Saturday, October 8, 2011

Rase mcm nak kawen~

October 08, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Sekarang ni tiap2 hujung minggu banyak betul undangan perkahwinan untuk dihadiri. Seronok tengok orang bina masjid. Gembira bayangkan pegantin bahagia membina masa depan bersama si dia yg sudi bersama susah dan senang. Semoga ikatan itu tetap erat dan teguh hingga akhir usia. 

Dan bila melihat hiasan pelamin yg indah, mendengar lagu2 ceria yg berkumandang,  melihat ramainya orang sedang menjamu selera meraikan dua jiwa, terselit satu perasaan halus . Rasa seperti cemburu. rasa juga seperti angan2 paling indah.

Bila pula tiba masanya aku yg duduk di pelaminan, entah bila pula lagu2 yg berkumandang ditujukan khas untuk aku dan si dia, dan saat bila agaknya org ramai yg datang mendoakan kebahagian kami berdua. Bahagia ada. Gementar ada.Takut pun ada.

Bukan lah majlis serba mewah yg didamba, cukuplah sekadar majlis biasa menandakan aku sudah berpunya. Tanda si gadis sudah disunting oleh jejaka idaman hati. 

Tapi.... hati ini akui, masih banyak kelemahan dan kekurangan untuk diperbaiki, untuk menjadi isteri org bukan perkara yg senang. Dugaan cabaran dan rintangan pasti ada. Tanpa persediaan yg rapi mana mungkin ikatan bisa terus bertahan.Semoga hari2 yg berlalu mematangkan aku. Semoga aku dan si dia nanti dapat disatukan atas landasan ibadah kepada MU ya ALLAH.

Wednesday, October 5, 2011

dan semangat pun melayang mcm layang2~

October 05, 2011
Assalamualaikum.

Tak pandai nak bermadah pujangga. Juga tak pandai nak menyusun bahasa berbunga-bunga. Bila letih menjadi raja, perasaan menjadi hamba.Fikiran terbang bersama hati yang mati. situasi kini tak ubah seperti kaca yg rapuh. tekan sikit, pecah, terpijak. sakit!

Hanya yang faham akan faham. Dan yg tuli akan terus tuli. bukan anak patung itu. dia tak bernyawa. Dia tahan biarpun disakiti.

-syuhada-

Wednesday, September 28, 2011

Perlu ke berdua andai tiada jaminan?

September 28, 2011
Assalamualaikum wbt..

sejak dari tengah pagi tadi aku tertanya-tanya. terfikir dengan soalan seseorang yg hakikatnya betul tapi terasa menyakitkan. Sangat pedih. Soalan tentang masa depan yg telah sedikit dirancang, tapi kian goyah. aku sakit aku taknak fikir banyak banyak.

Ya, memang benar. makin lama makin aku rasa terluka. Tapi makin lama aku belajar untuk jadi makin tabah dan terima kelemahannya.

Ya, memang benar. makin lama makin terasa perbezaan kita. Tapi itu beerti kita saling melengkapi. sebab kita hanya manusia yg tak sempurna.

Ya. memang benar tida jaminan untuk masa depan yg kita pasti bersama suatu hari nanti. Tapi aku mengharapkannya. 

Dan aku semakin tertanya tanya. andai tiada jaminan, mengapa terlalu banyak harapan yg diberikan. mengapa terlalu banyak kenangan yg dicipta dan mustahil untuk dilupa. Andai tiada jaminan, mengapa perlu berjanji satu waktu dahulu. 




if you are not the one

September 28, 2011
If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my husband?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I'm prayin' you're the one I build my home with
I hope I love you all my life


'cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And know my heart is by your side


Tuesday, September 27, 2011

September 27, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera.

Kala ini mata rase mcm terlalu berat untuk dicelikkan. Mungkin sbb badan perlukan rehat atau mata memang mangantuk sejak dari kelas pagi tadi. Ataupun sebab baru sudah menjamah nasi putih berlauk ayam blackpaper? mungkin.

Dokumen2 ujrah dan penangguhan ptptn sudah sedia tersusun rapi dalam envelope. menunggu masa untuk matikan setem dan diposkan sahaja. leceh berurusan dgn ptptn. tapi prosedur wajib dituruti.

VCO yg diorder baru sampai setengah jam lalu. Abang pos laju ketuk pintu bertalu2 tanpa memberikan salam. Macam rumah nak kena pecah pulak.. =.='

sudah sampai sini saja. mata dah tak larat untuk terus berusaha melihat. bye2 !!




Post Pilihan

randomposts

Followers