Seringkali bila mengeluh tentang nasib diri ini, seringkali itu juga ada yang mengingatkan. Masih ada lagi yg sudi mendengar keluh-kesah dan cuba menggembirakan. Disaat diri ini berputus asa, masih ada yg memberi semangat. terima kasih. Lafaz itu saja mampu diungkapkan ketika ini. Tiada harta sebagai balasan. tiada apa pada diri ini. Hanya senyuman dan doa buat yg mengerti.Dan aku senang kerana aku cuma yg biasa itu..
Sememangnya aku beruntung menjadi yg biasa.. Lebih beruntung kerana aku lebih sihat dari mereka..
credit to weheartit
aku beruntung menjadi yg biasa..alhamdullilah, masih sempurna akal dan fizikal tidak seperti mereka..
credit to google
Walau tidak berharta,walau tidak ada nama dan walau aku cuma yg biasa..Aku tahu,aku sedar, yg biasa itu yg terbaik..dan biarlah aku menjadi yg biasa itu asalkan aku istimewa dihatinya.. ^_^
Bercakap tentang sesuatu yg indah itu sangat menggembirakan.Yg indah itu memang menenangkan jiwa, bisa membuat org gila lupa pada penyakitnya,boleh membuat org yg marah menjadi sejuk hatinya.Sering yg berlaku, indah rupa paras disenangi pasangannya, indah pemandangan alam menceriakan suasana walaupun sepi. indah ceritanya membuat org percaya dan indah tingkah lakunya membuat org jatuh hati.
paras indah. pemandangan menawan.
sekadar gmbar hiasan.credit to Dian Pelangi:)
Tapi bagaimana pula dengan yang hodoh parasnya, masihkah disenangi dan dikagumi? Ramai yg mementingkan hati kononnya, namun pastinya bukan untuk mereka.Lidah senang untuk berkata tapi maksud tersimpang dari suara. Hakikat alam, yg tidak indah itu hanya dikagumi atas kebijaksanaan, hanya disanjungi kerana kekuatan, bukan kerana ikhlasnya perbuatan.dan alam bila sudah tercemar warnanya, masihkah dikunjungi dan dipuja. masihkan bisa menjadi santapan mata dan masihkan tenang itu ada..