Showing posts with label traveloka. Show all posts
Showing posts with label traveloka. Show all posts

Tuesday, September 4, 2018

Jom ke SEEngapore dengan Promosi best dari Traveloka!

September 04, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ada siapa-siapa dekat sini sedang merancang bercuti ke Singapura tak? Yeaaaa kita Geng! :D

Singapura merupakan salah satu destinasi percutian luar negara yang dah aku masukkan dalam wishlist aku tahun depan. Tahun ni kita jalan-jalan dalam Malaysia dulu. hehe..

Sebab apa nak ke Singapura ?  

Yang pertama mestilah sebab dekat dengan negara kita, aku ni jenis yang akan selalu rimas duduk lama-lama dalam flight. Sebab bila dalam flight pergerakan akan jadi agak terhad, jadi badan aku cepat rasa lenguh-lenguh tak selesa. Biasalah aku kan dah tahap Obese, so memang macam ni kot. haha!  

Selain tu, aku teringin sangat nak masuk Universal Studio Singapore (USS) sebab ade macam-macam permainan dan aktiviti yang menyeronokkan. Serious rasa jeles bila tengok blogger-blogger lain buat review ke USS tau. Selain dari USS, antara tempat-tempat menarik di Singapore yang turut termasuk dalam wishlist aku ialah Marina Bay Sand Skypark, Singapore Flyers, Garden By The Bay, Clacke Quay, Chinatown, Little India dan Underwater world aka SEA Aquarium.

USS -Tak sabar nak pergi sini!  (Sumber dari google)


Nak nikmati pemandangan malam dari Singapore Flyers ni! (Sumber Gambar dari Google)


Survey-survey, terjumpa pulak promo best dari Traveloka!

Aku dan husband memang suka dan selalu lah survey-survey pasal Singapore dalam internet. Yelah, kot-kot ade promo best-best ke kan, taknak lah gigit jari nanti. Lepas  habis satu website, kami bukak satu website yang lain pulak. Sampai lah terjah ke web Traveloka ni haaaa.Berhenti kejap dekat sini. Traveloka? Ala..mesti korang dah biasa dengar kan? Traveloka ni pakar dalam percutian. Kalau korang nak berjalan atau bercuti kat mana-mana, nak tempah flight atau hotel, tempah je dekat Traveloka. Semua ada kat sana, kiranya 'One Stop Travel App' lah orang cakap kan. So.. Parking lama sikit kat sini sebab Traveloka tengah ada tawaran yang best gila! - 

SEEngapora For a roaring good Time!


RM50 Flat rate Diskaun untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui web atau applikasi dengan menggunakan kupon GOSC.

Bagi aku promosi dari Traveloka ni memang menarik dan sangat- sangat berbaloi! Siapa lagi nak bagi diskaun macam ni kan? Selain itu, Traveloka juga menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, di mana tiada sebarang kupon diperlukan tau. So kalau korang nak apply, jom tengok syarat dan cara-cara dekat bawah ni ha:


Syarat-syarat untuk mendapatkan penjimatan berganda ke SEEngapura !

Perkara pertama yang perlu kita ambil tahu sebelum grab mana-mana promosi pun mestiah syarat-syaratnya kan. Jangan terlalu over excited sampai ada syarat-syarat yang ditetapkan tak dipenuhi. Sudahnya nanti nangis tak berlagu sebab tak dapat nikmati promosi best ni! Haru biru hidup nanti jadinya.huhu

Jadi... ape ye syarat-syaratnya tu? Lets Check it out!
  1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
  3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
  5. Tempoh Perjalanan: Anytime - Bila-bila masa sahaja tau!

Cara Membuat Tempahan: 

Bila korang dah semak dan pastikan syarat-syarat tersebut dapat dipenuhi, maka barulah korang boleh membuat tempahan. Actually korang boleh buat tempahan dari Website Traveloka menggunakan dekstop. Mobile site ataupun Applikasi di telefon bimbit. Yang aku nak tunjuk pada korang harini ialah cara menempah dengan menggunakan Applikasi dekat Handphone korang tu. 

Ok, dah tak sabar sangat nak buat tempahan kan, so Lets check it out!

  1. Pertama sekali, Sila download Applikasi terkini Traveloka dari Playstore atau App Store. Minimum version 2.15.0 (Android/iOS).
  2. Cari destinasi flight, tarikh dan waktu penerbangan anda dan tekan butang tempah.
  3. Pilih cara pembayaran yang anda mahukan.
  4. Tekan 'apply' pada page pembayaran.
  5. Masukkan kod kupon 'GOSC' dan klik 'apply'
  6. E-ticket akan dihantar pada Applikasi Traveloka dan juga emel yang telah didaftarkan
 Tempah sekarang sehingga 30 September untuk nikmati diskaun ini! 

Terima kasih Traveloka sebab buat promosi yang bagus dan berbaloi macam ni. Yelah, rakyat marhaen macam aku ni kadang-kadang nak kena plan jugak budget untuk pergi melancong. Jadi bila adanya promosi macam ni, secara tak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan sedia ada. So duit lebihan nanti kita boleh buat shopping! Horayy! haha


Post Pilihan

randomposts

Followers