Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Saturday, August 15, 2020

Kula Cakes, Kuantan.

August 15, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam aku ade meeting di Kuantan. Alang-alang dah ke sana, aku ajak suami singgah ke Kula Cakes. Dulu pernah viral kan Mango Cheese Cake dia tu. Masa aku sampai ramai juga la orang tengah que untuk order. Walaupun que panjang tapi turn menunggu tu tak la lama pun. masih boleh diterima. 


Kami beli 3 jenis kek kat sini :

Mango Cheese Cake 
Burn Cheese Cake 
Pandan Gula Melaka 

Rasa dia? 
Just okay bagi aku. Mango Cheese Cake paling sedap antara ketiga jenis tu dan Pandan Gula Melaka paling tak sedap. Takde rasa pandan dan takde pun rasa gula melaka. Entahlah, mungkin juga sebab aku tak berapa suka kek pandan. Tapi serius la kek ni takde rasa pandan, Mungkin ada tapi tertalu sedikit? Entahlah atau mungkin tekak aku je kot tak boleh terima. Tapi husband suka pulak. so memang bergantung pada citarasa masing-masing.


Masa kami datang sini, ramai yang take away je. Tak ramai yang makan dekat sini. so suasana dekat tempat makan dia agak lengang. Okay la kan tak bising, dapat makan dengan tenang dan tenteram. 


Thank you husband sebab bawa ke sini. Lain kali belanja lagi okay!

Wednesday, January 29, 2020

Food Hunter di Penang!

January 29, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Korang tahu tak apa maksud Gastronomi? Gastronomi merupakan satu perkataan yang membawa maksud aktiviti individu atau secara kumpulan yang melawat ke sesuatu tempat dengan tujuan untuk merasa keunikan makanan-makanan yang ada di sesuatu destinasi yang dipilih oleh mereka. Haa. In Simple word, food hunter la. Payah benor nak explain. 

Jadi, hari ni aku nak share dengan korang bagaimana dan di mana nak jadi food hunter yang berjaya kat Malaysia ni. Salah satu tempat yang memang mempunyai daya tarikan pelancong yang agak kuat terhadap makanannya dan terkenal juga di seantero dunia, ialah Pulau Pinang atau lebih mesra di panggil Penang.



Untuk ke Penang, aku naik flight je. Dan dah jadi tabiat aku untuk mencuba flight yang nama pelik pelik. Masa survey hotel, aku perasan Jetstar punya iklan dan aku cuba la cari Jetstar flights tickets ada ke tidak terbang ke Penang. Malangnya takde lah pulak. Tapi kalau korang nak ke Thailand, Japan, Indonesia, Singapore, dia ada sediakan. Macam best jugak actually Jetstar ni.
  

So aku beralih pada book cheap flights to Penang dan jumpa la flight tambang murah. Okay la tu untuk pergi Penang je.So tiket dah dapat, hotel dah. Yang aku kena standby perut yang kosong sebab banyak jugak tempat aku nak pergi ni. 

Korang dah bayangkan makanan apa nak try di Penang? Rojak? Nasi Kandar? Char Kuey Teow? Laksa? Mee udang? Uih. Banyak ooo. So hari ni jadi tanggungjawab aku untuk senaraikan kat korang tempat-tempat best untuk korang cuba sendiri nanti bila ada peluang korang ke sana okay. Let’s begin the journey of food~~

1. Jeruk Madu Pak Ali



Tak sah kalau mai Penang tak shopping Jeruk Madu Pak Ali ni. Jeruk ini adalah salah satu makanan wajib yang korang kena beli untuk bawak balik sebagai ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan. Pelbagai jenis jeruk yang korang boleh cuba. Jeruk kedondong, mangga, sengkuang, salak dan banyak lagi. Favourite aku mesti lah jeruk mangga. Hehe Nak cari jeruk ni tak susah pun sebab kalau dah sampai Penang memang banyak cawangan yang jual jeruk ni di sekitar Penang. Kalau kat Georgetown, korang boleh terus je singgah di Pasar Chowrosta.

2. Cucur Udang Chowrosta

image : google

Dah jalan-jalan, nak minum petang pulak, meh singgah gerai cucur udang ni kat Lebuh Tamil. Aku gerenti cucur udang ni menjaminkan kerangupan dan taufu yang super lembut. Diapitkan pulak dengan kuah kacang yang lazat, lagi menghidupkan rasa hidangan cucur udang tersebut. Gerai ni jugak ada menjual minuman special, iaitu sirap yang dicampur dengan biji selasih dan kelapa. Rasa dia? Datang la cuba baru tau.

