Cepat sangat masa berlalu rupanya.Banyak perkara yang dah jadi dalam hidup aku since last post. Ade benda yang memang dijangka, ade yg datang tiba tiba juge. Sebenarnye macam banyak yg nak di share tp
tengoklah tahap kerajinan diri ni. Kite try pendekkan okey. Tak reti nk cerita
panjang lebar pun dan tak tahu nak mula dari mana.
Acceptance of Resignation
Baru received emel daripada HR department. Notis resign dah hantar awal 25hb yg lepas. Selepas diambil kira annual leave dengan replacement off day, so dapat bercuti awal. Buat sedikit persiapan dan rehatkan diri sekejap sebelum masuk melapor diri untuk kerja baru 15/9 ni. Perasaan berhenti kerja? Entahlah.. Tapi ade rasa macam nak pergi kerja balik. Tak biasa rase duk rumah lama lama macam ni. Nantilah, next entri kalau ade kelapangan dan rajin menaip,kite buat satu entri khas pasal kerja baru pulak ye.
Sekarang..
Dengan status baru sebagai tunangan orang, memang aku selalu ingatkan diri, Ingat yg aku dah mula ade tanggungjawab lain sekarang. Bakal ade satu lagi family. Bakal jadi salah seorang ahli keluarga orang lain. Bakal jadi isteri, bakal jadi ibu, bakal jadi menantu orang dan bakal ade kehidupan baru.
Ya Allah, kadang aku takut, aku takut tak dapat sesuaikan diri sendiri. Sebab aku tak pandai semua tuh.. Tak pandai nak berbudi bahasa dengan orang tua, tak pandai nak berbual, tak pandai nak ambil hati, tak pandai nak melayan budak budak, ape yg selalu aku buat diam dan senyum smpai orang naik bosan. Sebab family aku pun jenis yang masing masing buat hal sendiri. Tapi si dia macam faham isi hati ni, selalu cuba nak bagi aku biasakan diri dengan family dia. Terima kasih awak sebab terima seadanya diri ni. tqsm (:
Sampai sini saje untuk malam ni.. Esok lusa kite update lagi^^
Alhamdulillah, genap 6 hari menjadi tunangan orang ^^
Syukur Alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar. Sangat lancar dan sempurna (:
Perasaan dah bertunang?
happy sebab dah rasa ade kesungguhan nak membina masa depan bersama dia.
Gembira dan rase bertuah sebab diberi peluang untuk bertemu dan kenal org macam dia.
Semoga dipercepatkan serta dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin nanti. InsyaAllah ^^
Meh kita share pasal majlis. Sebetulnya majlis haritu ade dua. satu majlis aqiqah anak buah disebelah pagi, majlis merisik dan bertunang pulak sebelah petang lepas zohor. Perasaan sebelum majlis tuh entahlah. macam2 aku rasa. tak tau nk gmbarkan mcm mana. Rombongan pihak lelaki smpai dlm pukul 2 lebih. bincang bincang sekejap je and tibe2 aku dah dipnggil keluar. Masa tu dup dap dup dap yg amat smpai rasa taknak keluar. Haha. rasa nak cepuk diri sendiri
Bila dah keluar, salam bersalaman dengan bakal family, terus duduk atas pelamin yg diy sendiri malam sebelum majlis tuh. Masa tengah duduk sorang2 sebelum sarung cincin tuh rasa macam nk senyum pun bibir terketar2 sebab segan semua dok pandang. Hee.. biase lah org pemalu kan. Nasib baik ade bestfriend, Nana tolong jadi potograper and kak ipar ade kat sebelah teman aku. hee. Thanks Kak Nisya. berjaya turunkan darah gemuruh nih.
