Wednesday, September 27, 2017

MYLARA Skincare ❤

September 27, 2017
Assalamualaikum 
Salam sejahtera (:

MYLARA Skincare ❤

GA kedua yang ekin join untuk malam ni (:


MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani


Jom siapa yang nak kulit putih, gebu dan cantik! jom cepat join GA ni tau. 
klik je gambar dekat atas ni (:


Giveaway Paling Gedik

September 27, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca.

Alhamdulillah ade kesempatan nak join GA malam ni. Malam ni nak try join GA sebanyak yang boleh, mana tau ade luck lagi macam bulan lepas kan. hehe (:

GA Paling Gedik.
Taktau la kenapa owner blog letak nama GA cmtu. hehe comel je kan


Nak join GA ni klik je dekat banner, nanti akan terus ke blog Owner :)
Dan hadiah diaaaaa sangat ohsem tau.

Tadaaaa!


Semoga bertuah!

Monday, September 25, 2017

Diet ke?

September 25, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Wahhh.. lama dah rasa jari jemari ni tak menaip. Harini baru berkelapangan sikit untuk hasilkan satu entri. By the way, sekarang ni aku dekat office. Memandangkan kerja yang penting dan perlu diselesaikan segera aku dah setelkan tadi, so sekarang dah boleh ambil nafas lega sikit. Fuhh. 

Selalunya bila situasi macam ni, untuk reward diri sendiri aku akan relaks kejap dan minum nescafe atau caffein dekat ofice ni, sambil-sambil buat kerja-kerja ringan yang dateline nye tak berapa nak urgent sangat. Tapi kan, mulai harini aku nak ubah habit tu. 

Aku nak diet!
Image result for nak kurus
pic credit to google

kali ni bukan main-main tau, serius betul punya. Sebab kalau asik bertangguh untuk diet, sampai bila pun aku tak kurus. Harini ade cabarannya sendiri. Kat bawah office ni ade jualan tau. Ade jual brownies, puding karamel, choc cake, aiskrim durian dan kebab. Semuanya aku suka. iskk. Tapi aku bangga sangat sebab dapat menepis rasa nak beli dan makan tu, dan juga rasa nak tangguhkan diet sebab terliur tengok makanan-makanan manis tu. Big clap for myself..yeay!

Diet tak semestinya berlapar tau. Ade resepi untuk orang-orang yang berdiet macam aku ni. Kena rajin dan berdisiplin je.Doakan aku berjaya menjalani diet ni dan doakan aku dapat capai berat dan bmi yang ideal ya kawan-kawan! 

Tuesday, September 19, 2017

Siapa pernah bercuti ke kundasang? Nak minta tips!

September 19, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera buat semua (:

Related image
credit dari google

Yeay, Jom cuti-cuti Malaysia!

Untuk pengetahuan semua, bulan depan aku akan bercuti ke KK dan Kundasang.Tak sabarnyaaa. Tapi disebabkan kekangan masa, aku masih belum sempat nak betul-betul plan perjalanan ataupun itinerary untuk short vacay yang cuma selama 3 hari 2 malam je ni. So, dikesempatan dah rajin update blog ni, nak tanya jugaklah, ada tak siapa-siapa antara pembaca blog ni yg pernah pergi sana dan boleh bagi suggestion tak tempat mana yang berbaloi untuk dilawati?

Boleh share entry di link atau emel ke asyiqin89@gmail.com ya. 

terima kasih! 

Saturday, September 16, 2017

MENANG : ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

September 16, 2017
Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, ini kali kedua dah menang GA dalam masa sebulan ni. Kalini aku menang GA dari blogger Atiehilmi. Boleh singgah blog beliau dekat SINI. Rezeki yang tak di duga, syukur (: 

Lepas balik dari scaling gigi hari rabu kelmarin, ade oficemate bagi bungkusan poslaju. Terfikir jugak dalam kepala ni, apa benda la yang aku beli ni? Rasanya dah lama tak buat perangai boros shopping online. Haha!

So, bila tengok alamat pengirim, automatik je terus senyum tersengih-sengih. Yeay! Hadiah GA da sampai! so apa lagi, terus buka. Ni la hadiah yang aku dapat. Banyak tau, im so happy! 

Note dari Atiehilmi. Thanks awak!

Ni hadiah yang aku dapat. banyak kan? Ada lagi satu surah yassin yg takde dalam gambar ni.

Terima kasih banyak-banyak,
Alhamdulillah.

Post Pilihan

randomposts

Followers