3. Ais Tingkap

image : google

Selalu nama pelik-pelik ni mendatangkan keraguan jugak dengan tahap kesedapan dia tu. Tapi lepas tengok orang duk beratur, aku pun terjerumus sekali. Nama minuman ni ialah Ais Sarbat. Keunikan air yang dibuat oleh kedai ni dah popular sejak dulu lagi. Kalau ikut cerita yang tersebar, kedai ni mula bertapak sejak dari 3 generasi peniaga ni lagi. Lama juga tu. Campuran kelapa dan biji selasih didalam air sirap ni dah jadi trademark turun temurun air minuman yang korang kena cuba. Bawah panas terik tu, dapat air sejuk. Uihh. Legaa tekak.

4. Hameediyah Nasi Kandar

                                                                                                  image : google

Terletaknya berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling. Fakta menarik untuk restoran nasi kandar yang satu ni ialah ia merupakan restoran nasi kandar yang paling lama atau tertua di Pulau Pinang. Kiranya dia paling senior la dengan yang lain lain tu.

Dari segi keenakan hidangan restoran ni, tak perlu la nak disangkal lagi. Kalau tak macam mana boleh survive lama-lama meniaga kan. Cumanya apa yang best ialah restoran dia boleh dikatakan selesa la untuk korang datang sebab kebersihan menjadi keutamaan dorang dan restoran dia ada aircond. Tapi kalau terkena time ramai orang tu, sesak la jugak sikit.

5. Sani Char Kuey Teow

                                                                                               image : google

Antara kedai char kuey teow yang terkenal dengan portion hidangan yang agak besar dan rasa yang enak. Aku makan hari tu kenyang jugak. Ditambahkan pula kuah yang agak pekat, aku yakin korang akan repeat lagi untuk makan kat kedai ni. Pilihan menu yang ada untuk hidangan Char kuey teow ni lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah

6. Ais Kepal Armenian Street




Tempat wajib singgah kalau ke Penang! Lepas puas berjalan-jalan ambil gambar dekat Armenian Street, korang wajib try Ais Kepal ni. Nikmatnya rasa bila dapat hirup ais yang bewarna-warni dan manis macam ni. Tengok lah tu kawan-kawan aku makan, sedap sangat katanya.

So korang, macam mana? Ada yang dah start bayangkan makanan apa yang korang nak try nanti tak? Meh la ke Penang. Aku jamin korang takkan rasa rugi punya. Personally bagi aku, aku akan repeat lagi untuk rasa lagi makanan lain yang ada kat sana. Kalau korang ada idea yang lebih menarik, share lah dengan aku tau. Jumpa lagi nanti. Bye!


Friday, January 4, 2019

UK Farm Fresh Goat's Milk Sedap dan tiada rasa hamis kambing!

January 04, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Disclaimer : Ini bukan entri berbayar, produk dibeli menggunakan duit sendiri dan review berdasarkan pengalaman ke atas diri sendiri.


Apa khabar semua harini?
semoga sihat dan ceria sentiasa.


BUKAN PENGGEMAR SUSU KAMBING


Aku bukan lah penggemar susu kambing, sebab tak tahan dengan bau hamis. Tapi mengikut pembacaan aku di internet, susu kambing baik untuk ttcians dimana membantu pengeluaran saiz telur-telur yang matang bagi wanita. So nak tak nak aku perlu cari juga susu kambing, sebab aku tengah buat rawatan sekarang untuk usaha hamil. 

Dalam hati dah terbayang-bayang macam mana seksanya nanti nak minum susu kambing tu. Kena minum sambil tutup hidung agaknya nanti. hehe. Aku trauma dengan susu kambing sebab dulu selalu dapat sample susu kambing serbuk dari pelbagai jenama yang perlu dibancuh tapi tak kena langsung dengan tekak aku yang memilih ni. Sama juga dengan susu kambing segar yang aku beli dari cool freezer di pasaraya. Semuanya ada rasa hamis tu! akhirnya tak minum dan terbuang macam tu je. Memang satu pembaziran.


JUMPA SUSU KAMBING FRESH DAN DAH JATUH CINTA!

So satu hari tu aku dan suami jalan-jalan di Aeon Taman Equine, terjumpa satu susu kambing botol kecil brand UK Farm Fresh ni. So aku cakap dengan suami yang aku nak try susu kambing ni. So aku beli 4 botol. Harga dia around RM3-RM4 kot, tak berapa ingat sangat.


dan hasilnyaaaaaa... best giler susu kambing ni! Dah lah takde rasa hamis tu malahan sedap sangat, sampai 4 botol tu habis dalam masa yang singkat je. So aku inform suami yang aku dah jumpa susu kambing pilihan hati. hehe dah jatuh cinta.


