Alhamdulillah, kerja yang plan untuk disiapkan harini dah pun selesai, so boleh rest sekejap sambil tunggu masa untuk pulang ke rumah. Emosi harini bercampur aduk. Bukan pasal kerja, kerja okey je. Tapi tentang hal-hal lain yang rasanya biar aku sorang je yang tahu.
Harini gaji. Bila dah gaji ni kena cepat-cepat selesaikan hutang piutang dulu siang tadi. Risau bila tak bayar hutang oii..huhu. Semoga aku cepat bebas dari hutang dan semoga tak menambahkan hutang-hutang yang sedia ada. Wahai Asyiqin, semoga tabah membayar hutang. hahaha!
Kadang cemburu kan tengok orang-orang yang berjaya, yang banyak duit, selalu melancong ke sana-sini. Cemburu bertempat ke tak bertempat ni? ahaha! Semoga satu hari aku pun akan jadi seperti mereka.
Tapi.. untuk jadi senang perlukan pengorbanan dan perubahan..kan?
Kalau ikut diri sendiri ni, banyak yang perlu diubah. Kerdil sangat diri ni kalau dibandingkan dengan mereka-mereka tu. Perubahan ni perlukan kekuatan dan kesabaran.
Nak ajar jadi sabar itu yang payah. tapi kalau ade kesungguhan, pasti boleh. InsyaAllah.
Kita berubah bukan untuk diri sendiri, juga untuk orang lain. Yang penting berubah kerana Allah. Insya Allah.. mesti bahagia hidup ni nanti (:
Kebelakangan ni aku ade satu habit yang bagi aku cukup pelik. Aku tak faham kenapa jadi macam ni, bukannya sengaja tapi spontan dan tiba-tiba je jadi macam tu. Bahaya tak agaknye ye bila sekarang ni suka :
...... Gigit jari kelingking masa tidur?
Gigit ye, guna gigi. Bukan hisap jari macam baby tu. bukan. Macam malam tadi, bila terjaga dari tidur je, sakit sangat jari kelingking ni, siap ade tanda gigitan gigi aku lagi. Macam kelakar pun ade jugak. alahai. bahaya tak agak-agaknya? Dah google takde pulak jawapan. hahaha ^_____^
Harap-harap takde apa-apa effect dari habit yang entah apa-apa ni. Dan semoga habit ni akan berhenti cepat-cepat, sakit tau!
STICK POST SEHINGGA 5 SEPTEMBER. ENTRI BARU SILA SKROL BAWAH
Assalamualaikum Salam
Sejahtera buat semua pembaca :)
Kebetulan semalam ade beli mask dekat Guardian, tengah murah tau sebab ade promosi. Tangan ni pulak gatal je nak ambik.. haa sekali ambik kau, cukup stock berbulan-bulan ! Jadi, memandangkan bulan ni rajin update blog, so aku rasa nak bagi orang je dengan cara nak buat Giveaway. Tapi ade ke yang baca blog ni eh? ahahaha. Takpelah, hentam je.
Jadi dengan lafaz Bismillah..
jemput join GA aku yang tak seberapa ni. Ajak la kawan-kawan sekali ya!
SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (: 1. Follow Blog ini 2. Follow instagram INI.Like FB Page INI 4. Buat entry ' FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89', paste banner dan backlink ke sini. 5. Pilih nak Mask yang mana satu 6. Kalau rajin like la iklan tu sikit. hehe ^_^ 7. Letak link entry penyertaan dalam komen box bawah ni.
Pemenang akan dipilih menggunakan random.org TARIKH TUTUP : 5 SEPTEMBER 2017 SENARAI PESERTA HADIAH Ada 3 orang bertuah yang akan dapat Face Mask ni. Eh bukan Fask Mask je tau, dapat sekali Eye Mask. Nah pilih nak yang mana satu :
Hadiah 1:
Ferment Water Resilient Hydrating Mask
+
Bye bye 'Panda Eyes'
Hadiah 2:
Seed Water Daily Care Mask
+
Bye bye 'Stressful Eyes'
Hadiah 3:
Beaute Blizz Aloe Vera Leaf Water Refreshning Facial Mask
+
Bye Bye 'Tired Eyes'
P/S: Selain pemenang bertuah yang dapat Mask, semua blog yang join GA ni akan dimasukkan sebagai bloglist blog ini (:
Done! Seee so simple je kan? Penyertaan pun tak lama, 14 hari je! So kalau nak Face Mask free,rajin-rajinkanlah join GA ni tau. GA tak akan terbatal ye walau pun sorang je yang join. Kalau ade 3 orang je join, maksudnya semua akan dapat hadiah ni. Hihihi... Selamat mencuba. Good luck!