Ye,dari semalam lagi dah ada kat rumah. Memang hati ini sngat2 meronta ronta nak balik rumah. Walaupun selalu balik rumah, tapi tetap nak balik. Memang hari hari rasa rindu pada ibu ayah adik2 n adik2 angkat yg comel2 tuh. Ada jugak yg bising2 cakap aku selalu balik rumah. Kononye aku lah anak manje, konon aku lah itu ini itu ini. Awatnya, hang jeles ka? huhu..Hey, salahke seorang anak nak balik rumah orang tua?
Selagi mereka masih bernyawa, selagi aku masih berakal dan masih mengenali mereka, dan selagi aku mempunyai banyak masa terluang sbb aku ni student, selagi itu aku akan balik rumah jumpa ibu ayah n adik2. Bukan lah balik nak peluk2 n tatap mereka sgt, tapi bila dgr riuh rendah adik2 bergaduh di rumah, dengar suara ibu n ayah yg bising2 kejutkan untuk solat subuh di waktu pagi, kena marah dgn ibu sbb lambat jemur baju kat ampaian, makan makanan yg ibu masak, dan bila malam ayah bawak kami berjalan2 kat dataran, rase sayu sgt.
Suasana seperti ini dah jadi kebiasaan. Dan aku risau bila kebiasaan seperti ini tiada lagi nanti. Sbb tu aku x kisah nak balik rumah selalu. Sbb kebiasaan ini kadang2 boleh buat aku termenung, boleh buat aku tersenyum dan boleh buat aku menangis sendiri bila jauh dari mereka. Dan aku bersyukur walaupun aku tiada dgn mereka, tapi aku dekat. Masa diploma dulu kat alor gajah, n sekarang kat shah alam. Bila stress dgn study, aku boleh terus balik rumah tanpa berkira soal masa dan tiket bas yg harus dibeli seminggu awal mcm kawan2 yg lain yg duduk jauh di utara dan timur tanah air.
Lagipun org tua tua dulu cakap, kelakuan kita hari ini akan sama mcm kelakuan anak2 kita nanti pada kita kan. Nanti bila dah kawin dan ada anak, mestilah aku nak anak2 selalu balik melawat aku kat rumah. heee..
Walaupun ramai yg berkata kata,aku gembira begini, sebab dari rumah lah datangnya inspirasi aku untuk terus berusaha dan berjaya. :)
Alhamdullillah, hari ini aku masih sempat lg bernafas dibumi tuhan. isnin lepas, genap sudah usia 22 tahun. Gembira entah kenapa, mungkin terasa diri ini sudah sedikit matang untuk menghadapi hari hari yg sukar. Rasa lansung tidak berkecil hati walaupun ramai yg lupa tarikh itu. Terharu bila adik nyanyikan lau besday aritu.. haha.. rase macam nk peluk je die kuat2. ^_^. comel sgt. siap die ckp " kau ingat aku lupe ke kak besday kau ha. aku tau lah besday kau arini." Hehe..
Sekarang ni tiap2 hujung minggu banyak betul undangan perkahwinan untuk dihadiri. Seronok tengok orang bina masjid. Gembira bayangkan pegantin bahagia membina masa depan bersama si dia yg sudi bersama susah dan senang. Semoga ikatan itu tetap erat dan teguh hingga akhir usia.
Dan bila melihat hiasan pelamin yg indah, mendengar lagu2 ceria yg berkumandang, melihat ramainya orang sedang menjamu selera meraikan dua jiwa, terselit satu perasaan halus . Rasa seperti cemburu. rasa juga seperti angan2 paling indah.
Bila pula tiba masanya aku yg duduk di pelaminan, entah bila pula lagu2 yg berkumandang ditujukan khas untuk aku dan si dia, dan saat bila agaknya org ramai yg datang mendoakan kebahagian kami berdua. Bahagia ada. Gementar ada.Takut pun ada.
Bukan lah majlis serba mewah yg didamba, cukuplah sekadar majlis biasa menandakan aku sudah berpunya. Tanda si gadis sudah disunting oleh jejaka idaman hati.
Tapi.... hati ini akui, masih banyak kelemahan dan kekurangan untuk diperbaiki, untuk menjadi isteri org bukan perkara yg senang. Dugaan cabaran dan rintangan pasti ada. Tanpa persediaan yg rapi mana mungkin ikatan bisa terus bertahan.Semoga hari2 yg berlalu mematangkan aku. Semoga aku dan si dia nanti dapat disatukan atas landasan ibadah kepada MU ya ALLAH.
Tak pandai nak bermadah pujangga. Juga tak pandai nak menyusun bahasa berbunga-bunga. Bila letih menjadi raja, perasaan menjadi hamba.Fikiran terbang bersama hati yang mati. situasi kini tak ubah seperti kaca yg rapuh. tekan sikit, pecah, terpijak. sakit!
Hanya yang faham akan faham. Dan yg tuli akan terus tuli. bukan anak patung itu. dia tak bernyawa. Dia tahan biarpun disakiti.