MINUM TIAP HARI PUN TAKPE!

So sebelum ke program Family Day haritu kami singgah ke Village Grocer, Mytown Shoping Centre dan suami belikan susu kambing yang botol besar. Harga macam dalam gambar di bawah ni, RM23.50. Tak sampai sehari dah boleh habiskan. Memang the best bagi aku.


Ada 3 perisa masa aku beli haritu iaitu Fresh Milk, Chocolate dan Yogurt. So untuk korang yang ada masalah macam aku yang tak suka bau dan rasa hamis kambing, boleh cari susu ni tau! Memang best sangat. Boleh tengok dekat pasaraya berhampiran.

Saturday, May 19, 2018

Nak tahu resepi spaghetti bolognese cara aku yang mudah, cepat, simple dan lazat?

May 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Salam Ramdahan semua :D
Semoga di bulan yang mulia ini semua doa-doa kita dimakbulkan. Amin..

Korang masak apa untuk berbuka harini? semalam aku masak spaghetti je, sebab bahan-bahan semua ade kat dapur. Harini tak pasti lagi, hehe wait and see je la nanti. Ada sesape peminat spaghetti mcm aku kat sini? meh aku sharekan resepi spaghetti cara aku. Lets check it out!


pic dari google je, sebab semalam lupa nak snap, dah tak tahan nak berbuka :D


Resepi spaghetti bolognese cara aku yang mudah, cepat, simple dan lazat

Bahan-bahan : 

Mee spageti 
2 tin Sos Spageti 
Ayam/ Daging Kisar 
Hotdog - Potong kecil/ potong dadu
Bawang Besar - Potong dadu
Bawang kecil- potong dadu
Cheese keping - potong kecil
Tomato Cherry


Cara-cara

Spaghetti
1. Rebus dulu spaghetti tu, jangan lupa letak minyak sikit untuk pastikan spaghetti tu tak melekat sesama sendiri - Aku suka guna yang jenis Angel Hair, lagi halus dari mee spaghetti biasa. 2 minit je dah siap!

Tak tau yang mana? nak tengok gambar kat bawah. aku suka beli yang Brand Kimball sebab murah :D

pic dari google


Penyediaan Sos Bolognese

1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Masukkan bawang besar dan putih yang dah dipotong dadu sampai naik bau
3. Masukkan ayam kisar dan hotdog sampai masak (boleh masukkan air panas sikit)
4. Masukkan sos spaghetti (Biasanya aku suka guna yang brand Prego, cendawan + Tradisi )
5. Masukkan tomato cherry
6. Tabur cheese atas sos dan kacau rata.
* kalau tak suka pekat, sila masukkan air lagi tau

Brand pilihan aku untuk sos pasta /pic:google

Tadaaaa. da siap! senang sangat lah. sesuai untuk yang pemalas kurang rajin macam aku ni :D




Sunday, May 6, 2018

Dorsett Putrajaya menyajikan Daging Rusa Golek dan Durian serta pelbagai menu menarik sepanjang Ramadhan ini!

May 06, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Minggu lepas aku dan suami diundang oleh pihak Dorsett Putrajaya untuk merasai sendiri hidangan buffet Ramadhan yang akan bermula pada bulan puasa nanti. Dorsett Putrajaya ni berada di Presint 3, sebelah pasaraya Hero tu je. Memang dekat sangat lah dengan office aku tu. Majlis bermula jam 6 petang, tapi ja 5.30 ptg lagi kami dah sampai. Sampai-sampai je lepak dulu dekat lobi dia. Lobi dia cantik sangat tau!




Wahhh tengok tu dah siap letak nama blog kita lagi. Dapat goodies bahulu. sedap tau bahulu ni. 


Ok, nak tau apa yang istimewa dan menarik dekat sini? Lets check it out!


DORSETT PUTRAJAYA
#BISMILLAH BUKA PUASA FEAST @ CITRA RASA
18 Mei - 13 Jun 2018

Dorsett Putrajaya menyajikan sehingga 500 menu berbuka puasa dengan hidangan istimewa iaitu Buffet Durian dan Daging Rusa Golek.

Hidangan istimewa ini akan disediakan oleh Executive Chef  iaitu Chef Shamsul Rizal dan team. Korang pasti akan rasakan suasana kampung tu bila berbuka di sini sebabnya menu-menu yang disajikan memang kena dengan selera kampung kita ni seperti Nasi Kerabu, Laksam Kelantan, Pulut Pisang, Agar-agar Seri Kaya, Kerutup Daging, Udang Galah Percik, Sup Tulang Rusuk, Patin Tempoyak, Siput Sedut Goreng Cili, Pucuk Ubi Masak Lemak,Bahulu Tradisi dan bermacam-macam lagi !



