Tuesday, August 22, 2017

Perangai Pelik kebelakangan ni

August 22, 2017
Assalamualaikum Wbt
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Kebelakangan ni aku ade satu habit yang bagi aku cukup pelik. Aku tak faham kenapa jadi macam ni, bukannya sengaja tapi spontan dan tiba-tiba je jadi macam tu. Bahaya tak agaknye ye bila sekarang ni suka :

...... Gigit jari kelingking masa tidur?

Gigit ye, guna gigi. Bukan hisap jari macam baby tu. bukan. Macam malam tadi, bila terjaga dari tidur je, sakit sangat jari kelingking ni, siap ade tanda gigitan gigi aku lagi. Macam kelakar pun ade jugak. alahai. bahaya tak agak-agaknya? Dah google takde pulak jawapan. hahaha  ^_____^

Harap-harap takde apa-apa effect dari habit yang entah apa-apa ni. Dan semoga habit ni akan berhenti cepat-cepat, sakit tau!

Comelnyaaaaaaa awk! 

pic dari google (:

FACE MASK GIVEAWAY BY ASYIQIN89

August 22, 2017
STICK POST SEHINGGA  5 SEPTEMBER. ENTRI BARU SILA SKROL BAWAH

Assalamualaikum Salam 
Sejahtera buat semua pembaca :)

Kebetulan semalam ade beli mask dekat Guardian, tengah murah tau sebab ade promosi. Tangan ni pulak gatal je nak ambik.. haa sekali ambik kau,  cukup stock berbulan-bulan ! Jadi, memandangkan bulan ni rajin update blog, so aku rasa nak bagi orang je dengan cara nak buat Giveaway. Tapi ade ke yang baca blog ni eh? ahahaha.  Takpelah, hentam je.

Jadi dengan lafaz Bismillah..

jemput join GA aku yang tak seberapa ni. Ajak la kawan-kawan sekali ya!





SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:
1. Follow Blog ini
2. Follow instagram INI. Like FB Page INI
4. Buat entry ' FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89',  paste banner dan backlink ke sini.
5. Pilih nak Mask yang mana satu
6. Kalau rajin like la iklan tu sikit. hehe ^_^
7. Letak link entry penyertaan dalam komen box bawah ni.

Pemenang akan dipilih menggunakan random.org
TARIKH TUTUP : 5 SEPTEMBER 2017

SENARAI PESERTA

HADIAH

Ada 3 orang bertuah yang akan dapat Face Mask ni. Eh bukan Fask Mask je tau, dapat sekali Eye Mask. Nah pilih nak yang mana satu :


Hadiah 1:
Ferment Water Resilient Hydrating Mask 
+
Bye bye 'Panda Eyes'


Hadiah 2:
Seed Water Daily Care Mask
+
Bye bye 'Stressful Eyes'


Hadiah 3:
Beaute Blizz Aloe Vera Leaf Water Refreshning Facial Mask
+
Bye Bye 'Tired Eyes'


P/S: 
Selain pemenang bertuah yang dapat Mask, semua blog yang join GA ni akan dimasukkan sebagai bloglist  blog ini  (:



Done!

Seee so simple je kan? Penyertaan pun tak lama, 14 hari je! So kalau nak Face Mask free,rajin-rajinkanlah join GA ni tau. GA tak akan terbatal ye walau pun sorang je yang join. Kalau ade 3 orang je join, maksudnya semua akan dapat hadiah ni. Hihihi...

Selamat mencuba. Good luck!

Sunday, August 20, 2017

The hurtful things people say to infertile women

August 20, 2017


Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca :)

Just nak sangat Share dari entry dari Dr. Malpani's blog ni.

Sebab 99% orang yang aku pernah jumpa akan bagi advice macam macam pada aku yang masih belum ada rezeki cahaya mata lagi.. Siap ada yang tanpa malu tanpa segan suruh buat teknik itu ini sama macam dia buat supaya cepat mengandung. Perlu ke sampai urusan dalam kain pun nak cerita dekat aku? Aku taknak dengar pun pasal tu. Lepas tu pertikaikan dan buat andaian sendiri kononnya aku ni tak reti semua tu. Sebab tu tak mengandung lagi.  Erk..perlu ke?

Ada yang suruh aku beli ubat itu ubat ini yang berlambak dekat pasaran yang kononnya dorang makan so dah bertambah anak dua tiga orang. Eh tak takut ke makan ubat sebarangan? Makan jamu sebarangan yang entah-entah siapa founder dia? Hmm.. bila dikata aku tak percaya ubat-ubat yang dia makan tu sebab nampak sangat produk-produk yang jenis banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan tu, dikatanya aku ni taknak usaha. Sebab tu tak mengandung. Hmm.. kalaulah dia tau berapa aku dah berhabis buat rawatn , mesti dia terkedu kan?

Bila cerita tentang rawatan yang aku buat, mula la angkuh dan beritahu yang diri dia tak perlu pun buat rawatan mahal-mahal macam tu sebab dia terlalu subur, dan mula la suggest ubat-ubat yang entah apa-apa atau orang-orang yang entah siapa-siapa yang katanya urut sekali, boleh buat aku mengandung terus.Bila tanya mana dia dapat info, katanya dapat dari FB. Boleh percaya ke? Aku kurang percaya benda macam tu. Huhu..

Mungkin ada yang kata aku ni ego taknak dengar pendapat orang.Bukan...aku tak ego. aku akan dengar pendapat dan cadangan kalau orang tu bagi dengan cara yang elok, tanpa memaksa supaya aku pun ikut cara yang sama macam dia buat supaya cepat mengandung.. Please la faham yang bukan aku yang tentukan semua ini. Tak perlu pertikaikan usaha dan duit yang aku dah habiskan untuk rawatan sebab kau tak hadapi masalah macam aku. Kau tak tau apa yang aku rasa, kau takkan boleh faham.

...Rezeki anak bukan boleh dibeli di pasar malam. Aku dah usaha dan masih sedang berusaha. 

Image result for infertile

so, untuk semua orang yang berfikiran macam tu, please baca ni.

The hurtful things people say to infertile women

One of the hazards of being infertile is having to cope with all the unsolicited advice you get from friends and relatives. 
Anyone who has had a baby thinks they are an expert on babymaking, and they are happy to give you tons of gratuitous and uncalled for advice 
They are often completely clueless about the basics of reproduction, but they believe that since you are not able to have a baby , you are the one who must be clueless, and they are happy to tell you how they got pregnant, so you can follow in their footsteps ! 
They will tell you all about the "fertile time"; how and when to have sex; who the best doctor is; and how their cousin got pregnant after going to a temple in Varanasi. 
Please don't get irritated when they share this rubbish. 
Yes it can be painful and hurtful, but remember that most of them are doing with good intentions. It's because they care for you and want to see you happy that they offer this well-meaning advice. Sadly, they don't understand how much pain they inadvertently cause you; or that a lot of the suggestions they offer are just old wife's tales, and are factually wrong ! 
Just nod politely ; smile and thank them for their concern and interest; and tell them that you are taking all the right steps by going to a medical expert, so they stop haranguing you. 
If you feel they are doing it to harass you, then you need to fight fire with fire ! Ask them to show you their MD degree;  or offer to pay their medical consultation fees for all their expert advice - this will make sure they understand that it's best for them to keep quiet, rather than to hassle you !

 Till next entry

Saturday, August 19, 2017


Post Pilihan

randomposts

Followers