Di sebalik mid term week yg sangat membutuhkan kerajinan di tahap maksimum, blog ni pun terasa perlu dicoret coret meluah isi hati yg tak mampu dimuntahkan menerusi suara. Mungkin selepas ini rasa lega sedikit. Maaf pada dia kerana menjadi mangsa akibat kecelaruan fikiran sejak beberapa waktu ini. bukan sengaja, tapi terpaksa. Nak bercerita tapi entah dari mana harus bermula. maafkan aku iqb..
Entah kenapa fikiran sering terbang melayang selalu. aku seperti bukan aku. aku seperti sudah seperti jadi Syuhada yg menjengkelkan. Maafkan aku piya, jay, aini dan zahari kerana tidak seperti dulu. Tidak mesra dan sudah tidak pedulikan kalian.. bukan aku yg mahu, cuma aku sendiri tiada jawapan untuk itu.
Entah kenapa tiap malam harus menangis tanpa sebab. Rasa sedih yg terlampau padahal tiada apa. Aku letih. Entah bila sengsara ini akan berakhir agaknya kan. ^_^
Aku pernah bermimpi untuk jadi manusia yg paling bahagia. Tapi impian ini mana mungkin terlaksana. Manusia mana mungkin terlepas dari ujian cubaan serta rintangan Tuhan..
Ye,dari semalam lagi dah ada kat rumah. Memang hati ini sngat2 meronta ronta nak balik rumah. Walaupun selalu balik rumah, tapi tetap nak balik. Memang hari hari rasa rindu pada ibu ayah adik2 n adik2 angkat yg comel2 tuh. Ada jugak yg bising2 cakap aku selalu balik rumah. Kononye aku lah anak manje, konon aku lah itu ini itu ini. Awatnya, hang jeles ka? huhu..Hey, salahke seorang anak nak balik rumah orang tua?
Selagi mereka masih bernyawa, selagi aku masih berakal dan masih mengenali mereka, dan selagi aku mempunyai banyak masa terluang sbb aku ni student, selagi itu aku akan balik rumah jumpa ibu ayah n adik2. Bukan lah balik nak peluk2 n tatap mereka sgt, tapi bila dgr riuh rendah adik2 bergaduh di rumah, dengar suara ibu n ayah yg bising2 kejutkan untuk solat subuh di waktu pagi, kena marah dgn ibu sbb lambat jemur baju kat ampaian, makan makanan yg ibu masak, dan bila malam ayah bawak kami berjalan2 kat dataran, rase sayu sgt.
Suasana seperti ini dah jadi kebiasaan. Dan aku risau bila kebiasaan seperti ini tiada lagi nanti. Sbb tu aku x kisah nak balik rumah selalu. Sbb kebiasaan ini kadang2 boleh buat aku termenung, boleh buat aku tersenyum dan boleh buat aku menangis sendiri bila jauh dari mereka. Dan aku bersyukur walaupun aku tiada dgn mereka, tapi aku dekat. Masa diploma dulu kat alor gajah, n sekarang kat shah alam. Bila stress dgn study, aku boleh terus balik rumah tanpa berkira soal masa dan tiket bas yg harus dibeli seminggu awal mcm kawan2 yg lain yg duduk jauh di utara dan timur tanah air.
Lagipun org tua tua dulu cakap, kelakuan kita hari ini akan sama mcm kelakuan anak2 kita nanti pada kita kan. Nanti bila dah kawin dan ada anak, mestilah aku nak anak2 selalu balik melawat aku kat rumah. heee..
Walaupun ramai yg berkata kata,aku gembira begini, sebab dari rumah lah datangnya inspirasi aku untuk terus berusaha dan berjaya. :)
Alhamdullillah, hari ini aku masih sempat lg bernafas dibumi tuhan. isnin lepas, genap sudah usia 22 tahun. Gembira entah kenapa, mungkin terasa diri ini sudah sedikit matang untuk menghadapi hari hari yg sukar. Rasa lansung tidak berkecil hati walaupun ramai yg lupa tarikh itu. Terharu bila adik nyanyikan lau besday aritu.. haha.. rase macam nk peluk je die kuat2. ^_^. comel sgt. siap die ckp " kau ingat aku lupe ke kak besday kau ha. aku tau lah besday kau arini." Hehe..