Monday, December 31, 2012

Friday, December 14, 2012

Kekasih memanggil pulang.

December 14, 2012
Assalamualaikum. 
selamat malam. salam sejahtera (:

Rasa seperti ada yang tak kena hari ni. Serba tak kena. kenapa? sebab sepatutnya saat ni dah berada di rumah sendiri. Ye, memang tiap 2 minggu sekali aku akan balik ke rumah, Rumah itu syurga dunia. Tak perlu fikirkan assignment, Tak perlu risau tentang makanan, tak perlu resah tentang hati dan jiwa, semuanya sudah lengkap tersedia di depan mata. Rumah ada ibu, ada ayah ada adik adik dan ada adik adik angkat juga. Mereka yg menjaga hati, memberi semangat, berbual apa saja tanpa rasa bosan dan terasing. 

Serba salah lagi bila ayah kirimkan sms, tanya bila balik rumah. Tak lama lepas tu ibu pulak mesej, dengan soalan yang serupa. Memang hati memanggil manggil untuk pulang, tapi... lecturer nak buat jugak test hari ahad. Hari yang sepatutnya merupakan hari rehat sedunia. ishh. Bukan ke polisi Uitm x benarkan buat test hari ahad n lunch hour? Hmm..

Till next entry..

Ibu Ayah Adik, i miss you.










Thursday, December 13, 2012

Final exam yang terakhir.

December 13, 2012
Assalamualaikum. 
selamat petang. salam sejahtera (: 

 Hujan lagi harini. Agak basah dan menggigil kesejukan balik dari kelas tadi. Bukan senang merempit time hujan hujan lebat ni. jalan lecak. licin. bahaya. Tapi kalau tunggu hujan berenti sampai bila kan. jadi baca doa banyak banyak dan pasrah. Semoga Allah melindungi perjalanan kita :)

Insyallah sem ni sem yang terakhir untuk aku. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dengan kepujian. Course yang agak mencabar tapi banyak ilmu yang aku belajar. How to manage company with good governance practice, Preparation to become a good company secretary yang akan advice board of director nanti, well.. walaupun minat aku belum sepenuhnya dalam dunia korporat, tapi kalau rezeki di situ, alhamdulillah. Kerja yang mencabar sesuai dengan imbuhan yang besar. 

Dan akhirnya jadual exam dah keluar. Bermula 3 Januari 2013 untuk first paper dan berakhir pada 16 Januari untuk paper kelima iaitu yg terakhir. Bukan senang. memang bukan senang. Tapi tak susah jugak. Tak perlu rajin, tapi perlu fokus. Baru boleh dapat gred gempak.

Eh, lupa nak share cerita pasal mock meeting minggu lepas. yg tu macam final project jugak. next entry ok?

Till next entry 



Thursday, November 29, 2012

Congrats on your wed sygs

November 29, 2012
Assalamualaikum..
Selamat petang :)

 Alhamdulillah..dua orang lagi sahabat dah selamat diijabkabulakan.. 

Zaty Arifin (16.11.12)

Dulu waktu masuk TERT, Org pertama yg aku kenal dia nilah. sebab katil kitorang sebelah2 je.. Masuk2 kemas2 barang terus ajak die ni p pusing2 TERT.  Sejak dari tu kami jadi rapat.. geng tido dlm kelas, tak buat homework, duduk belakang sekali dlm kelas. Sebenarnye banyak kenangan aku dgn iejat ni. Terlalu byk sgt smpai aku dah x berapa nak ingat dah. HAHA. Macam x percaya kan, kawan yg dulu bersama   pillow talk waktu malam sebelum tido lepas waktu prep, yg bersama cerita tentang kisah cinta, crush, admire, dan segalanya soal hati dan jiwa dah nak kawen.Tapi lepas sekolah je masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing, jadi bila jumpa balik rasa mcm pelik sikit lah. Kan iejat kan? tapi aku doakan semoga kau selalu menjadi isteri yg solehah dan bahagia di samping suami hingga akhir hayat. 



Finas(23.11.12)

Finas pun kawan dari TERT jugak, seorang yg sgt baik, sopan, rajin, lemah lembut tapi kekadang ade mase gila-gila jugak die ni. sebenarnye memang merancang nak pergi nikah Finas kat Melaka, dah siap plan dgn ayon bagai. tapi ade tugasan kat shah alam ni yg tak dapat die elakkan. Maaf ye Finas, semoga menjadi isteri yg solehah dan dirahmati Allah. Insyaallah.


dan...aku menunggu pulak hari bermakna gadis-gadis manis berbaju pink di bawah ni. sape dulu pasni? ekeke. Aku? masih merancang dan perancangan tu masih jauh lagi :)




Tuesday, November 27, 2012

Belum mahu update.

November 27, 2012
Assalamualaikum. 

Selamat malam.salam sejahtera :)

Hai stalker setia.
lama x nmpak kan?
sekarang ni sgt sibuk jadi belum ade mase nak update blog.
insyaallah minggu depan boleh share cerita lagi.
Ada banyak cerita. pahit manis suka dan luka.

bye!


Post Pilihan

randomposts

Followers