Jodoh apakah sudah ditentukan?
Asyiqin
June 29, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua pembaca yg budiman :)
credit to google
Hari ni nak bercakap tentang jodoh. Maaflah, bukan pandai sgt, tapi cume nak beri pendapat la sikit2 kan. Jodoh memang da ditakdirkan dan dah tertulis untuk kita kan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Walaubagaimanapun kita memang digalakkan berusaha mendapatkan jodoh yang baik untuk kebaikan masa depan, dunia dan akhirat. Tanpa usaha, susah untuk kita dapat yang terbaik. betul kan? Setiap orang mahukan pasangan yang sempurna dan boleh berikan kebahagiaan bagi mereka. tapi mana ada manusia yang sempurna dlm dunia ni.
Pasangan bercinta mahu kekasih yang dipuja siang dan malam menjadi teman hidup mereka di masa depan. Tapi siapa tahu masa depan. Takde sape yg boleh mentafsir masa depan. Sebab tu ramai pasangan yang bercerai berai, gantung tak bertali, rumah tangga yang berpecah belah. sebab mereka tak tahu masa depan mereka. xde sefahaman, xde kata sepakat yang terbaik. Dan akhirnya perpisahan sebagai jalan terakhir.
Jadi tepuk dada, tanya hati. Memang kita tak tahu masa depan, tapi kite boleh merancang untuk hadapi masa depan dan cabaran serta halangan berumah tangga bersama pasangan kelak. Alahai, macam simpan duit dalam akaun khas tiap2 bulan untuk persediaan menghadapi segala kemungkinan berlaku kecemasan. Macam tu lah bila nak melangkah ke alam rumahtangga. Pastikan diri sendiri dan pasangan sudah bersedia mental dan fizikal dan ada sumber kewangan yang mencukupi. Yelah, salah satu faktor penceraian yang paling banyak sekarang sebab masalah kewangan kan2. ^_^
Dan selepas berpisah pulak. jangan salahkan siapa2. Menangis air mata berdarah sekalipun keadaan tak akan berubah. Mungkin orang itu bukan yg terbaik untuk kita, dan kita bukanlah yang terbaik untuk orang tersebut. Mungkin dah ditetapkan orang tersebut bukan untuk kita sampai mati.Bukan kepunyaan kita selama-lamanya. Berhenti ceritakan keburukan tapi kenanglah kebaikan yang pernah dia buat kat kita.Mesti kita akan rasa lega kan. Dan di sana tuhan sudah tetapkan pasangan lain yang secocok untuk kita.Hanya dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita kan? Jadi banyak kan berdoa,usaha dan tawakal. Semoga kita bersama dikurniakan jodoh yang baik dan keturunan yg soleh dan solehah.
Berbalik pada video di atas. Pada pandangan sy lah. Salah sebenarnya berdoa macam nie. Sebabnya kite mendoakan keburukan pada yang lain. Mendoakan supaya dihancurkan kebahagiaan orang lain perbuatan yg dilarang mana2 agama kan. Jadi jangan buat mcm nie. Redha dengan pe yg da tertulis untuk kita. Terima dengan hati yang terbuka. Insyaallah di sebalik keperitan ade kemanisan yang tersembunyi.
k,till next entry ya :)