Thursday, August 11, 2011

Anak harimau pun comel k..

August 11, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua :)

Nak tanya korang, anak kucing dgn anak rimau mane lg comel? haha.. anak rimau comel gak, macam iras2 anak kucing. yelah, rimau kan spesis kucing gak kan.. huhu. Apelah kau ni syu. Dah2, nak share pic je sebenarnye nie. meh tengok :)

Tumblr_lfr4nbg6qo1qf1d20o1_400_large
W219491650_large
Tumblr_ln432rlgb01qgvj5co1_500_large_large


87067661_szjtcuvp_c_large


comel kan? Kiut giler. nak buat haiwan peliharaan time2 kecik bole lah. time da besau cepat2 anta p zoo ok! lau x kena ngap. hehe ^_^



Wednesday, August 10, 2011

Tragedi di bulan Ramadhan

August 10, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Hai buat yg mengenali. Dah lama rasanya diri ini tak menjengah ke blog blogger yg lain. Belum ada kelapangan lagi nampaknya ^_^. Sedang kita bergembira di bulan ramadhan yg mulia ini, berbuka aneka juadah yg lazat dan sampai tak terhabis tu kan, jgn lupekan mereka yg lain ye.

Di bulan yg mulia ini, ada saudara-saudara kita yg kesusahan dan kesedihan. kehilangan keluarga tercinta, kehilangan harta benda dan sebagainya. Baru baru ini, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di tanah tinggi Genting Highlands.Tragedi ini mengorbankan tujuh orang ahli dan 3 antaranya beragama islam. Ketiganya merupakan ahli keluarga iaitu bapa, ibu dan anak lelaki. Allahyarham Jaafar Balad, 48; isterinya, Normah Gunung, 51, dan anak mereka, Mohd Iqbal, 15, antara tujuh mangsa maut yang tertimbus dalam tragedi itu.



all pic from google.


Jenazah tiga beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang,selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yg beriman.Insyaallah.





Post Pilihan

randomposts

Followers