Kambing dan Rusa Golek . First time makan daging rusa. Serius sedap! 

Stall durian!

sedap gila! isi lembut, manis dan gebu.

Ada ala-ala sheeou kat sini! 2 kali tambah kat sini je tau! haha


Siapa peminat kepak ayam? haaa. kat sini ada tau!


Antara menu untuk makan bersama nasi : 










Ulama-ulaman serta aneka sambal :






Pelbagai jenis kuih muih dan manisan turut disediakan. Jom tengok! 










Best dan menarik kan? Tak rugi kalau korang datang sini tau! sebabnya makanan dia semua sedap-sedap belaka. Serius tak tipu! aku pun bakal berbuka di sini lagi nanti! Jom !


Dan tak lupa juga, semasa korang makan tu nanti, korang akan dihiburkan dengan persembahan dari Isma (kakak Tomok) dan Band Sri Mawar. Best sangat, merdu betul suara dia.



HARGA DAN TEMPAHAN : 

RM138 nett  (Dewasa)
RM78 nett (Warga emas dan kanak-kanak

EARLY BIRD SPECIAL - RM 99 nett per person (1 APR - 12 MAY 2018)
FULL PRICE SPECIAL - BUY 10 (TEN) and get 1(ONE) for FREE

Untuk tempahan, korang boleh hubungi : 
+603 8892 8388 atau email: fnb.putrajaya@dorsetthotels.com


Monday, April 30, 2018

Buffet Ramadhan Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA

April 30, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hari selasa yang lepas, aku dan suami berkesempatan untuk merasai hidangan Buffet berbuka puasa di Sama-sama Hotel KLIA. Hidangan kali ini berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, Sajian Istimewa Keunggulan Kepulauan Melayu.

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi bufet buka puasa Ramadan di ruang legar hotel. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Pengunjung dihidangkan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Dan pertunjukkan akan menjadi peneman tatkala pengunjung menjamu selera sepanjang promosi Ramadan berlangsung. 

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan disediakan bak konsep gerai bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.


Sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.


18 May hingga 12 jun

Antara Chef yang ada pada majlis tersebut


Thank you suami temankan! 


Satay Stall


Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi sudah pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA. Tapi jangan lupa untuk membasahkan kembali tekak dengan minuman tempatan Kopi Tarik dan Teh Tarik. 


Menyelerakan tart buah niii.. sedap tau! 


Antara Desert Stall yang ada


Bahan untuk dicampur dalam bubur lambuk


Antara air manis yang ada


Tidak lengkap rasanya pengalaman berbuka puasa Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA sekiranya tidak berkunjung ke gerai Durian. Untuk para pencinta Raja Buah ini dialu-alukan untuk mengopek seberapa banyak durian. Jika terasa kehangatannya, tenangkan dengan sebiji dua air buah kelapa muda atau tebu di gerai Minuman. 


Durian! memang yang pertama sekali kami serbu


Indian Tandoori Stall


Rojak buah & Sotong Kangkong Stall

Satay fresh! 


Apam balik!


Bagi pengunjung yang meminati masakan secara langsung boleh beransur ke porte-cochere hotel di gerai Barbeku dan nikmati juadah popular hotel seperti Sate, Ikan Bakar dan Tandoori India. Salah satu tarikan buka puasa di hotel kali ini juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, cendawan, BBQ dan rosmari. 


 ikan bakar dan makanan laut fresh di Stall ikan bakar. Nyummy! pic credit to UN


Kambing Panggang yang menjadi kegilaan. pic credit to UN


Ayam Tandoori. pic credit to UN


HARGA DAN MAKLUMAT LANJUT

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6petang sehingga 10malam. Dengan harga RM135 pada hari biasa dan RM99  pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan. 


Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan ditalian +603.8787.3333  atau e-mel: sales@samasamahotels.com.





Sama-Sama Hotel KL International Airport:

Hotel ini mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel tersebut telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013. Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:

1.         Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013 – 2017.
2.         Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3.         Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4.         25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5.         Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6.      Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia,2014 –2017.
7.         Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8.         Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9.         Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.

Sama-Sama Hotels KL International Airport mempunyai campuran penginap antarabangsa dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.


Kebanyakan tetamu mengambil penginapan di Hotel rata-rata adalah tetamu sedang dalam transit penerbangan, persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta untuk lawatan perniagaan singkat di KL. Sama-Sama Hotels KL International Airport juga mempunyai cawangan satelit, Sama-Sama Express di KLIA dan Sama-Sama Express di KLIA2.



Post Pilihan

randomposts

Followers