Buffet Ramadhan 2018 yang sedap dan murah di RHR HOTEL, UNITEN!
Asyiqin
April 22, 2018
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Blogger #KBBA9 yang hadir
Pada 18 April 2018 yang lalu, beberapa orang blogger #KBBA9 telah diundang oleh Hotel RHR Bangi untuk merasai sendiri keenakan dan keistimewaan hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh mereka sempena Ramadhan yang akan tiba tak berapa lama sahaja lagi.
Berkonsepkan 'Semarak Ramadhan' RHR Hotel menyajikan lebih 200 pilihan makanan serta lebih 20 buah gerai istimewa. Lokasi ini strategik buat para tetamu kerana bersebelahan dengan Masjid UNITEN di samping pemandangan tasik yang cantik, jadi pengunjung dapat berbuka puasa dengan lebih santai bertemankan tiupan bayu tasik gitu. hehe..
Sajian Istimewa Melayu yang halal dengan resepi asli
Antara hidangan yang sidajikan ialah Kambing Panggang, Kambing dan daging gulai kawah, Laksa Buyung, Mee ketam, Masak lemak telur itik, Roti awang, Sup Aneka "GEARBOX", Serawa Durian, Pop Corn, Ais krim, Bubur Lambok, Onde-onde Coklat yang dimasak secara 'live' dan pelbagai lagi juadah serta minuman istimewa.
Selain kambing panggang yang menjadi kesukaan tetamu, Jupiter Coffee House akan menyajikan Nasi Beriyani Roket yang agak unik dengan peralatan yang ditempah khas. Menu yang baru diperkenalkan pada tahun ini ialah Roti Awang, iaitu menu yang dicipta khas oleh Chef Suhaimi untuk ramadhan tahun ini.
Jupiter Coffe House ini boleh menampung dari 500 hingga 700 tetamu dalam satu masa.
Antara gerai-gerai yang disediakan ialah :
Kambing Panggang...nyum nyum! pic credit to UmmiNani
Roti Awang hasil ciptaan Chef Suhaimi. pic credit to UmmiNani
Gerai ABC yang manis dan sedap!
Aneka jenis jeruk dan sambal.
Kebab yang menyelerakan!
Gerai Nasi Beriyani roket yang sentiasa full
Mee Ketam yang makan sekali tambah berkali-kali! haha
Laksa Buyong
Gerai Aiskrim. Suka adik ni, senyummm je. hehe
Aiskrim letak toping sendiri. walau tak cantik, tapi sedappp!
Nasi campur! Pic credit to Mohaszue
Pic credit to Mohaszue
Pic credit to Mohaszue
Pic credit to Mohaszue
pic credit to Anazarin
Gerai Nasi Ayam. Pic credit to Mohaszue
Aneka jenis minuman. Pic credit to Mohaszue
Sedap kek ni
Aneka kuih muih, kek dan puding
Puding! sedap seperti rupanya.
Full House!
Emcee pada hari tersebut.
Harga berpatutan!
Berminat untuk berbuka puasa di RHR Hotel? Jangan risau sebab harganya sangat-sangat berpatutan tau!
- RM69.00 nett bagi orang dewasa
- RM35.00 nett bagi seorang kanak-kanak (5-12 tahun)
- 30% diskaun bagi tetamu yang berusia 60 tahun ke atas
Tapi ada berita baik tau! kalau korang booking awal, ada diskaun lagi!
- Early Bird April : RM55.00 nett
- Early Bird May (1-16 Mei) : RM60.00 nett
Tempahan boleh dibuat menerusi:
Talian telefon : 03-8922 2088 sambungan 8036/8013
Email : dahlia@rhrhotel.com
Website : https://www.rhrhotel.com
Alamat : RHR Hotel, Kampus Putrajaya, Universiti Tenaga Nasional, KM7, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 kajang, Selangor.
Pandangan peribadi :
Makanan sedap, layanan staff terbaik, parking pun banyak. Recommended. Akan datang lagi untuk berbuka puasa nanti.