)    SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c)    SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

Post Pilihan

randomposts

Followers