Friday, June 8, 2012

Dugaan

June 08, 2012

Isi hati itu sulit. Senang dipersoal tapi tak mudah difahamkan.
Mulut boleh ketawa berdekah dekah. Hati murung macam mendung sebelum hujan.
Hampa gelisah risau itu rutin


Tuhan, dugaan apa yg kau beri pada kami. Kami takut kami tak mampu.
Tapi kami yakin KAU sentiasa ada bersama kami.
Kami yakin KAU ingin melihat sejauh mana ketaatan kami.
Dan kami yakin setiap dugaan itu telah kau siapkan hikmah tak ternilai.

Selagi masih ada sisa waktu, putus asa tidak akan kami cipta.
Mengalah bukan tujuan kami.
Kerana KAU saja yang tahu kesudahan ini nanti.




Monday, June 4, 2012

Mungkinkan hari ini akan berlalu dengan tenang?

June 04, 2012
Assalamualaikum.

Hati rasa dicucuk cucuk dengan jarum peniti.Rasa sakit, gelisah, resah tak tentu arah. Punca? entah dari mana, entah di mana, entah bagaimana. Kelu lidah. Masih tak mampu suara meluahkan apa yg dirasa. Masih akal  berjuang mencari jawapan tapi yang ada cuma tanda tanya.

Tuhan.. jawapan itu hanya kau yang ada. beri lah aku kekuatan bersama sama usaha untuk mengharungi hari hari di depan yang penuh duri.


Thursday, May 31, 2012

Di dalam ini siapa yang tahu?

May 31, 2012
Assalamualaikum

Biarkan sebentar kekacauan itu singgah. Bising. Riuk pikuk suara berdengung dengung di cuping telinga. Aku hanya suka memerhati. membiarkan anak mata melihat, jatuh ke hati untuk membuat tafsiran yang pelbagai. Aku tak pernah faham mengapa mereka sukakan keriuhan sebegini rupa. Mungkin itu mereka. Mereka bukan aku. aku suka senyap. aku suka tenang. aku benci ramai. Aku suka sendiri. Tak pernah rasa terasing, tak pernah rasa  terpinggir. Mereka tak faham. mereka kata kalau senyap itu lemah.kalau senyap itu kalah. tapi mereka bukan aku. mereka dengan aku tidak sama.




Sunday, May 13, 2012

Ibu, kau lah segalanya.

May 13, 2012
Assalamualaikum.

Bagi sy, hari hari adalah hari ibu, sebab sayang saya pada ibu tidak mengira waktu. Ibu ada di saat saya susah dan senang. ibu ada di mana mana dalam hati saya. Walau selalu jauh, sy tahu ibu sentiasa dekat dengan saya.Your love make me warm, make me inspired to survive.  i love you ibu. i do and always do. 



Monday, April 30, 2012

Monolog

April 30, 2012
Saya mahu bakal suami saya nanti menjaga saya seperti mana yg telah ayah lakukan sepanjang saya di bawah tanggungjawab nya <3



Post Pilihan

randomposts

Followers