Sunday, July 31, 2011

Segmen | Rancangan ku dihujung minggu..menjelang ramadan..

July 31, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semuanya.

Hari ahad yg indah ni nak join segmen lagi. hehe ^_^

Klik banner ye :)

Okey, memandangkan kemungkinan esok akan puasa, so hari ni kami bergotong royong membersihkan rumah.Ibu dan ayah bersihkan luar rumah, saya dan adik pula bersihkan dalam rumah. Dan kejadian ni dah pun berlaku awal pagi tadi sesudah sarapan pagi ye :)

Petang ini ibu cakap nak balik kampung kejap. Nak ziarah kubur arwah atuk dan nenek. Tapi belum tahu lagi jadi atau tidak. Sebab dengar dengar ade orang nak dtg rumah petang ni nak masuk meminang. Haha. Bukanlah, nak amek rambutan. Rumah sy mmng banyak pokok rambutan yg sudah masak ranum. Jadi ibu n ayah pun ajak la kawan2 dorang dtg rumah kait rambutan ^_^

Andainya puasa esok, malam nie mungkin kami akan ke Masjid Bandar Baru Nilai untuk sembahyang terawikh. Jemaah mungkin tak berapa ramai sangt mcm tahun2 yg lepas sbb budak USIM sedang cuti sem kan. 

itu je lah perancangan tuk hari ni :) Till next entry ^_^







Saturday, July 30, 2011

Ben Ashaari ajak join segmen ^_^

July 30, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua.

Santai Bersama BEN ASHAARI

Ben Ashaari ade buat segmen.
sampai 10 malam ni je.meh la join gak :)

Die kate letak 1 gambar je :)

pic time join program anak angkat anjuran uitm :)






Friday, July 29, 2011

ipad untuk dimenangi. Best gile!! ^_^

July 29, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera Buat semua.


klik untuk keterangan lanjut :)

Sape ade kad touch n Go sila angkat tangan anda. Hehe. Sy ade dua kad touch n go. Satu kaler putih, satu lagi yg rabit tu.ala yg pink tu.. Ala Wajib kot bagi budak2 uitm s.alam ni yg xde transpot sendiri mcm saya. Naik bas rapid mane bolah pakai duet daa..Selain gune untuk bas rapid, sy gune jugak untuk nek komuter n Lrt. Senang. xpayah beratur panjang2 semata-mata nak beli tiket. xde la situasi ne tinggal tren dengan adenye kad touch n go nie.. hee :)) senang.Mudah.Jimat ^_^.

Sekarang ni pihak touch n go sedang buat promosi dan sape bertuah dapat hadiah best macam banner kat atas. Sape nak sile je klik banner kat atas ni okey :)



Kaum Nabi Luth Akhir Zaman akhirnya Bersorak Gembira.

July 29, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)

Harini nak kongsi sikit pasal undang-undang perkahwinan yg da diluluskan bagi pasangan sejenis. Maksudnye bukan Julie dgn Remy ye, Tapi Julie dgn Mary dan Remy dgn Peter ye ^_^. Erkk..rase mcm geli je. Kawen same jantina. Orang mcm nie memang dah tersesat jauh. Even agama lain pun mengharamkan perkahwinan sejenis kan. Tah hape hape je kan. Oh lupe, sumber ni dapat dari SINI :) 

Tarikh 24 Julai menjadi hari pertama perkahwinan undang-undang untuk pasangan seks sama jantina di Negeri New York. Kini NY merupakan negeri ketujuh di AS yang menyertai Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont dan Washington DC pada senarai tempat di mana pengamal perkahwinan sejenis gay dan lesbian boleh mendaftar perkahwinan mereka mengikut undang-undang perkahwinan.Sebulan yang lalu, Dewan Senat NY mengundi meluluskan rang undang- undang keluarga yang membenarkan perkahwinan sejenis dengan majoriti 4 undian. Undang-undang yang berkuat kuasa pada 24 Julai telah ditandatangani oleh Gabenor.

Meh kamu tengok sikit gambar manusia yg tak bertamadun nie





Geli tak? Rase mcm nak muntah tak.. eiii.. dah dah jangan tengok lame2.Harapnye siape yg bace entry ni sume tak terjebak la dengan aktiviti yg sgt tak senonoh ni..K, jumpe lagi.Till next entry :)







Post Pilihan

randomposts

Followers