Okeh jom tengok pic pulak . jeng jeng jeng
sesi sarung cincin risik dan tunang. Yeaa dah jadi tunag orang. kiki
adik adik n sepupu yg gojes ^^
The hantaran (:
Tert BFF. Yg belah kanan sekali pakai shawl tu
yg tolong mekapkan.thnks iejat ^^ (:
Tak sempat nak snap pic dengan Solehah. Sol la orang penting sebenrnye dalam majlis ni.. hehe ^^
To Nana, thks so much sebab sudi dtg and tolong snapkan pic (:
Majlis ni dia pun ada datang sekali, tapi tak mahu letak pic dia..kiki. nanti dah selalamt ijabkabul kite letak pic bersama banyak2 sangat okey ^^
Harini kite menaip kat ofis je. Kebetulan dorang tak block internet
kan petang ni. Hehe
Eh, dah lama tak tnya khabar hati kan? Sihat tak hati awk? Harap sihat
dan baik baik je. InsyaAllah ade yg mendoakan dari jauh (:
Harini dah 9 August, sekejap je rasa masa berlalu. Sekejap sangat.
Macam macam dah tempuh, pahit manis semua ada. Bila pandang ke belakang balik
kan, tak sangka sungguh hidup akan berubah macam ni. Berubah kearah yg lebih
baik yg pastinya, InsyaAllah^^
Dan bila sedar diri yg semua tu dah berlalu, senyum je. Selagi hilang
ingatan tak kan pernah lupa. Macam ayat seseorang tuh. Ye, sama macam aku. Tak
kan pernah lupa. Senyum lagi.. Senyum
sebab kalau bukan sebab masa lalu, aku tak kan rasa ape yg aku rasa sekarang,
sekarang lagi indah kan? ^^ Ibu pun cakap macam tu. Ibu cakap Allah tu maha
adil, dia beri kita rasa sakit yang sangat sangat dulu sebelum beri apa yg sebenarnya kite perlu. Betul lah
tu. ^^
Tak lama lagi je status hidup pun akan berubah. Semoga urusan ini
dipermudahkan. Merancang je yg aku mampu
buat, sekali dngan doa dan tawakkal.
Banyak kali jugak rase down yg teramat, tapi aku kan kuat. Haha. Ibu
kata hati aku keras, jiwa aku keras, Tapi tak pun lah. Semua ni sebab Tuhan dan
anugerahkan aku sekeping hati yang boleh menerima kenyataan tanpa banyak
persoalkan sebabnya.
Lama lagi nak balik ni. Menghitung detik 12 malam. Satu hari lagi akan
kurang dalam hitungan. Makin lama makin rasa hati berdegup kencang.. ehh yeke?
Entah..
Aish..
manager lalu lalang lalu lalang pulak, kite harus stop. Jmpe lagi lain entri ^^
Harini menaip gune fon je. Sedang dalam perjalanan ke Kl lepas 4 hari bercuti raya di nilai. Raya tahun ni sama je mcm yg lepas2, cuma yg beza tahun ni ade tetamu istimewa dtg beraya dekat rumah ^^
Dah masuk bulan ogos pun. Mksudnya dah 3 bulan perkenalan kami. 3bulan tu masih baru sangat. Org cakap hubungan ni msih hijau sgt lagi. masih belum kukuh. Silap sikit mngkin jd rapuh. Dlm 3 bulan ni pun aku dah nmpak byk perbezaan antara kami. Tapi tu tak jadi masalah pun.InsyaAllah, niat yg baik tuhan permudahkan. Sekarang pun dah rasa mudah walau ade sikit dugaannya. Semoga hubungan ni diberkati. Semoga dipercepatkan untuk jadi yg halal buat dia. Sebab tak nak terus lama2 berkawan tnpa sesuatu yg x pasti. Selagi belum jadi yg sah, selagi tu belum ade kepastian yg kami akan jadi milik satu sama lain. Kan? Tuhan...permudahkanlah urusan kami berdua..
Lagi 3 stesen nak smpai. Kite stop di sini. Lain masa smbung lagi. ^^