Monday, August 28, 2017

Berkelahi dengan orang tak berambut

August 28, 2017
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Tadi masa drive nak ke tempat kerja, aku buka siran radio dari satu stesen ke stesen yang lain. Tetiba singgah dekat Kool FM, Si Haiza dengan AG tengah explain tentang satu peribahasa ni, yang cukup asing di pendengaran aku.

Berkelahi dengan orang tak berambut -Maksudnya bergaduh dengan orang yang kurang sempurna akalnya 

Bila fikir-fikir balik masa belajar dulu, mana ada peribahasa macam ni kan? Tapi bila search di internet baru sekejap tadi, rupanya tu peribahasa Indonesia. Ooooh patutla..

Alhamdulillah, dapat satu ilmu baru lagi hari ni. yeayyy!

Friday, August 25, 2017

Thursday, August 24, 2017

Allah own your happines, so don't look for it far from him

August 24, 2017
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, kerja yang plan untuk disiapkan harini dah pun selesai, so boleh rest sekejap sambil tunggu masa untuk pulang ke rumah.  Emosi harini bercampur aduk. Bukan pasal kerja, kerja okey je. Tapi tentang hal-hal lain yang rasanya biar aku sorang je yang tahu. 

Harini gaji. Bila dah gaji ni kena cepat-cepat selesaikan hutang piutang dulu siang tadi. Risau bila tak bayar hutang oii..huhu. Semoga aku cepat bebas dari hutang dan semoga tak menambahkan hutang-hutang yang sedia ada. Wahai Asyiqin, semoga tabah membayar hutang. hahaha!

Kadang cemburu kan tengok orang-orang yang berjaya, yang banyak duit, selalu melancong ke sana-sini. Cemburu bertempat ke tak bertempat ni? ahaha! Semoga satu hari aku pun akan jadi seperti mereka. 

Tapi.. untuk jadi senang perlukan pengorbanan dan perubahan..kan?

Kalau ikut diri sendiri ni, banyak yang perlu diubah. Kerdil sangat diri ni kalau dibandingkan dengan mereka-mereka tu. Perubahan ni perlukan kekuatan dan kesabaran.

Nak ajar jadi sabar itu yang payah. tapi kalau ade kesungguhan, pasti boleh. InsyaAllah.

Kita berubah bukan untuk diri sendiri, juga untuk orang lain. Yang penting berubah kerana Allah. Insya Allah.. mesti bahagia hidup ni nanti (:

Sabarlah..



Tuesday, August 22, 2017

Perangai Pelik kebelakangan ni

August 22, 2017
Assalamualaikum Wbt
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Kebelakangan ni aku ade satu habit yang bagi aku cukup pelik. Aku tak faham kenapa jadi macam ni, bukannya sengaja tapi spontan dan tiba-tiba je jadi macam tu. Bahaya tak agaknye ye bila sekarang ni suka :

...... Gigit jari kelingking masa tidur?

Gigit ye, guna gigi. Bukan hisap jari macam baby tu. bukan. Macam malam tadi, bila terjaga dari tidur je, sakit sangat jari kelingking ni, siap ade tanda gigitan gigi aku lagi. Macam kelakar pun ade jugak. alahai. bahaya tak agak-agaknya? Dah google takde pulak jawapan. hahaha  ^_____^

Harap-harap takde apa-apa effect dari habit yang entah apa-apa ni. Dan semoga habit ni akan berhenti cepat-cepat, sakit tau!

Comelnyaaaaaaa awk! 

pic dari google (:


Post Pilihan

randomposts

Followers